28 February 2012

Balas Balik Surat Cinta

Hai awak,

Tentu awak dah tahu surat ni dari siapa kan? Cuma maaf sebab kali ni bukan Hakim yang hantar. Untuk pengetahuan awak, saya dah dua hari tak bercakap dengan Hakim. Semua kerana awak! Kerana awak! Tahu?

Surat balasan awak beberapa hari yang lepas, awak tulis kehadapan dan kebelakang Aloy. Ok! awak ingat kelakar sangat ke awak tulis benda macam tu? Ini la masalah awek-awek macam awak ni. Ingat benda tu kelakar, tapi ntah hapa-hapa.

Berkenaan dengan soalan awak tentang nama saya tu, ini jawapannya -

Dah tentu-tentu la itu bukan nama sebenar saya. Takkan itu pun tak boleh nak fikir. Ada ke nama orang melayu boleh macam tu? Itu la namanya nama gelaran ataupun nama panggilan. Tahu? Dari mana asal-usul nama tu pulak, tak payahlah saya susah payah nak ceritakan kan? Sebab awak bukan nak jadi awek saya pun. Buat apa saya nak buang masa kan?

Sebenarnya yang awak sibuk-sibuk kasitau saya awak baru dilantik jadi pengerusi kelab debab tu buat apa? Ada saya tanya ke? Dan awak ingat saya kisah ke? Setakat jawatan macam tu saya tak heran la. Saya tahun lepas masa awak belum datang sekolah ni pun, saya dah pernah jadi pengerusi kelab bola tampar tau? Jadi awak nak kena tampar? Nak?

Berkenaan kaki saya yang terseliuh tu, biar lantak la saya nak rehat ke tak nak. Nak makan ubat ke tak. Awak tak payah nak pura-pura amik berat la. Tahu la saya jaga diri saya. Dan kalau betul awak tak kenal saya yang mana satu pun, saya tak kisah la. Bukan rugi apa pun.

Cuma mungkin satu hari nanti awak kenal jugak siapa saya. Betapa terkenal dan famousnya saya dekat sekolah ni, awak je belum tahu lagi. Kalau tak percaya cuba la tanya Suriani kawan awak tu. Dah tentu-tentu dia kenal saya. Lagipun Suriani tu sebelum ni pernah cuba nak tackle saya. Tapi maaf saya tak layan dia. Tolong sampaikan jugak ucapan maaf saya untuk dia ye. Cakap padanya, saya bukan tak minat dekat dia, tapi saya nak cuba tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Sama macam awak jugak.

Lagi satu saya nak tanya? Apa sebenarnya hadiah yang Hakim bagi dekat awak sampai awak suka sangat tu. Kalau setakat coklat keberi tak payah nak bangga la. Saya boleh beli yang lagi gempak dan mahal la untuk awak kalau awak nak.

Dan awak kalau dah rejek saya, tak payah nak buat-buat baik ajak saya jadi kawan. Saya tak nak pun berkawan dengan awak. Maaf la terpaksa menolak ye. Bukan apa, takut tak terlayan kawan nanti, sebab banyak sangat perempuan nak kawan dengan saya. Dan lagi satu, saya dah tahu dah taktik budak perempuan macam awak ni. Mula-mula memang nak kawan je, lepas tu mula la, abang angkat la. Adik angkat la, lepas tu try nak angkat pulak.

Bullshit!

Berkenaan dengan pelajaran saya pula, tahulah saya nak uruskan. Selama ni pun prestasi pelajaran saya tak adalah teruk sangat. Banyak kali jugak saya naik ke pentas untuk amik anugerah bulanan pelajar terbaik kan. Cuma awak je yang tak tahu. Maklumlah, awak kan baru dekat sekolah ni.

Awak pun tak payah pura-pura la konon nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Dah ramai saya jumpa awek macam ni. Konon tak sedia la, lagi suka berkawan dari bercinta la. Tapi last-last jumpa makan kentaki jugak dekat pekan Teluk Intan dengan balak lain. Kalau tak suka! Cakap je tak suka. Hipokrit!

Tak heran la!

Berkenaan dengan yang kononnya awak rejek saya tu, dah tentu-tentu saya ok. Buat apa saya nak sedih-sedih. Buat rugi je. Lagipun saya bukannya terhegeh-hegeh nak sangat dekat awak tu. Saja je saya nak isi masa lapang, dan tulis surat untuk habiskan dakwat pen. Tak heran lah!

Benar kata awak, tulisan awak memang buruk. Harap muka je lawa, tapi itupun takdela lawa mana. Muka dah la bulat.

Dalam seumur hidup, tak pernah jumpa tulisan buruk macam tu. Budak darjah 1 tulis pun lagi lawa rasanya. Tulisan buruk mesti tangan pun buruk kan? Hahahaha.

Akhir sekali, tak payah puji sangat la Hakim tu cute. Naik menyampah saya. Awak tak kenal dia lagi. Nanti kalau dah kenal baru menyesal. Masa tu nanti saya tak tanggungjawab.

Ok bye, dah banyak saya buang masa untuk tulis surat ni. Lepas ni nak kena letakkan dalam meja awak time rehat pulak nanti.

Yang Ikhlas

Tak hingin pun jadi sahabatmu
Aloy


kk :

Semak SINI surat cinta pertama.
Semak SINI surat cinta kedua.



27 February 2012

Balasan Surat Cinta

Assalammualaikum Warrohmatullah Hiwabarokatuh.

Kehadapan dan kebelakang Aloy. Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih pada awak sebab sudi menulis surat untuk saya, dan sudi untuk cuba mengenali saya. Maaf kalau bedak dalam surat ni terlalu banyak dan membuatkan awak batuk. Tapi macam mana? Wangi kan bedak saya?

Pertanyaan saya ialah, Aloy tu memang nama awak ke? Kenapa nama pelik dan macam mana boleh dapat nama tu? Tapi saya suka nama tu.

Mengenai pertanyaan awak dalam warkah awak yang lepas, saya sentiasa dalam keadaan yang sihat. Cuma mungkin saya agak sibuk sekarang, kerana maklumlah. Untuk pengetahuan awak saya baru saja dilantik sebagai pengerusi kelab debab dalam mesyuarat agung semua persatuan minggu lepas. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh dapat jawatan tu, lagipun saya ni kan budak baru dekat sini. Jadi bila di fikir-fikir balik macam tak lojik pula kan? Tapi tak apalah, bila dah diberi jawatan ni, saya akan buat sehabis baik.

Mengenai kaki awak yang terseliuh akibat bermain bola tu, saya harap awak cepat sembuh. Banyakkan rehat dan makan ubat ye. Sebab kesihatan itu adalah penting, kalau tak nanti awak tak boleh nak faham apa yang cikgu ajar.

Sebenarnya secara jujur saya minta maaf, sbb saya tak perasan awak sebelum ni.
Awak yang mana ye? Awak kata, awak ada baca sajak masa hari guru minggu lepas. Mungkin awak yang tu, tapi maaflah. Sebab masa awak baca sajak tu saya tengah bersembang dengan kawan saya Suriani. Jadi saya memang tak perasan. Tapi saya memang kenal kawan awak tu, Hakim kan? Saya suka tengok dia bila senyum. Cute.

Lepas ni kalau awak nak tegur saya, tegur je la. Jangan segan-segan. Saya pun bukannya sombong mana. Saya memang suka kawan dengan ramai orang, tak kisah lelaki ke perempuan. Cuma mengenai pelawaan awak untuk minta couple dengan saya tu. Saya mohon banyak-banyak maaf. Saya belum bersedia lagi. Untuk masa sekarang saya mahu tumpukan dulu perhatian pada pelajaran. Lagipun exam tak lama lagi kan. Dan saya nak fokus study untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Saya kalau boleh nak masuk 'U' dan capai cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor.

Tapi macam yang saya cakap, bukan bermakna kita tak boleh berkawan. Kita masih boleh jadi kawan, dan saya harap awak sudi untuk jadi kawan saya (sahaja). Apapun terima kasih atas perhatian awak, saya doakan awak maju jaya. Dan mengenai hajat awak untuk belanja saya makan kentaki tu. Saya minta maaf. Mungkin awak boleh simpan duit tu untuk kebaikan awak. Terutamanya dalam pelajaran, contoh macam gunakan untuk membeli buku-buku rujukan dan keperluan belajar yang lain. Dan saya juga mohon awak untuk belajar bersungguh-sungguh.

Mungkin nanti kita boleh masuk 'U' sama-sama kan? Dan kalau waktu tu awak masih minat lagi dekat saya. Mungkin juga waktu tu hati saya dan sedia untuk menerima cinta. Lagipun waktu kita masing-masing dah dewasa, matang... kan?

Sebelum warkah ni berakhir, saya mohon maaf sebab tulisan saya buruk. Tak macam tulisan awak, cantik. Saya harap awak masih boleh baca tulisan ni. Dan mohon maaf juga sebab terpaksa hampakan awak. Awak ok kan?

Akhir sekali. Harap awak sampaikan salam saya pada Hakim. Cakap dekat dia... tak payah nak cute sangat boleh tak? Dan hadiah yang dia bagi tu... saya suka sangat.

Sekian.

Sahabatmu
Nor Akma


kk : Kelik SINI untuk Surat Cinta Semalam.




Surat Cinta

Dulu masa sekolah aku terlepas nak buat benda ni. Jadi aku rasa aku nak buat benda ni hari ni :


Assalammualaikum

Kehadapan Nor Akma yang diingati. Awak apa khabar? Saya harap awak berada dalam keadaan sihat walafiat dan menyenangkan sekarang ini. Saya di sini sihat-sihat saja. Cuma kaki sebelah kanan sedikit terseliuh akibat tersepak kaki kawan masa main bola sepak petang semalam.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah tak lain tak bukan untuk menghulurkan salam perkenalan pada awak. Saya Aloy dari kelas sebelah - kelas 4 Fitrah. Mungkin awak kenal saya. Saya yang baca sajak masa perhimpunan hari guru minggu lepas.

Saya sebenarnya suka pada awak. Dah lama dah, cuma saya segan nak cakap dan tak tahu macam mana nak cakap. Saya juga takut kalau awak tak suka dekat saya balik. Malu la saya kalau macam tu.

Saya mula suka dekat awak pada hari pertama awak pindah ke sekolah ni lagi. Masa tu ramai kawan-kawan saya cakap ada budak cantik baru masuk sekolah ni. Mula-mula saya tak percaya. Tapi bila saya nampak sendiri awak dekat kantin masa rehat tu. Saya kata dalam hati - awak memang cantik.

Dari sehari ke sehari saya cuba cari peluang nak bercakap dengan awak. Kadang-kadang saya potong barisan depan awak masa nak beli nasi lemak, kadang-kadang juga saya sengaja lalu lalang depan awak masa awak tengah makan dekat kantin. Tapi setiap kali ada peluang bila kita macam one by one. Setiap kali tu juga malu saya datang.

Jadi sudahnya saya ambil keputusan untuk tulis warkah ni. Jadi sekarang saya dah cakap saya suka awak - dan saya nak ajak awak jadi kekasih saya. Saya harap awak sudi, dan saya menunggu balasan surat dengan berita gembira dari awak. Nanti bila kita dah bercinta, saya nak belanja awak makan kentaki dekat Pekan Teluk Intan.

Dan bila awak nak kasi surat balasan yang awak suka dekat saya tu nanti, awak pas je dekat Hakim. Hakim akan sampaikan pada saya macam mana dia sampaikan surat untuk awak ni. Kita berdua boleh percaya dia, jangan risau, dia kawan baik saya. Dia sorang je yang tahu saya suka awak.

Sekian

Yang Menyintai Mu
- Aloy

25 February 2012

Con Artist

Seingat aku, aku pernah sekali menjadi Con Artist. Tahun 2009 rasanya kalau tak salah. Tugas aku mudah je waktu tu. Perlu berlagak sebagai seorang designer sebuah syarikat cenderamata, dan berjumpa dengan pelanggan untuk deal satu perniagaan. Yang sebenarnya syarikat kawan aku ini adalah tipu, tak wujud dan selama ini hanya memusingkan perniagaan dari orang lain ke orang lain. Untung atas angin mungkin.

Untuk ceritakan bagaimana bentuk perniagaan itu ia agak rumit sebenarnya. Ini yang dikatakan borak sini lain, borak sana lain, tapi pelanggan tetap akan dapat barang ditempah atau dibeli.

Segala perancangan dilakukan olehnya, dan aku hanya menolongnya dari segi kaedah lakonan yang sedikit aku ada waktu itu.

Jadi satu hari seorang pelanggan macam dapat menghidu bahawa perniagaannya dijalankan secara tak sah. Dan hari itu aku berpakain kemas. Iaitu kemas seorang desinger yang berjaya dan berkedudukan. Jeans dan berkemeja, serta rambut panjang diikat kemas ke belakang. Sambil membawa beg pejabat yang penuh berisi fail-fail tiruan dan dokumen-dokumen palsu. Semua itu disediakan oleh kawan aku.

Tugas aku adalah memastikan pelanggan itu percaya bahawa kami sebuah syarikat yang sah dengan kilang yang beroperasi, dan menerima bayaran sekian-sekian ringgit untuk projek sekian-sekian.

Semasa pebincangan sedang berlangsung aku sudah berpakat dengan kawan aku, untuk dia selalu menghubungi aku. Dengan cara itu, aku akan terlihat sangat sibuk dan perlu menghabiskan urusan tersebut dengan cepat.

Dan aku juga perlu hadir lewat dalam 30 minit ke perbincangan itu. Kerana selepas itu jalan akan jem, dan peluang mereka untuk melawat kilang akan jadi terbantut

Dan lagi untuk menyelamat keadaan dari terkesan segala penipuan, bila ada peluang aku lebih banyak berborak hal lain selain dari bisnes dengan kedua wakil syarikat pelanggan itu. Hal itu melibatkan hal-hal kampung halamannya dan kehidupan peribadinya. Dengan cara itu mereka leka dari tujuan sebenar hingga akhirnya aku menerima segala pembayaran yang mereka lakukan.

Jadi dipendekkan cerita, urusan hari itu berjalan dengan lancar, dan kerisauan kawan aku tamat bila melihat aku datang petang itu dengan senyuman. Sedikit habuan diserahkan pada aku kerana menyelamatkan.

Tapi aku cuma ambil RM 50 untuk makan nasi, beli rokok dan top up.

Itu kali pertama dan akhir aku melakukan itu.

23 February 2012

Memori Budak Penjual Soya

Sekitar tahun 2005 aku berniaga air soya di tepi jalan. Air soya tu aku buat sendiri. Aku akan keluar berniaga selalunya dalam pukul 3 suku petang. Tempat aku berniaga adalah di sebuah kawasan apartment-aparment kos sederhana. Di kawasan itu jugalah aku tinggal. Di Rawang.

Jadi petang-petang adalah waktu yang sibuk untuk kawasan tersebut. Itulah waktu-waktu untuk masyarakat kelas pekerja ni balik ke rumah-rumah masing. Ketika ini bas-bas kilang warna biru akan keluar masuk berselang-seli dengan bas Uptown Nace warna kuning.

Kalau bas kilang yang berhenti, yang turun pulak dah tentulah aweks-aweks. Mereka inilah yang digelar minah kilang. Kebanyakan dari mereka berimej rambut panjang dengan muka ditampal bedak. Menurut pengalaman aku menjadi mat kilang sebelumnya, memang lagi beberapa minit nak habis kerja, ada minah-minah kilang yang akan touch up sikit muka dia org. Berbedak sikit macam mula-mula datang pagi tadi.

Almaklumlah dalam kilang tu ada berpuluh-puluh malah beratus lelaki. Jadi apa salahnya berhias sikit kan? Untung-untung mamat yang dia selalu usha akan usha dia balik. Rasanya benda ni bukan berlaku untuk golongan ini saja. Tapi untuk wanita-wanita kerja opis pun lebih kurang kot... ye dak?

Jadi setiap hari aku akan menyaksikan pemandangan yang indah-indah belaka. Dan pada satu petang tu, di seberang jalan di kawasan yang sikit berbukit menuju ke Apartment atas bukit, di bawah pokok, aku nampak dua orang budak tengah lepak. Ini budak ni betul-betul budak. Maksudnya bukan budak-budak jahat yang kaki rogol perempuan. Dua-dua budak ni standart umur sekolah rendah dalam darjah lima aku rasa.

Dia orang duduk di kawasan tanah tinggi, bawah pokok dan main baling-baling baru ke jalan raya. Tengok siapa baling paling jauh. Waktu ni orang masih tak terlalu ramai, cuma sepoi-sepoi je. Aku mula risau bila tengok betapa bangangnya budak dua orang tu. Aku macam nak jerit suruh dia orang berhenti, tapi waktu tu aku tengah layan pelanggan.

Aku risau kalau batu yang dibaling tu kena cermin kereta dan pecah. Bahaya.

Lepas selesai urusan dengan pelanggan tadi. Aku tengok salah seorang budak tu dah mula nak cari batu lagi. Kali ni batu yang diambil lebih besar berbanding yang sebelumnya. Dalam separuh penumbuk lebih kurang. Aku mula nak lintas jalan marahkan budak-budak tu. Dalam pada tu jugak seorang perempuan aku tengok tengah lintas jalan depan aku, tempat batu-batu yang dibaling tu melintas selalunya.

Aku suruh dia berhenti. Tapi dia tak nak berhenti. Dia jalan...

Dan budak tadi dah bersedia untuk melakukan pembalingan.

Belum sempat aku buat apa-apa, batu tadi dah meletup tepat ke dahi perempuan tu. Dia berdiri lemah menekup tempat yang muka berdarah tu. Matanya terpejam... dan sebelum dia rebah, aku sedang berlari untuk menyambut.


k/k :Buku terbaru aku, bertajuk NAKAL (edisi cover mockup terhad 50 unit shj) sudah mula dijual. Untuk mendapatkan pandai-pandai korang la semak page NI... Cover sebenar akan keluar pada majlis pelancaran hujung bulan Mac nanti. Tapi apa salahnya dapatkan edisi khas yang terhad ni jugak ye dak?

10 February 2012

...

Sangat sibuk dan sedang berada di luar Kuala Lumpur, dan entah sampai bila.

k/k : Analitik hari ini, kata kunci popular blog Tiada Tajuk Lagi masih perkara yang sama macam aku update sebelum ni. Tapi ada tambah satu lagi, iaitu Pelacur Teluk Intan. Nak pelacur sampai ke belog aku?

08 February 2012

Kashmir Stone - Rock India

Kashmir Stone merupakan salah satu kumpulan rock india yang pernah wujud di Malaysia. Mereka adalah perintis untuk muzik rock dikalangan komuniti india dan yang paling berjaya sekali dari segi penjualan album.

Berjaya mengumpul pendengar dikalangan orang melayu walaupun jumlahnya agak sikit. Tapi kalau nak diikutkan tak ramai pun orang melayu yang tahu kumpulan ni. Ada yang aku jumpa tu, tahu dan pernah dengar, tapi tak beli pun albumnya.

Lagu-lagu Kashmir Stone ni sebenarnya tak ada la bagus mana sangat. Muzik dia mungkin agak kosong dan simple. Kadang-kadang bunyi pun macam longgar. Tapi aku beli sebab aku nak dengar sesuatu yang lain, dan kira boleh layan jugak la. Lagu paling hits sekali Rozana. Mungkin sebab melodinya yang berat ke melayu jiwang. Tapi aku paling best sekali, dah tentu Malaysia Makkel, Anbey dan No Jathie.

Sejarah Kashmir Stone aku sebenarnya tak tahu bermula bila. Dan aku sendiri pun dah lupa bila aku beli album Nande Kattey tu. Suatu hari waktu di asrama aku pecah masuk ke bilik siaran raya. Bilik siaran raya bilik untuk menyampaikan apa-apa pengumuman penting. Dan kalau petang-petang lepas prep digunakan untuk memperdengarkan lagu nasyid dan ceramah agama ke seluruh asrama melalui corang pembesar.

Ketika itu seisi asrama putera dan puteri sedang diperdengarkan dengan lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz. Ketua warden lepas pasang kaset tu terus balik rumah dan mengunci bilik siaran. Waktu ni aku nekad untuk melakukannya.

Selepas berjaya memecah masuk. Aku stopkan kaset Hijjaz. Muzik merdu tu leyap. Keadaan asrama senyap sunyi. Pasti semua penghuni berfikir ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Ketua Warden. Kerana selalunya lagu dihentikan untuk memberi ruang kalau ada benda nak disampaikan.

Semua menunggu dengan debar. Mungkin ada nama-nama yang akan dipanggil atas sesuatu kesalahan. Mungkin. Aku dalam bilik tersebut sedang merencanakan sesuatu. Kaset Hijjaz dah aku simpan elok-elok ke tepi. Dan kaset Kahmir Stone di masukkan.

Sedang semua menunggu dengan debar. Tiba-tiba satu irama yang aneh berkumandang. Lagu Malaysia Makkel dah mengambil alih sepenuhnya setiap ruang asrama. Di asrama puteri terdengar suara protes yang amat sangat. Semua menjerit tak puas hati. Asrama putera keadaan lebih kurang sama. Makin lama, lagu makin aku kuatkan, dan dah tak dengar lagi suara bising-bising tadi.

Tak lama kemudian Ketua Asrama sampai depan bilik siaran raya dengan konco-konconya. Semua berkain pelikat dengan baju melayu siap bersongkok. Cuba nak masuk ke dalam. Tapi sayang pintu dah kemas aku kunci dari awal lagi.

Ketua Asrama ketuk pintu kuat-kuat. Aku kuatkan lagi volume sambil senyum angkat kening tengok mukanya. Dia makin panas. Cakap-cakap apa ntah dengan aku dari luar. Tapi sayang aku tak dengar sangat. Cuma dapat la tangkap yang dia suruh aku bukak pintu. Gelengkan kepala tak nak.

Makin lama dia makin bengang. Ugut aku. Tapi aku tak pedulik. Dari lagu Anbey, sekarang terus pulak ke lagu No Jathie. Volume sudah ke penghabisan.








K/K : Sebenarnya sekarang, semua entry aku adalah Auto Post. Jadi mungkin saja bila ianya di post, aku tidak berada di depan komputer. Mungkin aku sedang tidur, mungkin sedang mengembara lagi, atau mungkin...

07 February 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 15

Sebab sekarang dia dah tak kerja. Aku rasa Tiger dah cukup kaya. Aku tanya dulu muda-muda kerja apa? Tapi Tiger cakap dia malu nak jawab soalan tu.

Aku cakap jangan malu la. Aku cuma nak tau cerita pasal dia je. Kongsi apa-apa yang patut. Sikit lagi dia pun nak mati aku cakap, jadi sebelum dia mati, baik dia cerita apa yang boleh dia ceritakan. Supaya nanti dia boleh mati dengan aman.

Perlahan Tiger rapatkan mulutnya ke telinga aku. Rapat sikit je. Perlahan jugak dia cakap dulu dia jual ayam.

Ayam?
Ini benda yang menarik!

Masa muda-muda Tiger kata dia Taiko besar dekat kawasan ni. Semua anak-anak ayam berada di bawah selian dia. Selain dari bisnes ayam, dia juga kontrol satu kedai kuda. Tiap-tiap hari ramai orang datang berjudi dekat situ. Aku tanya dekat mana kedai tu. Dia tunjuk dekat atas kedai mamak ni sebelah kanan. Tapi sekarang dah tutup. Tempat tu kosong dah pun.

Kebanyakan ayam-ayam Tiger di import dari China, Indonesia, dan Rusia. Aku tanya mana yang paling mahal. Dia cakap tentulah Rusia. Paling murah pulak dari China dan Indonesia. Aku tanya sebab apa? Dia fikir lama macam mana nak jawab soalan tu.

Tak lama kemudian Tiger tanya aku balik. Kenapa makan dekat hotel lebih mahal banding makan dekat gerai tepi jalan. Aku cakap la makanan sedap, servis pun bagus. Tiger angguk. Itulah sebabnya dia kata, lagi nak tanya ke?

Kalau harga pulak macam mana aku tanya. Ikut cutting body ke? atau kalau lagi cantik lagi mahal bayarannya. Tapi Tiger cakap tak boleh ikut pada muka. Sebab yang penting sekali, kalau cantik macam mana pun, tapi kayu tetap tak guna jugak. Yang penting macam mana dia punya persembahan. Oooooo... aku anguk-anguk faham. Setuju kot dengan dia.

Kalau dari segi komisen pulak, misal kata harga ayam tu RM 200. Ayam akan dapat bahagiannya dalam RM 80 lebih kurang. Lebih tu Tiger akan agihkan-agihkan pada beberapa bahagian. Antaranya disalurkan pada orang yang membawa dan menjadi agen mendapatkan pelanggan tu. Kemudian komisen untuk orang yang jaga sepanjang ayam tu bersama pelanggan dan seterusnya untuk kos operasi Tiger itu sendiri.

Dia kata kalau ayam-ayam tu bergerak secara sendiri dan bebas. Mereka tak akan kekal lama. Paling kuat dalam seminggu. Lepas tu mesti kene cekup dengan Polis. Sebab itu semua ayam-ayam perlu bernaung di bawah payung Tiger. Tiger akan pastikan kebajikan mereka, pastikan mereka mendapat pelanggan yang paling penting selamat dari ditangkap.

Tiger kata dia ada link besar dengan Polis. Dia mula keluarkan buku 555 nya. Aku bukak, baca sehelai demi sehelai. Dalam tu ada banyak nama-nama berserta no telefon dan tempat mereka bertugas. Untuk melancarkan benda-benda ni dan menjamin keharmonian perniagaan, Tiger perlu buat macam-macam deal. Itu aku tak nak cerita dekat sini. Sebab bahaya untuk aku.

Lama kemudian masa dia tengah rancak cerita zaman masa mudanya, aku potong tanya umurnya. Dia kata umurnya 50 tahun tepat. Aku cakap tak percaya. Bila dengar aku cakap macam tu tiba dia bangun. Tiger macam marah tengok aku. Aku terkejut. Dia seluk tangan ke belakang. Mati la.

Nah! Dia campakkan dompetnya atas meja. Mati-mati aku ingat dia nak keluarkan pistol tadi. Aku tengok kad pengenalannya. Gambar dia masa muda. Ganas. Siap ada rantai emas dekat leher. Memang nampak imej selalu bapak ayam tu.

Tapi bila difikirkan balik, rupa paras Tiger sekarang jauh berbeza. Dia nampak terlalu tua dari umurnya yang sebenar. Gambar dalam gambar tu diambil masa dia berusia hujung 3o an. Dan sekarang dia dah jadi macam orang lain. Namun raut wajah masih membukti dalam gambar itu memang dirinya. Tapi difikir balik mungkin dia sebenarnya stress bila bisnes lingkup tak lama dulu. Dan itu merubah dia menjadi macam lelaki tua yang sangat tua.

Sebelum dia naik atas malam tu, aku sempat tanya nanti Gong Xi Fa Chai balik mana. Tapi katanya dia nak duduk dalam bilik je dan mati pada hari kedua Gong Xi Fa Chai. Dia nak balik mana, sebab dia sendiri pun bukan ada siapa-siapa.

Tiger cakap dulu macam-macam lelaki dah hamtam sama mak dia. Lepas keluar dia, tak tahu anak siapa.

Masa nak naik Tiger bagi aku Limau mandarin 3 biji. Sempena raya cina yang bakal tiba.



K/K : Sebenarnya sekarang, semua entry aku adalah Auto Post. Jadi mungkin saja bila ianya di post, aku tidak berada di depan komputer. Mungkin aku sedang tidur, mungkin sedang mengembara lagi, atau mungkin...

06 February 2012

Awak Sangat Nakal

Pada 09 Febuari 2012, bersamaan hari Khamis. Event talk-talk akan diadakan di Urban Villages Bangsar. Objektif talk-talk bukan untuk perdayakan anak gadis dan remaja lelaki agar masuk menurut ajaran salah atau sesat kami. Cuma talk-talk ini merupakan majlis bual bicara, meeting dan akhir sekali sesi penyerahan kertas kerja kepada pihak berkenaan. Seperti tertera di bawah poster tu.
Ini pulak novel Nurul Asyikin, hasil tulisan seorang budak lelaki yang ditakdirkan menjadi nelayan. Tetapi dia berjaya mengubah hidupnya dan menjadi seorang despacth. Kulit yang ini version kedai buku. Kedai buku!

Dan yang pasti bila buku dah masuk Kedai Buku nanti. Penulisnya akan sangat berhidung tinggi, dan berkeyakinan untuk mengorat Maria Farida. Atau mungkin Lily Patra.


Pada hujung March nanti, bersamaan sabtu terakhir. Buku terbaru aku, bertajuk NAKAL akan dilancarkan di Annexe Central Market. Sekarang kulit depannya sedang dibikin dengan kasih sayang oleh dezainer. Iaitu awek yang sama mendezain kulit novel NURUL ASYIKIN sebelum ni.

NAKAL jugak akan dilancarkan oleh aku jugak. Sebab aku dah susah payah perah idea, penat-penat tulis, biar aku yang lancarkan sendiri. Tapi yang kena beli, korang!.
Takkan aku nak beli sendiri jugak. Maut la!



K/K : Sebenarnya sekarang, semua entry aku adalah Auto Post. Jadi mungkin saja bila ianya di post, aku tidak berada di depan komputer. Mungkin aku sedang tidur, mungkin sedang mengembara lagi, atau mungkin...

05 February 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 14

Tiger episod satu.

Nama dia Tiger. Aku tanya dia kerja apa? Dia cakap sekarang dia dah tak kerja. Tunggu masa nak mati je. Baguslah kalau macam tu, dah tua-tua macam ni nak hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Mamak ni kata, minggu lepas Tiger campak satu batu besar lebih kurang sebesar pemeluk ke atas bumbung kedai dia.

Ceritanya macam ni. Kedai Mamak ni bukak 24 jam. Dia tak maju sangat dan tak mundur sangat. Juga tak havoc sangat dengan orang-orang muda dan awek-awek hot. Tapi kedai mamak ni ada pelanggan tetap. Satu malam tu ada game bola. Bila ada game, macam biasa la. Semua akan tengok dengan khusyuk dan menjerit tiba-tiba serentak. Terutama bila gol atau macam nak gol tapi tak gol.

Tiba-tiba.....

GoLLLLLL!!!

Sekali lagi Tiger dekat rumah atas kedai terkejut dari tidur. Ini ntah kali yang berapa. Tapi ini yang betul-betul buat dia hilang sabar. Tiger bangun dari katil. Keluar ke balkoni, angkat batu besar pemeluk tadi yang dia guna untuk tahan besi penyidai.

Terus humban ke atas bumbung kedai mamak berzin biru tu.

DaMMMM!

Satu kedai semua dari bising gegak gempita tadi.
Tiba-tiba diam.
Terkedu ada, terkejut pun ada.

Seketul batu entah datang dari mana, dah bolos dari zin dan jatuh bedebap betul-betul atas meja seorang pelanggan yang duduk depan TV. Semua mata dalam kedai tertumpu ke situ.
Mamak kedai dah tahu. Tiger si cina tua dekat atas sudah naik angin.

Episod seterusnya, seluruh isi kedai tengok bola dalam keadaan senyap sunyi. Kalau gol sepuluh biji pun, semua cuma seronok dalam hati je. Tak ada siapa berani bersuara.

Esok pagi-pagi Tiger turun ke kedai tu. Dia sarapan sekali siap dengan sound tepat.

"Lu punya customers lu kasi jaga. Gua atas mau tidur."

Tokey kedai diam je. Tak berani cakap apa-apa. Semua pekerja kedai pun macam tekun buat kerja. Tengahari tu, datang kontraktor nak repair bumbung dan ganti zin baru. Mamak pening kepala bila kenangkan rugi besar dia pasal kes semalam. Tak berbaloi betul bagi orang tengok bola ni.



K/K : Sebenarnya sekarang, semua entry aku adalah Auto Post. Jadi mungkin saja bila ianya di post, aku tidak berada di depan komputer. Mungkin aku sedang tidur, mungkin sedang mengembara lagi, atau mungkin... sudah tiada.

04 February 2012

Freedom That's Gone - FTG

Pertama kali FTG keluar full album berbahasa melayu tajuk dia Aku Tak Peduli. Masa ni aku dalam tingkatan 2. Tahun 1998. Jadi untuk melengkapkan hajat tu, aku tak makan beberapa hari dekat sekolah. Dan bila kaset tu dah dekat tangan memang habis hati la. Cover album ni macam bata-bata dinding dengan tulisan FTG tu ala-ala macam besi sikit.

Album ni dari segi penulisan lirik, kebanyakannya menyatakan betapa bencinya dia org pada perempuan. Perempuan dalam album ni di angap macam menyusahkan, kaki kikis gaji, dan perasan cantik. Lagu yang terang-terang sekali tak suka perempuan tajuknya Mana Tahan dan Rozanna. Tapi lagu yang paling aku suka sekali dalam album tu, lagu ASKAR. Mungkin sebab waktu tu aku agak suka pada lagu yang speed dan keras.

Time ni brader-brader rock yang lagi otai cakap selera aku teruk. Tapi aku pedulik hapa. Dah aku suka, nak buat macam mana. Jadi bila dah terlampu suka, asal nyanyi je aku buat vokal ala-ala Tajul FTG. Perh! Memang ganas habis la masa tu.

Sebelum ni, FTG fokus pada album berbahasa Inggeris. Tapi mungkin faktor market masa tu membuatkan mereka ubah pelan dan strategi. Kebanyakan kumpulan trash, metal dan heavy lain pun melakukan perkara yang sama. Dan selepas itu kumpulan ini makin dikenali. Cuma dari segi ekslusif mereka sudah agak sikit menurun. Ini komen dari kebanyakan peminat mereka.

Tapi dari sudut yang lain, kalau dilihat sebagai positifnya, mereka makin mencipta pengaruh dan mempunyai bilangan pembeli album yang bertambah. Soal cakap-cakap belakang pasal tak true underground boleh tolak tepi je sebenarnya. Sebab dalam keadaan yang lain mereka perlu cari makan. Dan kalau nak harap scene underground tanpa buat kerja lain, itu agak bunuh diri sebenarnya.
Sebelum keluar dengan album Aku Tak Pedulik ni, FTG sebelumnya keluar album To The Front pada tahun 1996. Spirit To The Rebel, 1994. After The Promise, 1992. Dan yang pertama sekali dia orang keluarkan EP Fredom That's Gone pada 1991.

Album Made In Malaysia merupakan album terakhir yang aku beli. Album seterusnya Live At Metal Wars, FTG, Reborn, Stop That Madness dan Kuasa gagal aku dapatkan. Antara punca, selepas tahun 1998 aku mula duduk di asrama. Corak kehidupan di situ berubah sama sekali.

Tak ada radio, jeans diharamkan, kaset dirampas, lagu rock itu syaitan dan diperkenalkan pula dengan lagu-lagu nasyid oleh rakan sebaya. Hingga akhirnya aku dengar habis satu album Sumayyah dari Hijjaz.

Cuma pada 2001, selepas keluar dari asrama. Aku cuba-cuba balik dan beli album kompilasi Sill Khannaz VS FTG.



K/K : Entry lepas ni aku nak up Kashmir Stone pulak.

03 February 2012

Hmmmmm

Ok, setiap blog ada analitik mereka sendiri. Dari analitik kita boleh tahu berapa ramai pengunjung blognya setiap hari, minggu atau bulan. Rata-rata pembaca blog Tiada Tajuk Lagi oleh Aloy Paradoks ini datangnya dari Malaysia 70%. Dan 30% lagi datang dari Indonesia. Baik, itu semua tak menjadi hal pun.

Dan dari analitik juga kita boleh tahu, Kata Kunci apa yang membawa mereka ke blog kita. Kata kunci yang paling tinggi sekali membawa orang masuk ke blog ini ialah Aloy Paradoks. Itu tak pelik sangat, sebab ini memang blog Aloy Paradoks. Cuma kata hit kedua yang orang taip dan membawa ke blog aku ialah Nad Zainal.

Hmmmm...

Pepatah Thailand ada menyebut "ขณะที่เราพยายามที่จะลืมมันกลายเป็นเรื่องยากมากยิ่งขึ้น."













Kejadian Hampir Mati 2

Tahun 2002. Aku masa ni tingkatan 6 rendah. 10 tahun selepas kejadian hampir mati yang pertama dulu. Masa ni duduk asrama. Tak boleh keluar sesuka hati. Untuk keluar mesti dapatkan kebenaran bertulis dari Ketua warden selewatnya hari jumaat. Dan mesti ada alasan yang lojik juga munasabah.

Hari ni hari ahad. Itu pasti. Sebab semalamnya hari sabtu aku baru lepas pertandingan baca sajak dekat sekolah lain dari daerah lain. Macam biasa la, wakil sekolah. Itu tak perlu dipertikaikan. Cuma yang boleh dipertikaikan ialah sebab munasabab aku kalah semalam.

Ramai orang cakap aku patut menang. Tapi juri yang teruk. Juri dengar cerita pagi hari pertandingan baru kelam kabut nak cari, call sana, call sini. Jadi juri bidan terjun rasanya ni. Biasa la, cakap-cakap belakang lepas kalah memang banyak kali aku dengar dah. AJL dengan FFM pun apa kurangnya.

Masa pertandingan tu aku pakai kot. Memang segak habis la gua cakap lu. Anak guru besar yang lawa tu, kalau tengok gua memang nekad tulis surat ajak couple punya. Tapi aku akan rileks je kalau dapat surat tu. Aku akan cakap beri saya masa untuk fikirkan semua ni. Cewah!

Untuk tarik mood kasi naik bulu roma punya. Persembahan aku diiringi oleh lagu Cromok. Another You. Time ni aku dah tak main lagi dah lagu-lagu Kitaro ni. Sebab makin lama makin ramai orang guna aku tengok. Lagu Another You aku pasang guna kaset, di mainkan dekat radio. Radio ni besar. Hak milik sekolah, siap ada cop sekali. Tapi sejak setahun lepas aku letak dekat bilik aku di asrama. Alasan nak berlatih bagi pertandingan yang terlalu kerap agak kukuh.

Benda yang menjadi titik permulaan kepada semua kejadian ini ialah. Lepas diumunkan kalah pertandingan tu. Aku pakat dengan Amlee nak pergi mandi air terjun esoknya. Tapi masalahnya macam mana nak keluar? Nak keluar kena ada alasan yang kuat. Jadi petang tu aku tinggalkan radio tadi dekat sekolah tu.

Esoknya lepas sarapan aku dengan Amlee dah siap-siap nak mandi air terjun. Masalah sekarang nak fly pun tak boleh, sebab Ketua Warden hari ni duk terpacak depan pintu pagar sekolah. Lama dia lepak situ. Macam tau tau je. Kalau aku lompat pintu pagar dekat hutan macam biasa boleh je. Tapi macam mana motor nak lepas? Kalau tak ada motor macam mana nak gerak. Jadi inilah masa aku menggunakan helah yang mula dibuat semalam.

***
15 minit kemudian aku lepas keluar. Siap lalu depan ketua warden angkat tangan lagi. Alasan yang kuat sekali ialah nak ambil radio dekat sekolah semalam. Aku tertinggal dalam dewan pertandingan. Kalau lambat bahaya. Nanti hilang guru besar marah. Jadi kena ambil cepat.

Menjelang tengahari aku dengan Amlee dah sampai dekat air terjun. Bersama kami dua orang kawan. Yang seorang tu kaki rogol perempuan. Muka hensem nak mampus. Semua awek kalau boleh nak couple dengan dia, walaupun tahu dia dah ada awek. Tak kisah jadi awek kedua. Tergamak tu budak- budak perempuan time tu.

Yang seorang lagi pulak, jauh gile beza dengan mamat yang hensem tadi. Apa yang dia ada sangat kontra. Tak ada seorang pun awek yang nak ajak dia couple walaupun dia single. Kesian. Si Amlee tadi tu. Dia ni jenis semua budak-budak junior pulak ramai-ramai pakat nak jadi adik angkat dia. Boleh tahan jugak la reputasi macam tu.

Air terjun yang kami pergi tempat yang belum terusik lagi. Tak ramai orang luar tahu. Tempat masih fresh. Salah satu faktor yang menjadi tempat ni tak popular ialah air terjunnya sangat bahaya. Jatuh dari tempat yang tinggi dan kawahnya terlalu dalam. Air jernih tapi menampakkan dasarnya yang gelap. Tak siapa tahu apa ada di bawah tu.

Menurut sejarah. Beberapa tahun lepas ada orang pernah mati di sini. Dia terjun dari atas dan tak timbul akhirnya. Mayat dia hanya ditemui 2 hari kemudian hanyut di sungai berhampiran. Masa tu dah tentu badan hampir hancur dan kembang kerana terlalu lama terendam.

Masa ni budak-budak bertiga tadi dah mula terjun ke tempat yang dalam tadi. Memang girang gemirang habis. Terkinja-kinja terlonjak-lonjak kata orang perak. Aku macam nak terjun. Tapi aku fikir balik. Ni kalau aku terjun ni mau tumpo ni. Tak jadi.

Lepas lebih kurang sejam, semua mereka naik. Ajak naik atas bukit lagi. Kena panjat. Dekat sana Amlee kata ada sungai. Kita boleh lepak dekat situ. Air pun tak dalam sangat. Lebih kurang paras dada je kalau kat tepi. Ha dekat situ nanti boleh la aku mandi pulak. Walaupun agak macam celaka tapi apa buat. Dah nasib tak reti berenang.

Kami sepakat naik ke atas lagi. Aku jalan belakang sekali. Sampai satu port aku lepak lama sikit. Pemandangan dia terlalu cantik. Lama lepas tu baru aku turut dia orang. Semua dah sampai atas aku rasa kot. Laluan masa ni sebenarnya agak curam dan melalui pinggir air terjun tadi.

Sampai di satu tempat ada sebatang anak sungai yang tak berapa lebar. Air agak deras. Aku tak pasti mereka lalu ikut arah mana tadi. Setelah puas cari jalan aku nekad untuk lompat seberang sungai kecil tu. Sewaktu melompat ni jugak entah macam mana tiba-tiba pulak tebing belah sana aku rasa jauh sebenarnya. Tak sampai.

Kecebur....
Jatuh dalam air. Lemas, airnya deras dan mula membawa aku hampir ke air terjun yang curam tadi. Aku sebenarnya waktu dah mula panik bila memikirkan betapa dalam air dekat bawah tu. Tapi entah macam mana. Dalam keadaan yang kelam kabut dibawa air deras tu aku sempat terpegang ranting kayu yang melintang di tengah sungai.

Perlahan-lahan aku paut ranting tu dan begerak ke tebing. Melawan arus deras. Selamat. Dan secara automatik jugak aku dah sampai ke seberang. Lega. Aku ambik masa untuk pulihkan semangat sekejap lepas tu.

Bila aku bangun kemudiannya, baru aku sedar. Dekat sebelah, ada sungai yang lebih besar dan arus lebih kuat menuju ke curam. Dan sungai yang kecil tadi, lepas saja tempat aku berpaut dengan ranting sudah bertemu dengan sungai besar.

Sebaik sampai dekat tempat dia orang berkumpul. Aku berlagak tenang. Dia orang cari port atas batu besar, yang bawahnya air agak dalam. Tengok baju aku yang basah, semua pakat bising-bising kata aku mandi tak ajak diaorang. Dia orang tanya best tak tempat aku mandi tadi tu?

Time ni la baru aku nak bukak cerita. Nak cerita kejadian sebenarnya. Aku bangun nak story dari mula. Aku bangun nak menggayakan macam mana semua ni boleh berlaku. Tapi sebaik aku bangun, belum sempat bukak mulut. Entah macam mana kaki aku terpijak lumut hijau berhampiran batu dan kecebur...

Aku jatuh ke bawah. Lagi sekali.

Terus aku dihanyutkan dek air deras tadi. Waktu terkapai-kapai tenggelam timbul di permukaan aku sempat jerit nama Amlee sebelum air penuh dalam mulut dan aku tak boleh bernafas. Bila dah tenggelam. Dalam kepala cuma satu. Aku sampai ke sungai yang besar tadi, kemudian jatuh ke kawah yang dalam tu. Dan mayat aku ditemui di sungai berhampiran beberapa hari kemudian. Dan aku sebenarnya sudah pasrah waktu itu. Bahawa aku memang akan mati.

***
Sampai di asrama malam tu, hal ni aku tak ceritakan pada sesiapa pun. Bahaya. Kalau ada kaki report yang dengar, nanti hal ini akan sampai ke telinga ketua warden. Cuma dalam hal yang lain aku agak terhutang nyawa pula dengan Amlee.

Sebaik sampai di kawah yang airnya tenang dan dalam. Amlee pantas terjun.

02 February 2012

Hampir Mati...

Aku pernah dua kali hampir mati. Hampir mati. Bukan mati. Kali pertama, sekitar tahun 1992 lama dulu. Depan rumah aku ada lombong. Airnya sejuk dan sangat dalam. Aku selalu borak dekat kawan-kawan dalam tu ada naga. Aku selalu nampak malam-malam bila bukak tingkap. Tapi naga tu naik ke darat tak lama. Sekejap je. Sebab tu tak ramai orang tahu. Budak-budak tu semua percaya. Kalau aku cakap aku nabi pun dia orang percaya jugak agaknya.

Satu petang tu macam biasa, aku lepak dekat pondok tepi lombong depan rumah. Pondok tu Atuk aku yang buat, bumbungnya cuma atap nipah dan tanpa dinding. Jadi feelnya sangat best dengan ruang lepak yang luas berlantaikan papan. Tapi punca kejadian aku hampir mati ni tak ada kena mengena dengan pondok tersebut. Sekadar nak establishkan tempat je.

Hari tu tak ada budak-budak yang datang lepak dengan aku main Jutaria macam biasa. Jadi aku akan buat aktiviti biasa yang berpekdah. Bukak baju, pakai seluar pendek. Tarik batang pisang yang dah dicucuk dengan kayu kiri kanan. Kayu tu jadi tempat pemegang ataupun handle.

Tolak batang pisang dalam air. Kaki mula kayuh perlahan-lahan untuk ketengah. Kiranya benda ni aku buat lebih kurang macam Jet Ski la. Makin lama makin laju. Makin lama makin ke tengah. Bila dah sampai tengah aku nak pusing pulak ke arah lain. Kaki terus pukul-pukul air sambil menukar arah.

Tapi entah macam mana, benda yang tak pernah terjadi, jadi hari ni. Batang pisang tak bergolek macam biasa. Tapi berpusing sampai aku dari atas bertukar arah ke bawah. Tangan terlepas kayu pemegang. Aku terlepas ke bawah tasik.

Cuba nak berenang. Tapi celake aku mana tau berenang. Berkali-kali aku tenggelam timbul dekat permukaan. Menjerit tapi tak keluar suara. Tiap kali aku bukak mulut tiap kali tu jugak air lombong menyerbu masuk. Lama-lama aku makin lemah.

Tenggelam ke dalam. Nafas aku mula berhenti. Fikiran aku pun mula terhenti aku rasa. Aku dah tak fikir takut, tak fikir mati dan sakit. Makin jauh aku ke dasar, aku jadi makin tenang. Kemudian dalam keadaan tenang aku dah betul-betul mencapai dasar.

Kemudian perlahan-lahan badan aku mencecah lantai pasir. Baring dan terlentang. Tak ada apa yang perlu dirisaukan sekarang. Tapi kemudian, dalam keadaan yang tenang tu tiba-tiba aku rasa tangan dipegang oleh seseorang.

***

Satu hari tu aku bangun dari tidur. Atas katil. Ada seorang lelaki dengan seorang perempuan duduk sebelah aku. Lelaki tu tanya. Siapa dia. Dia tanya dekat aku, dia tu siapa?

Aku renung atap rumah. Tak ada apa dalam fikiran. Tak lama kemudian lelaki tadi tanya balik kalau aku kenal dia. Aku pandang mukanya. Aku tunjukkan tangan padanya. Aku macam kenal tapi aku tak ada fikir apa pun.

Lepas tu dia tanya lagi. Perempuan dekat sebelah dia tu siapa pulak? Aku tengok perempuan tu. Lepas berkali-kali dia tanya soalan yang sama. Baru perlahan-lahan aku bukak mulut. Aku tunjuk lelaki tadi tu. Aku cakap... ini Uda.

Dia diam. Dia tunjuk perempuan tu. Ini siapa? Aku pun tunjuk perempuan tu jugak. Aku cakap... ni Mak Uda.

Kemudian lelaki tu senyum. Cakap dekat perempuan tadi tu... ha dah sedar la tu.

Ini sebenarnya dah masuk dua minggu lepas kejadian di lombong tempoh hari. Dan baru hari ini aku betul-betul sedar. Selama dua minggu sudah kalau aku tersedar, aku akan panjat tingkap dan cuba untuk terjun ke tanah sebab nampak air yang sangat besar.

01 February 2012

10 Tahun Dari Sekarang.

10 Tahun dari sekarang. Aku mahu ada toko buku sendiri. Dan jika lebih lagi, turut sama ada panggung teater sendiri (blackbox).