Aku pernah dua kali hampir mati. Hampir mati. Bukan mati. Kali pertama, sekitar tahun 1992 lama dulu. Depan rumah aku ada lombong. Airnya sejuk dan sangat dalam. Aku selalu borak dekat kawan-kawan dalam tu ada naga. Aku selalu nampak malam-malam bila bukak tingkap. Tapi naga tu naik ke darat tak lama. Sekejap je. Sebab tu tak ramai orang tahu. Budak-budak tu semua percaya. Kalau aku cakap aku nabi pun dia orang percaya jugak agaknya.
Satu petang tu macam biasa, aku lepak dekat pondok tepi lombong depan rumah. Pondok tu Atuk aku yang buat, bumbungnya cuma atap nipah dan tanpa dinding. Jadi feelnya sangat best dengan ruang lepak yang luas berlantaikan papan. Tapi punca kejadian aku hampir mati ni tak ada kena mengena dengan pondok tersebut. Sekadar nak establishkan tempat je.
Hari tu tak ada budak-budak yang datang lepak dengan aku main Jutaria macam biasa. Jadi aku akan buat aktiviti biasa yang berpekdah. Bukak baju, pakai seluar pendek. Tarik batang pisang yang dah dicucuk dengan kayu kiri kanan. Kayu tu jadi tempat pemegang ataupun handle.
Tolak batang pisang dalam air. Kaki mula kayuh perlahan-lahan untuk ketengah. Kiranya benda ni aku buat lebih kurang macam Jet Ski la. Makin lama makin laju. Makin lama makin ke tengah. Bila dah sampai tengah aku nak pusing pulak ke arah lain. Kaki terus pukul-pukul air sambil menukar arah.
Tapi entah macam mana, benda yang tak pernah terjadi, jadi hari ni. Batang pisang tak bergolek macam biasa. Tapi berpusing sampai aku dari atas bertukar arah ke bawah. Tangan terlepas kayu pemegang. Aku terlepas ke bawah tasik.
Cuba nak berenang. Tapi celake aku mana tau berenang. Berkali-kali aku tenggelam timbul dekat permukaan. Menjerit tapi tak keluar suara. Tiap kali aku bukak mulut tiap kali tu jugak air lombong menyerbu masuk. Lama-lama aku makin lemah.
Tenggelam ke dalam. Nafas aku mula berhenti. Fikiran aku pun mula terhenti aku rasa. Aku dah tak fikir takut, tak fikir mati dan sakit. Makin jauh aku ke dasar, aku jadi makin tenang. Kemudian dalam keadaan tenang aku dah betul-betul mencapai dasar.
Kemudian perlahan-lahan badan aku mencecah lantai pasir. Baring dan terlentang. Tak ada apa yang perlu dirisaukan sekarang. Tapi kemudian, dalam keadaan yang tenang tu tiba-tiba aku rasa tangan dipegang oleh seseorang.
***
Satu hari tu aku bangun dari tidur. Atas katil. Ada seorang lelaki dengan seorang perempuan duduk sebelah aku. Lelaki tu tanya. Siapa dia. Dia tanya dekat aku, dia tu siapa?
Aku renung atap rumah. Tak ada apa dalam fikiran. Tak lama kemudian lelaki tadi tanya balik kalau aku kenal dia. Aku pandang mukanya. Aku tunjukkan tangan padanya. Aku macam kenal tapi aku tak ada fikir apa pun.
Lepas tu dia tanya lagi. Perempuan dekat sebelah dia tu siapa pulak? Aku tengok perempuan tu. Lepas berkali-kali dia tanya soalan yang sama. Baru perlahan-lahan aku bukak mulut. Aku tunjuk lelaki tadi tu. Aku cakap... ini Uda.
Dia diam. Dia tunjuk perempuan tu. Ini siapa? Aku pun tunjuk perempuan tu jugak. Aku cakap... ni Mak Uda.
Kemudian lelaki tu senyum. Cakap dekat perempuan tadi tu... ha dah sedar la tu.
Ini sebenarnya dah masuk dua minggu lepas kejadian di lombong tempoh hari. Dan baru hari ini aku betul-betul sedar. Selama dua minggu sudah kalau aku tersedar, aku akan panjat tingkap dan cuba untuk terjun ke tanah sebab nampak air yang sangat besar.
3 komen:
inilah punca kau tak nak belajar berenang eh? fobia macam lahanat! hahaha
semalam e plak yang hampir mati..
hahahaha
Post a Comment