Assalammualaikum Warrohmatullah Hiwabarokatuh.
Kehadapan dan kebelakang Aloy. Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih pada awak sebab sudi menulis surat untuk saya, dan sudi untuk cuba mengenali saya. Maaf kalau bedak dalam surat ni terlalu banyak dan membuatkan awak batuk. Tapi macam mana? Wangi kan bedak saya?
Pertanyaan saya ialah, Aloy tu memang nama awak ke? Kenapa nama pelik dan macam mana boleh dapat nama tu? Tapi saya suka nama tu.
Mengenai pertanyaan awak dalam warkah awak yang lepas, saya sentiasa dalam keadaan yang sihat. Cuma mungkin saya agak sibuk sekarang, kerana maklumlah. Untuk pengetahuan awak saya baru saja dilantik sebagai pengerusi kelab debab dalam mesyuarat agung semua persatuan minggu lepas. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh dapat jawatan tu, lagipun saya ni kan budak baru dekat sini. Jadi bila di fikir-fikir balik macam tak lojik pula kan? Tapi tak apalah, bila dah diberi jawatan ni, saya akan buat sehabis baik.
Mengenai kaki awak yang terseliuh akibat bermain bola tu, saya harap awak cepat sembuh. Banyakkan rehat dan makan ubat ye. Sebab kesihatan itu adalah penting, kalau tak nanti awak tak boleh nak faham apa yang cikgu ajar.
Sebenarnya secara jujur saya minta maaf, sbb saya tak perasan awak sebelum ni.
Awak yang mana ye? Awak kata, awak ada baca sajak masa hari guru minggu lepas. Mungkin awak yang tu, tapi maaflah. Sebab masa awak baca sajak tu saya tengah bersembang dengan kawan saya Suriani. Jadi saya memang tak perasan. Tapi saya memang kenal kawan awak tu, Hakim kan? Saya suka tengok dia bila senyum. Cute.
Lepas ni kalau awak nak tegur saya, tegur je la. Jangan segan-segan. Saya pun bukannya sombong mana. Saya memang suka kawan dengan ramai orang, tak kisah lelaki ke perempuan. Cuma mengenai pelawaan awak untuk minta couple dengan saya tu. Saya mohon banyak-banyak maaf. Saya belum bersedia lagi. Untuk masa sekarang saya mahu tumpukan dulu perhatian pada pelajaran. Lagipun exam tak lama lagi kan. Dan saya nak fokus study untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Saya kalau boleh nak masuk 'U' dan capai cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor.
Tapi macam yang saya cakap, bukan bermakna kita tak boleh berkawan. Kita masih boleh jadi kawan, dan saya harap awak sudi untuk jadi kawan saya (sahaja). Apapun terima kasih atas perhatian awak, saya doakan awak maju jaya. Dan mengenai hajat awak untuk belanja saya makan kentaki tu. Saya minta maaf. Mungkin awak boleh simpan duit tu untuk kebaikan awak. Terutamanya dalam pelajaran, contoh macam gunakan untuk membeli buku-buku rujukan dan keperluan belajar yang lain. Dan saya juga mohon awak untuk belajar bersungguh-sungguh.
Mungkin nanti kita boleh masuk 'U' sama-sama kan? Dan kalau waktu tu awak masih minat lagi dekat saya. Mungkin juga waktu tu hati saya dan sedia untuk menerima cinta. Lagipun waktu kita masing-masing dah dewasa, matang... kan?
Sebelum warkah ni berakhir, saya mohon maaf sebab tulisan saya buruk. Tak macam tulisan awak, cantik. Saya harap awak masih boleh baca tulisan ni. Dan mohon maaf juga sebab terpaksa hampakan awak. Awak ok kan?
Akhir sekali. Harap awak sampaikan salam saya pada Hakim. Cakap dekat dia... tak payah nak cute sangat boleh tak? Dan hadiah yang dia bagi tu... saya suka sangat.
Sekian.
Sahabatmu
Nor Akma
kk : Kelik SINI untuk Surat Cinta Semalam.
5 komen:
kelab debab pun debab lah!
janji cun. :D
Boneka : tu yg pelik tu, mcm mana dia boleh jadi pengerusi kelab debab, dia tak la debab sgt. kuasa cun mengatasi segala kan?
syaitan, kalau tak suker cakap jer la tak suker, paler otak dier nak fokus stadi lah aper lah, tapi hakim dier cakap cute, ah. aku harap memang dier kapel dengan hakim tu, biar aku beri kutukan berkali2.
amboi....
adele- she is rolling in the deep.
Post a Comment