Katanya hari ini dia nak datang lagi. Tapi Zakiah sudah tahu benar. Jadi kali ini dia tak mahu terlalu mengharap sangat. Bukan apa, nanti kalau dah siap-siap cantik bermekap. Sudahnya kecewa akan masam memuncung. Terus jadi tak cantik. Jadi lebih baik jangan buat apa-apa lagi. Kalau dia datang nanti, baru bersiap.
Minggu lepas sampai habis lewat malam Zakiah menunggu. Vespa Kuning tak datang-datang juga. Katanya akan dijemput pada jam 8. Jadi sebaik saja matahari turun terbenam, sewaktu cahayanya merah menyala di Pantai Feringgi Zakiah mula bersiap, pakai bedak, pakai ginju, pakai maskara dan pembayang mata serta pemerah pipi. Sudahnya merah pipi itu memang bertambah-tambah bila Vespa Kuning mungkir janji lagi. Jahat! Tak suka taw!
Sekarang Zakiah terlentang tengok Buletin Utama. Giliran Kamarudin Mape malam ni, disamping Azawate Zenal Abidin. Tak best sangat. Kamarudin Mape bukan taste Zakiah, tapi lainlah kalau Yaser Mansor. Matanya sepet macam pelakon drama Jepun. Itu yang Zakiah suka. Itu yang buat Zakiah nak tengok berita sebenarnya. Tapi takpelah…
Zakiah tengok jam dekat dinding. 8.15 minit malam.
Hmmm. Harap macam tipis-tipis je. Vespa Kuning macam tak jadi datang lagi. Macam tu lah perangai dia. Bukan nak call ke apa kata sori. Jenis diam je senyap-senyap buat orang bengang. Mencik! Takpe, Zakiah tak mengharap sangat dah. Zakiah malas nak fikir macam dirancang dari tadi.
Tapi Zakiah buka tingkap. Tengok Pantai Feringgi yang terang dengan cahaya bulan. Tengok sekali jalan raya depan pantai. Mana tahu kalau-kalau Vespa Kuning datang.
Tak ada. Mustahil. Zakiah tutup tingkap, tutup tv. Tak mahu lagi tengok Kamarudin Mape. Masuk bilik, tutup pintu. Tak pasang lampu. Benamkan kepala di bantal.
Perlahan air mata mengalir menitik di bantal. Zakiah nangis lagi, tetap kecewa, tetap hampa. Makin lama esakan Zakiah main kuat, air mata makin laju. Kenapa Zakiah sedih jugak.
1 komen:
hati pompuan mmg centuh
Post a Comment