09 January 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 6

Gua cuma nak cakap. Kerajaan negeri Johor perlu meneliti semula keadaan jalan raya di beberapa daerah. Di Kota Tinggi secara amnya jalan adalah tidak sama rata, manakala di Pontian pula adalah berlubang-lubang. Dan satu lagi, harap dapat memikirkan lagi perihal lebuhraya atau laluan alternatif dari Kota Tinggi ke Johor Bahru yang baru siap dibikin itu. Ia sangat mahal untuk laluan sesempit itu.

Namun apa yang bagusnya, masakan Mak Cik yang menumpangkan kami bermalam kerana hujan lebat semalam sangat sedap. Tapi tu tidak ada kene mengena dengan kerajaan negeri Johor secara amnya. Ayam kampung masak lemak kuning, dan ikan entah apa ke namanya masak asam pedas bersama ikan sepat kering. Perh! Nasib je anak perempuan mak cik tu dah ada suami, kalau tak.... saya rela mengisi kekosongan hatinya. Duduk Felda Aping Timur jadi menantu mak cik hari-hari pun saya tak kesah. Betul...

Razaisyam Rashid si Budak Singapore, dan Tok Rimau Otai JB, pilihan membawa gua makan mee rebus tulang tu pengalaman yang agak terbaek jugak sebenarnya. Cuma bab-bab sedut tulang sum-sum lembu dengan straw tu, gua kena banyak belajar lagi kot. Agak kekok pulak rasanya... Ecehwah!

Saudagar Garam, pastikan di event JOHO lain kali, buku aku lebih banyak terjual dari buku-buku lain. Kalau tak, kau jangan berani nak turun KL, aku beduk kau dengan batang penyapu karang. Dan satu lagi, adik lu kategori orait jugek lew... cuma dia nampak terlalu baik. Keh Keh Keh Keh Keh.

k/k : Macam mana ntah! Macam ni la kot nak update cerita pasal kembara rasanya... Esok gua nak cerita pasal monyet jahanam penjaga taman negara Tanjung Piai. Lu orang nak baca tak?

2 komen:

Tok Rimau said...

Gambar hiasan: Helmet di ZZ Mi Rebus Tulang.

http://followgram.me/i/527177224_910071

wann afzan™ said...

NAK!