06 January 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 5

Masa aku taip ni, Bart Ahmad tengah mandi. Ok jelas! Dia kalau mandi memang lama. Itu yang aku perasan sejak hari pertama lagi. Haan Yusof dah mula sms-sms banyak kali, ajak gerak cepat-cepat. Tapi Bart Ahmad lambat-lambat. Aku ulang, lambat! lambat! Malam tadi, guest house yang sama ni dah penuh. Jadi Haan perlu cari bilik di tempat lain pula. Takpe, aku percaya dan nampak dia memang indipenden juga tough berbanding Barrr... Oh! ok takpe lupakan.

Sejak memulakan perjalanan, masuk malam tadi. Baru 2 malam kami check in. Selainnya adalah bercamping. Oleh kerana hari ini akan menempuh perjalanan yang panjang lagi ke pantai timur, maka kami sepakat fikir bahawa Bart Ahmad perlukan air cond, tv dan rehat yang cukup.

"Kita check in lah Aloy" - Masih teriang-iang lagi kata-kata Bart di telinga aku malam tadi.
"Kita check in, kita check in." - Lagi sekali dengan nada bergema-gema.

Aku akur...

0 komen: