05 January 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 4

Satu benda yang harus aku bagitau, ialah nira nipah paling power berada di Mergong, Kedah. Rasa buah nipah yang betul-betul piaw. Bart Ahmad semasa di Perlis tak habis memuji kehebatan nira nipah tersebut.

Dan apabila kami keluar dari Perlis, untuk ke satu destanasi melalui negera Kedah kembali. Bart Ahmad secara seloroh-seloroh bertanya. Eh nira semalam tu kita minum dekat mana ha? Eleh, macam la gua tak tau. Dia sudah tangkap layan dengan anak mak cik tu pulak.

Dan satu lagi hal yang makin-makin menjadi-jadi. Dia, apabila kami melalui sebuah sekolah menengah di kawasan Anak Bukit, sebaik ternampak gadis-gadis beruniform biru, segera menjerit, Wah! Heaven! Heaven! sambil terlonjak-lonjak atas atas motor. Dasar nafsu liar.

1 komen:

Pegawai Khalwat said...

Nira nipah asli tanpa ais tu ke?