Sebenarnya Bart Ahmad masih marahkan gua. Gua tahu. Tadi semasa nak gerak dari Taman Tasik Taiping gua dah guriskan hati dia.
"Ok kita gerak sekarang." Ajak gua pada meraka sambil melihat air tasik yang tenang. Kami betul-betul di port yang ada dalam filem Sepi tu.
"Ok kita gerak! Cepat!" Sahut Bart Ahmad dengan semangat.
"Kejap! Mana beg sandang kau?" Gua lihat dia senang lenang naik atas motor start enjin.
"Aku letak dalam kereta Haan, malas nak sakit-sakit bahu." Dia nampaknya bangga dengan jawapan itu.
"Jadah apa benda? Kau tengah mengembara tau? Mengembara? kau ingat kau jenjalan dekat The Curve ke?"
Muka Bart Ahmad sudah merah. Marah barangkali. Haan Yusof mula terkekeh-kekeh ketawa memperkotak-katikkan kejantanan Bart. Dia makin tercabar.
"Ok fine! Bak sini beg aku Haan!" Agak keras tengkingannya. Sementara Haan terus terguling-guling atas rumput. Seronok sangat dia barangkali.
0 komen:
Post a Comment