Mula tahun 2009, dah masuk tahun ke-3 Paradoks ditubuhkan. Apa akan jadi pada 2012 ini nanti. Mungkin akan terus kekal atau mungkin berpecah? 2011 yang lepas sebenarnya Paradoks agak slow sikit berbanding tahun-tahun sebelum.
Seingat aku, sepanjang 2011 antara projek yang dijalankan ialah PLORE Skala 3 di Teluk Cempedak. Pada awal febuari. Ini antara PLORE yang paling berjaya dengan penyertaan terbanyak. Seminggu selepas PLORE, terus masuk teater Merocok-Rocok pada bulan yang sama.
Kemudian pengambaran filem Kontradiksi pada bulan April. Filem ni kalau ikut plan dah tayang hujung tahun 2011. Tapi apa aku boleh kata sekarang. Tunggu dah lihat saja perkembangannya di tahun 2012 pulak. Selepas Kontradiksi, sepi dari sebarang aktiviti sehinggalah pengajuran event MIMPILem pada Julai.
Terakhir sekali teater pendek BERSIH yang menyertai Festival Teater Pendek DBP 2011 November lepas. Mana-mana filem pendek yang Paradoks buat pulak pada tahun ni, aku malas nak cerita dan nak ingat dah kalau boleh. Baik aku cerita apa nak plan tahun 2012. Itu lagi bagus.
1 . Sekarang Januari. Tahun ni mula lambat sikit. Sibuk dengan beberapa buah novel yang nak disiapkan untuk Sang Freud Press dan SeLUT Press. Jadi Pada Mac nanti baru teater terbaru Paradoks akan keluar. Tajuknya setakat ini ialah "ROMPAKAN BERSEPADU". Pelakon dah dikenal pasti. Cuma nak siapkan skrip dan beri surat tawaran je.
2 . Selepas "ROMPAKAN BERSEPADU". Hujung April akan muncul pula dengan sebuah lagi teater bertajuk "BENDA CELAKA YANG KITA PANGGIL KOMITMEN". Ini hasil tulisan, arahan dan juga lakonan bersama antara aku dan Fazleena Hishamuddin.
3 . Hal ketiga pulak ialah teater "KOMPILASI BERSIH". Ini pada hujung Mei atau pertengahan Jun nanti. "KOMPILASI BERSIH" adalah sambungan dan olahan dari teater "BERSIH" yang dipersembahkan untuk Festival Teater Pendek DBP yang lepas.
4 . Selepas itu pada Julai nanti. PLORE Skala 4 insyaallah akan menyusul jika tiada aral melintang pukang.
Di luar dari PARADOKS. Sebuah lagi buku aku bertajuk NAKAL akan dilancarkan pada MAC nanti di Central Market. Dan kemudian pada Julai sebuah lagi novel juga bertajuk "ROMPAKAN BERSEPADU" menyusul sempena Kuala Lumpur Alternatif Book Fest.
Jadi aku ucapkan selamat berjaya pada diri sendiri untuk 2012. Sebab aku sendiri tak pasti sumber income tahun ni datang dari mana. Asalkan cukup makan tahun ini aku dah lega, sampai menunggu royalti buku masuk tahun 2013.

PLORE Skala 3 - Teluk Cempedak, Kuantan.

Teater MEROCOK-ROCOK - Stor Teater DBP, KL.

KONTRADIKSI - Rumah Anai-Anai, Shah Alam

MIMPILem Fasa 3 - MAP KL
0 komen:
Post a Comment