29 November 2011

Tingkat 13, Luca D.K, Pipiyapong, Rayza MukMin Nazri M.Annuar dan New York !

Gua sekarang tengah fokus menulis novel baru bertajuk "Tingkat 13". Tapi itu working title, kalau tiba-tiba pulak bila dah siap nanti nak tukar jadi "Mangkuk Tingkat" ke, apa ke, apa ada hal, semua ikut suka gua la.

Bila nak siap? Itu masalahnya sekarang ni. Plan nak terbit dan lancarkan pada 10 hb Disember ni. Tapi sekarang je dah 29 hb. Jadi kemungkinan besar tak sempat, maka mungkin akan di lancarkan pada 24 hb disember pula, bersama 2 buku terbaru syarikat kami. Satu dari Cik Wani Ardy dan satu lagi dari Zubin Mohammad. Cik Wani Ardy ni sekarang bertugas sebagai pensyarah penulisan di UiTM, dan Zubin merupakan bekas pensyarah gua semasa di ASWARA dulu.

Cuma kalau dilancarkan pada 24 Disember, memang tak dapat turun la. Sebab time tu gua pun entah dekat mana. Yang pasti bukan dekat KL. Gua dalam Projek Kembara Malaysia (PKM), singgah di setiap Town Kecil dan Town Besar serata tanah air. Mungkin ia akan ambil masa 1 bulan, atau boleh jadi 2 bulan. Ikut mood. Kalau rasa malas sangat, stay saja kat satu-satu tempat tu lama, sampai naik bosan. Dalam PKM ni jugak gua akan menyiapkan satu lagi novel dan satu buku koleksi cerpen. Koleksi cerpen itu merupakan idea-idea kecil yang timbul semasa dalam perjalanan itu nanti. Kalau tak ada idea-idea kecil yang timbul, gua publish je satu buku kosong 100 muka surat. Itupun art juga tu, maksudnya kesunyian dan kekosongan. Cewah! Macam gampang!

Jadi, gua kena fokus sekarang. Gua tak nak jadi macam Luca D.K dengan Pipiyapong. Dengar citer sekarang Dubok Press sedang berhadapan dengan masalah kemelut dalaman yang melibatkan pentadbiran. Pipiyapong dah keluar dari Dubok Press dan dengan Luca D.K khabarnya dah 2 minggu tak bertegur sapa.

Ini lah akibatnya, tak true. Jiwa tak kental. Dalam hal ni gua malas nak sebelah mana-mana, pihak sangat. Cuma kalau nak ikut siapa salah, memang gua hajat nak tempeleng je dua-dua sekali, tambah-tambah lagi Luca D.K. Geram betul nengok pipi dia tu. Pipiyapong tu pulak kurus sangat, macam tak patut kalau gua perlakukan dia macam tu jugak, takat hal macam semalam je baru gua herdik sekali dah bergenang air mata. Gua ulang balik, bergenang.

Tapi apa yang bagusnya Luca D.K ni, dia selalu sapot gua. Sejak kami kenal dulu, dia tak pernah miss tengok teater gua. Ini yang terbaru show 1 PLASTIK HITAM, dia awal-awal lagi tempah tiket nak pergi tengok. Gua kata tiket RM20, tapi dia bayar sangup RM40, untuk awek dia sekali. Itu tanda orang sayang awek. Sebab tu dia walau teruk macam mana pun, awek tu tetap tak tinggalkan dia.

Pipiyapong ni pulak apa yang bagusnya, dia jadi cikgu pada banyak penulis-penulis lain. Kalau tak caya tengok pada hasil karya para pelajarnya. Sebiji macam dia tulis. Sampai orang sekarang pulak kata, yang Pipiyapong ni tulis macam pelajar dia. Punyalah popular pelajar dia tu.

Itu la macam gua cakap tadi, gua nak kena fokus tulis novel ni. Tapi dalam masa yang sama gua nak kena pantau mana-mana writer yang menulis dengan SeLUT Press dan SFP. Kalau degil sangat nak pantau, gua plan nak hantar santau je senang. Untuk gaji di SeLUT Press pulak, gua plan tak nak ambik dalam tempoh setahun. Gaji itu hanya akan diambil pada Disember 2012 nanti. Pertama sebab company ni miskin lagi, memang tak mampu nak bayar gaji gua punya. kedua sebab gua nak peram.

Gua nak peram buat modal pergi New York. Ntah dari mana datang idea nak pergi New York ni ntahla. Sebab yang beria sangat nak pergi New York ni si Rayza MukMin sebenarnya, bukan gua. Tapi masalahnya gua tak tahu entah dah berapa puluh ribu dia simpan duit buat modal. Nanti kalau gua dah sampai dulu, memang gua gelak je la hantar mesej kat dia. Time tu memang angkuh punya la. New York la katakan.

Plan bila dah sampai New York nanti, Nazri M.Annuar akan sambut gua. Dia nak pergi bulan 4 tahun depan ni, jadi eloklah dia pergi dulu stay dekat sana. Biar dia siapkan tempat dulu, nanti semua dah clear baru gua turun. Dan macam yang dirancang, dekat New York nanti kami akan setup satu band yang memperjuangkan muzik Acapella. Gua vokal utama, Nazri M.Annuar akan buat bunyi Acapella kat sebelah. Kecepak-kecepak, Mesti gempak!

Jadi sekarang gua nak sambung tulis novel Tingkat 13 tadi tu balik. Sebab gua nak ikut plan, hujung tahun depan pergi New York! New York!

Tapi lu orang, sebelum habis hujung tahun ni, jangan lupa tengok show dekat atas ni. Gua ada buat Penampilan Istimewa sikit. Bukan semua orang dapat buat Penampilan Istimewa macam ni, selalu Rahim Razali je.


25 November 2011

NADIA

Siang tadi ada satu awek call gua. Gua bizi masa tu, jadi gua suruh dia call lagi sejam. Lepas sejam, betul! Dia call balik. Lepas borak-borak ntah apa benda kami putuskan talian. Gua plan malam nanti nak bagitau kat Fazleena Hishamuddin (Faz) pasal ada awek call gua tadi tu. Mana tahu kalau-kalau dia jeles.

Tapi ntah neraka apa! Gua boleh lupa terus pasal hal tu. Sampailah kejap tadi, Nazri M.Annuar letak satu benda kat fesbuk gua. Harai betul...

Baru gua ingat... Faz tercalon untuk Best Actress BMW Shorties bersama 4 lagi finalis lain. Itu yang gua nak cakap dekat dia tadi. Tapi ntah setan apa boleh tak ingat pulak. Gua sebenarnya bukan apa, gua tak berapa nak boleh sangat tengok short filem ni. Tu sebab gua lupa kot.

Kalau nak tengok short filem tu KELIK SINI !!! Gua tak boleh tengok dah.

Tahniah untuk Fazleena, kau tercalon pun aku dah cukup happy. Kalau nak ikutkan tak ada la art dan power sangat benda ni. Dan gua tau, lepas ni ada yang akan kata "eleh tak ada la best mana".

Terima kasih pada semua yang membantu.

Sufian Abas, Nazri M.Annuar, Bainun Waheda, Shyrudin, Fazleena, Amar Amir, Fariza Hishamuddin, Rayza MukMin, Nik Adam, Haan Yusof dan cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul la rekaan. Haraiii tak percaya. Betul rekaan semata-mata. Gampang apa? Gua dah cakap rekaan, rekaan la.

Tak percaya lagi?

k/k : Gua harap-harap lepas ni, filem panjang yang gua arahkan bersama Nazri M.Annuar awal tahun hari tu, masuk la panggung tahun depan hendaknya. KONTRADIKSI !!!

____________________________________________

Itu benda lain, ini pulak benda lain. Kalau lu rasa nak beli novel gua yang tajuknya Nurul Asyikin tu, sila beli. Novel ni pun memang ada orang yang tak puas hati dengan kewujudannya. Sama macam filem dekat atas tadi tu.

Ceh celake! Boleh pulak ada kena mengena lagi.

KELIK SINI !!! dan beli novel gua. NURUL ASYIKIN.


22 November 2011

Saat-Saat Menyebalkan

Itulah risiko dalam perhubungan.

21 November 2011

Jiwa Berontak

Kecelakaan adalah apabila seorang wanita yang baru bangkit dari khayal keremajaannya, mendapati dirinya bersama seorang lelaki yang mencurahkan kepadanya emas berlian berkilauan, pelbagai hadiah berharga dan memberikan penghormatan dan rahmat tertinggi, juga segala macam hiburan tetapi gagal memuaskan jiwanya dengan nikmat cinta yang Tuhan limpahkan dari mata seorang lelaki kepada hati seorang perempuan.

- Petikan JIWA BERONTAK.

20 November 2011

Rekaan Semata-Mata


Aku lupa, yang 2 minggu lepas kami buat satu filem pendek dan di hantar ke BMW Shorties. Bab kalah menang aku tak peduli dah pun. Kalau tak, takkan sampai aku lupa. Terima kasih banyak pada semua kawan-kawan yang membantu. Terima kasih sangat. Filem ini adalah 'rekaan' semata-mata... ye rekaan semata-mata. Rekaan semata-mata. Rekaan je. Rekaan semata-mata.

Gampang! Kan aku dah cakap! Rekaan semata-mata !!!

19 November 2011

Berikan aku...

Sinar suria muncul jua. Sabarlah sayang, aku pergi takkan lama.

Bekalkan saja aku dengan rindu.

18 November 2011

Sewaktu kau pergi berpayung.

Petang tadi sekali lagi aku lihat dia duduk di pangkin itu. Duduk sendiri mengadap tasik. Khusyuk membaca Kahlil Gibran. Pasti dia tenggelam dalam rengekan-rengekan manjanya. Menyelami jiwa seorang perempuan yang terperangkap, dan menyedari bahawa dia mencinta lelaki yang salah.

Jadi aku kira kau tidak sendiri sebenarnya. Dalam dimensi yang lain, pelbagai watak itu wujud dan kau melihat semua kesaksian. Kau terlalu asyik, hingga tak terperasan dan tak mungkin akan perasan pada aku.

Seperti biasa petang tadi hujan turun juga seperti petang-petang sebelum. Kau bergegas bangun dan menyimpan naskah Kahlil itu ke dalam galasmu. Lalu, sewaktu hujan renyai-renyai mulai turun, aku lihat kau pergi berpayung. Dan kau sangat comel untuk itu.

Sekarang. Malam ini. Aku pula di pangkin ini. Menggilirkan kamu...

17 November 2011

Respon!

Ada pelbagai respon selepas Teater Juta-Juta (TJJ) di pentaskan di Putrajaya. Secara luaran ramai yang mengatakan tahniah dan bagus. Tetapi secara sembunyi dan belakang-belakang ramai juga yang mengatakan bahawa kami telah mula melibatkan politik dalam hal membudayakan seni dan mereka kecewa untuk itu. Kononya. Aku tahu. Tapi tak ada siapa yang berani bersemuka dan bercakap tentang hal ini. Macam biasa, bacul dan hanya tahu berkata-kata. Lagipun aku memang dah lama tak tumbuk muka orang.

Ada komen juga mengatakan bahawa kami ibarat 'masuk bakul angkat sendiri' apabila terlalu meng'up'kan produksi TJJ ini. Ejekan 'jangan terlalu mendabik dada selepas mementaskan di hadapan Istana Kehakiman' adalah sesuatu yang bodoh dan bangang.

Jika dilihat pada marketing, adalah sesuatu yang 'bastard' jika aku melarang orang dari melihat pementasan ini, dan pasti aku akan katakan ianya bagus. Kerana jika tidak, kenapa aku tergamak terlibat di dalamnya? Kau fikir aku sangup terlibat selama berbulan-bulan di dalam sebuah produksi bangang?

Aku secara peribadi menolak pemahaman politik dalam hal ini. Aku tidak pernah mengambil kira 'ras' politik mereka yang ingin berkerjasama. Kami berkerja sebagai sebuah produksi profesional dan berpegang pada apa yang ingin kami bawa dalam pementasan ini. Tidak ada pula sepanjang ingatan aku yang aku terpaksa menambah dialog 'memuji kerajaan atau mengutuk pembangkang dalam pementasan di Putrajaya lalu.

15 November 2011

One Man Show For One Audience

Semalam berakhir pementasan musim kedua Teater Juta-Juta yang di bawa ke Putrajaya pula. Dengan kapasiti kerusi 180, rata-rata penonton yang hadir pada 4 malam pementasan hampir memenuhkan panggung, hampir. Kecuali pada persembahan matinee yang mana bilangan kerusi kosong lebih banyak dari yang di isi. Tapi menurut Amir Muhammad, itu ok, sebab bilangan penonton masih melebihi bilangan pelakon di pentas.

Dan ok jugak sebenarnya, kerana ada pengalaman pada beberapa group lain, yang mana mereka punya bilangan pelakon yang berpuluh-puluh di pentas, tapi pada satu petang itu penontonnya hanya 2 orang. Dan pernah juga di mana ada persembahan yang hanya menampilkan satu pelakon, dan juga rupanya ditonton oleh seorang penonton. Sama. One man show for one man audience. Malah ada juga dalam sejarah persembahan matinee dibatalkan kerana tidak ada penonton.

Dari pengalaman aku mengarahkan sesebuah produksi, hanya sekali pernah melakukan show matinee iaitu Hegemoni. Dan dalam ruang stor yang mampu memuatkan 90 orang (bersesak) itu sebanyak 20 kerusi yang terisi. Kemudian pada persembahan seterusnya, Merocok-Rocok aku tidak membuat matinee walaupun ada permintaan, atas alasan pelakon perlukan rehat yang lebih. Kerana itu adalah sebuah persembahan permainan randai yang sangat meletihkan.

Pada persembahan matinee Teater Juta-Juta ini sebenarnya bilangan audience yang sepatutnya hadir adalah ramai dari apa yang tercatat di buku rekod tempahan. Tapi mungkin kebanyakan akhirnya tersesat atau mungkin juga terpesona dengan keindahkan seni reka bangunan dan Putrajaya. Asyik mengambil gambar hingga akhirnya terlepas waktu pementasan. Mungkin benar.

Rata-rata dari proses pencerapan dan juga temuduga (berborak), aku dapati 90% dari audience adalah merupakan crowd teater sekitar Lembah Kelang. Mereka ini yang menonton persembahan sama dan persembahan lain di Stor Teater dulu, mereka yang plan nak datang musim pertama tapi tak sempat, mereka yang dulu datang tapi tak tempah, dan akhirnya tak dapat masuk sebab penuh, dan mereka yang selama ini tahu kami buat teater tapi tak pernah datang.

Jadi penggemar teater di sekitar Lembah Kelang, adalah tergolong dalam mereka-mereka yang setia pada aku. Dan memang dari awal aku dah duga, mereka-mereka ini jugalah yang akan datang. Cuma aku tak terlalu menyangka bahawa sambutan orang Putrajaya tersangat dingin. Tapi aku percaya jika dengan promosi yang tepat digerakkan di tempat mereka, mereka akan sedar dan hadir menyaksikannya.

Tapi kami sebenarnya masih boleh berbangga jika mahu diikutkan. Sebagai perintis pastinya ia akan berdepan dengan cabaran penerimaan masyarakat yang tidak terbiasa. Dan itu memang berlaku. Tapi ini pementasan pertama yang dalam erti kata "Teater yang sebenarnya Teater" di pentaskan di Putrajaya, dan setiap pementasan tidak kosong. Malah mendapat sambutan. Syukur Tuhan.

Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang setia dan tidak menghampakan. Terima kasih banyak.

12 November 2011

Matinee

Persembahan Teater Juta-Juta ke Putrajaya ditambah lagi ke matinee pada hari ahad. Jadi secara keseluruhan persembahan masih berbaki ;

Sabtu : 8.30 mlm.
Ahad : 3.30 ptg & 8.30 mlm.

Tiket : RM 20 (normal price) , RM 15 (matinee).

Ini antara 2 review dari penonton pada hari pertama :

2 . Giler

09 November 2011

HERO!

Sekarang gua malas nak cakap banyak la. Dulu gua rambut panjang lu tau tak? Ni dalam gambar ni pendek. Pernah sekali rambut gua cecah lutut tau? Time tu dah la rambut panjang, badan pulak memang slim. Memang 'hot stuf' la gua cakap lu.

Masa gua rambut panjang dulu jangan cakap la. Kalau gua buat show bergaduh orang tak dapat masuk. Ini time gua buat show dulu, lama dah. Rambut pun dah kerat sikit, bagi pendek sikit dari yang atas. Tapi slim masih maintain. Pergi 'gim' ni gua cakap lu.

Kemudian gua ubah imej lagi. Kasi potong pendek sikit. Makan kasi lebih, biar badan naik. Bukan apa, gua jenis cepat bosan. Jadi bila dah potong rambut pendek, gua kasi tambah benda lain. Gua simpan janggut pulak. Halamak, memang maskulin habis la.

Jadi untuk Teater Juta-Juta Putrajaya ni pulak, tak banyak benda yang gua ubah dari segi imej. Masih kekal macam gambar yang last sekali ni. Cuma janggut gua plan nak potong, bukan apa, sebab watak yang gua bawak ni 'watak hero' yang muda dan baru lepas sekolah. Serta tak pernah kalah dalam setiap perlawanan. Ini adalah hero yang sempurna.

k/k : Aha, kalau ada sapa-sapa yang nak tengok, show bermula esok (khamis); Boleh tempah tiket di nombor 019-3572093. Bercakap dengan Hilal.

08 November 2011

Secara Logiknya

Hari ini adalah hari mula bermaustautin di Putrajaya dan penuh kesibukan bagi Teater Juta-Juta ke Putrajaya. Secara logik aku akan mula angkuh, riak dan takabur. Ini sebagai persiapan untuk menghayati watak katanya. Jadi sebagai langkah pertama, panggil saja aku Aaron Aziz.

07 November 2011

Bedebah!

Masa mula-mula Fasyali cerita dekat gua tentang idea Teater Juta Juta ni dekat restoran Hakim Sek 7 Shah Alam. Gua dah lupa tahun bila, tapi dah lama la. Boleh jadi setahun lepas, boleh jadi jugak dua tahun lepas.

"Aku nak buat show yang kasar dari segi look dan lakonannya." Gua diam dengar apa yang dia nak keluarkan lagi dari kepala hotaknya.

"Kalau dia tukar baju, aku nak buat dia memang nampak raw dan tak kemas, pertukaran watak jugak macam tak clean." Ini style persembahan katanya. Kita tak boleh nak kekal lagi pada satu-satu jenis style je sekarang. Come on, kita kena move foward. Cari idea-idea yang segar.

Kemudian gua ditawarkan berlakon dalam pementasan pertama Teater Juta-Juta di Stor Teater, memang 'habis hati' sungguh la. Pertama sebab gua masih 'panas' dengan Teater Kotak Hitam yang kami kerjakan bersama sebulan sebelumnya. Mood dan keghairahan nak berlakon tu masih kuat dan tebal. Gua cakap dekat Fasyali "tak puas lagi main la."

Kedua sebab gua jarang dapat tawaran berlakon teater. Itu mungkin sebab selalu tolak tawaran jugak kot, dan akhirnya orang jadi fed-up nak offer. Gua menolak tawaran-tawaran yang sedikit tu bukanlah atas faktor bayaran. Sebab gua panggil Fazleena Hishamuddin pun setakat ni tak ada bayar 'betul-betul.' Semua kira token je. Kalau orang lain boleh tolak tepi benda tu bila join gua, takkan gua tak boleh?

Jadi bila sebut token 'tau tau je la.' Duit minyak pun belum tentu lepas. Jadi dekat sini gua nak jawab komen dari blogger Abrodam yang kata gua 'jual diri' untuk Teater Juta-Juta. Gua nak jawab yang mana, sehingga sekarang gua masih belum berhenti lagi buat benda-benda macam ni, buat teater dan apa-apa art. Kecuali dia yang memang dah stop terus dengan art persembahan ni, lepas tu kecoh kata gua macam-macam. Gua dapat tumbuk muka dia sekali memang sedap ni.

Berbalik pada cerita Teater Juta-Juta. Gua terima offer pertama sebab yang offer tu Fasyali. Kalau orang lain mungkin gua akan fikir dulu. Kedua sebab bakal bergandingan dengan Fazleena. Kami dah lama plan nak berlakon sekali, tapi masalahnya 'siapa nak jadi pengarah?' Kemudian sebab ada Anas Ridzuan. Dia ni gua percaya masa depan bakal 'bit' Faizal Tahir dan Hafiz Awan Nano.

Kalau dari segi profesional gua terima pulak sebab naskah. Gua percaya "NASKAH INI TAK BORING" macam teater-teater yang biasa lu orang tengok!


06 November 2011

....

Di Ofis Selut Press.

Beberapa bulan dulu, gua dengan Sufian Abas pakat beli meja kaca dekat Ikea. Tak cukup satu beli dua. Dengan harapan senang nak buat kerja untuk memajukan syarikat ni. Kemudian kami sedar, perlunya internet kerana kebanyakan urusan harus dilakukan dalam talian. Maka daftar masuk Unifi.

Tapi nampaknya sekarang, dengan kemudahan meja mahal yang selasa dan internet ni. Gua lebih banyak online dari buat kerja. Dan syarikat masih tak mencatatkan apa-apa keuntungan lagi. Macam mana nak maju?

k/k : sini ada lebih kurang dekat 2000 ribu unit buku pelbagai genre. Kalau gua tukar jadi perpustakaan dan yuran daftar dikenakan. Mungkin ada hasil jugak.

05 November 2011

Lampu Merah

Putrajaya benda yang aku paling leceh sekali traffic light. Banyak sangat, jalan sikit nak kena berhenti, jalan sikit nak kena berhenti. Dulu aku dengan Shyrudin pernah kena kejar sekali dengan polis pasal tak berhenti masa lampu merah.

Tau-tau dari belakang dah keluar bunyi siren sekali dengan lampu warna-warni tu. Memandangkan Nissan Sunny tu payah nak pecut, maka kami tak boleh lari jauh. Betul-betul atas jambatan Seri Warisan tu kami ditahan dengan cara kereta polis membuat drift dan berhenti mengejut depan kami.

Aku kool, atau cuba berlagak cool. Tapi polis tu memang panas la. Dia soal Shyrudin kenapa tak berhenti masa lampu merah tadi, lepas tu cuba nak lari pulak.

"Mana saya tahu encik ada dekat belakang tadi, tak perasan. Kalau saya tau la encik ada tentu kami berhenti tadi." - ujarku sambil menyeringai.

Itu kes pertama, kes kedua lagi sekali aku dengan Shyrudin tak berhenti masa lampu merah. Pun lagi sekali tetiba ada polis kejar dari belakang. Tapi kali ini kami tak pecut lari, sebab dah tahu reputasi kereta tu macam mana.

Polis suruh kami keluar, kami keluar. Sebelum dia tembak baik ikut je apa dia kata.

*****

Sejak akhir-akhir ni aku makin kerap ke Putrajaya, pertama kerana atas urusan penganjuran Teater 10 Minit Putrajaya. Kedua atas urusan pementasan Teater Juta-Juta Ke Putrajaya yang bakal dipentaskan di sana nanti.

Selasa hari tu masa sidang media diadakan, kami berempat pelakon dan pengarah diumumkan sebagai aset terbaru seni di Putrajaya. Aset ni setahu aku benda yang ada harga.

Jadi lepas ni plan, kalau jalan dekat sana aku dah boleh langgar lampu merah ikut suka aku.
Kalau polis tanya, cakap je aku "adalah aset". Peduli apa?

Ini adalah benda paling power yang aku rasa aku nak buat dekat sana, sebab selain dari Perdana Menteri dan Menteri, siapa lagi yang ada power boleh jalan masa lampu merah?


03 November 2011

Nak Tunggu Apa Lagi?


Tunggu apa lagi? Takkan tak nampak muka gua kat tengah-tengah tu?
Tempah tiket sekarang, telefon no 019-357 2093 slow talk dengan En Hilal Azmi.
Lepas ni gua nak pergi bertapa penuhkan ilmu di dada.

02 November 2011

Benda baik kembali.

Teater Juta-Juta kembali lagi dan kali ini ke Putrajaya.









Maklumat lanjut pementasan lihat di page INI.