26 October 2011

Gigi relai darah menjejeh-jejeh.

Gua rasa penduduk dekat sini tak tau kot yang gua sebenarnya ada darah Chan Ho Nam mengalir dalam diri. Kita kalau dah biasa bergasak, bila lama tak bergasak ni rindu jugak bro. Gua cakap lu beb, gua ni takde la kuat mana, tapi kalau takat nak starting tumbuk tepat ke biji mata tu tak ada masalah la. Hal kalah menang itu belakang kira, janji yang penting biar dagu pecah berderai, jangan dahi cecah ke tanah.


Dua hari lepas Sufian Abas dah tendang tayar dia, tapi gua cakap tendang tayar mana cukup bai. Kasi pecah la dia punya cermin, amik dia punya smart tag dan rogol sekali adik perempuan dia. Tapi semua plan tu tak jadi, pertama gua tak jadi pecahkan cermin dia sebab gua rasa dia ni orang miskin. Kedua gua rasa tak boleh nak amik smart tag dia sebab dari alasan yang pertama tadi. Dia miskin. Jadi dah tentu tak ada smart tag. Ketiga gua nak simpan teruna gua untuk bakal bini gua pada malam pertama nanti. Rasanya kukuh jugak alasan ni kan. Jadi?

Kejap lagi gua nak layan Young And Dangerous, bukan apa. Gua harap sifu gua Chan Ho Nam akan bagi semangat untuk berjuang esok. Harap-harap barua tu ketuk pintu gua sebab dah siap kasi no rumah lagi tadi. Sat lagi, gua nak layan macam mana Ho Nam dengan Chicken bakar tokong masa hari pengkebumian Taiko Taiwan. Kalau tak cukup tenaga gua nak ajak sekali Tai Fei (Mutalib Uthman) yang suka korek idung tu turun padang esok.

Tapi... Ok gua lupa, Mutalib Uthman@Luca D.K mana berani jenis hal-hal macam ni. Sound budak budak yang baru start bloging pandai la. Gua plan nanti, belum sempat dia bukak mulut, gua dah tujah kayu besbol sampai kerongkong. Lepas tu gua hayun satu kali kat dahi dia sampai darah menyembur. Merah.

Kemudian dia akan terbaring, gua amik batu-batu kerikil sumbat dalam mulut dia. Tutup mulut dengan plaster dan hayun kayu besbol tadi kat mulut dia. Bila bukak je, batu, sama satu-satu gigi relai berdarah... Darah yang merah jugak, tapi lagi pekat. Menjejeh-jejeh ke tanah. Ini gua pernah buat sekali dulu masa kat hostel, gua rasa boleh cuba lagi kot.

25 October 2011

Pemuda Ganteng.

Panduan terbaharu mendapatkan NURUL ASYIKIN secara dalam talian.

1 . Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM5) ke akuan berikut;
Nama : SeLUT Press
No Akaun : 1283-0000660-10-3 (CIMB)
*pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat kerana baki tidak akan dikembalikan.

2 . Lampirkan bukti pembayaran di selutpress@gmail.com

3 . Sila nyatakan judul buku, nama penuh, alamat dan no telefon untuk dihubungi.

4 . Seterusnya, buku anda akan dihantar oleh pemuda ganteng bermisai tirus bermosikal garang.

*penghantaran dibuat seminggu sekali.

Gua juga dengan branding SeLUT Press memasarkan kembali karya-karya berikut. Gunakan kaedah yang sama untuk menempah beberapa buku lain seperti senarai:

1 . NURUL ASYIKIN - Aloy Paradoks
Harga : RM 20
Muka surat : 251
Keterangan : Sebuah novel

2 . SAYAP-SAYAP PATAH - Kahlil Gibran (adaptasi Sufian Abas)
Harga : RM 20
Muka surat : 80
Keterangan : Novel terjemahan/adaptasi.

3 . JIWA BERONTAK - Kahlil Gibran (adaptasi Sufian Abas, Ana Bentaleb, Nabilah Bentaleb)
Harga : RM 20
Muka surat : 80
Keterangan : Novel terjemahan/adaptasi.

4 . BURGERMPAK - Aloy Paradoks, Rayza MukMin, Bias
Harga : RM 20
Muka surat : 145
Keterangan : Cerita kontot humor.

5 . KL AKU OK - Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin, Razaisyam.
Harga : RM 20
Muka surat : 99
Keterangan : Himpunan cerita pendek.

6 . NYAMAN SI PUDING ROTI - Cikha Sidinaali
Harga : RM 20
Muka surat : 85
Keterangan : Himpunan cerita pendek.

7 . TANGERIN & NIKOTIN - Mimi Morticia
Harga : RM 15
Muka surat : 84
Keterangan : Koleksi puisi.

8 . DUA LAUK - Taf Teh, D'Ianadi.
Harga : RM 20
Muka surat : 79
Keterangan : Himpunan cerita pendek.

*Masukkan harga buku dan tambah RM 5 untuk kos pos.

24 October 2011

Tragedi Oktober

-untuk Shyrudin

Satu hari kami sedang dalam perjalanan yang panjang. Dalam sebuah kereta lama, usang dan enjinnya mula tersangkut-sangkut jika mendaki bukit. Dia memandu dengan tenang, tidak seperti biasanya yang akan membuat aku sangat syukur jika hidup lagi selepas itu.

Awan petang semakin cantik. Tingkap dibuka, udara segar kawasan pergunungan menderu-deru masuk mengerbangkan rambut kerintingnya. Atau dalam erti kata lain, kereta itu tidak punya apa itu ekon.

Aku diam menikmati pemandangan kiri kanan, dia bercerita entah apa yang bukan-bukan; seperti biasa.

Telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk. Gadis yang diminati baru menerimanya sebagai teman baru di fesbuk, dan tambah mengujakan mesej peribadinya di inbox di balas di sini. Jujurnya awak. Balas mesej itu dari yang sebelumnya berbunyi begini ; awak, mesej ini akan menghancurkan hati ramai perempuan lain. Saya suka awak, sebab apa saya suka awak saya pun tak tahu. Tapi macam itulah. Saya tak yakin kita akan jumpa lagi, jadi saya fikir nak add awak dekat sini saja. Hmmm, macam tu lah. Saya tinggalkan sekali no telefon saya untuk awak hubungi kalau sudi, sebab saya jarang online. Hmmm macam tu lah.

Dia menjerit kegirangan. Seolah tidak percaya atau entah apa aku sendiri tak pasti. Tak sia-sia dia meninggalkan no telefonnya tadi.

Selepas menerima mesej itu, sepanjang episod ini aku melihat senyuman terukir di wajahnya sepanjang masa. Senyuman yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Dan aku harap senyuman itu akan kekal untuk selamanya. Mungkin jika ini dalam filem aku akan gambarkan ia penuh dengan bunga-bunga bertaburan, dan pohon-pohon rendang berbunga lebat merah jambu di sepanjang jalan kami. Dan kereta buruk itu bertukar menjadi betik oren yang beroda. Ok betik adalah tidak romantis, jadi aku tukarkan betik itu kepada strawberi saja. Bagaimana?

Untuk episod akan datang aku sendiri tidak pasti apa akan terjadi. Kerana mungkin kau akan gembira dari gembira yang pernah aku lihat dalam diri kamu, atau menangis seperti sebelum-sebelumnya juga.

Sebelum ini, kau ada aku. Tapi kini kau sudah ada aku dan dia. Namun jika kau kehilangan dia, aku tetap ada. Sama.

Aku tahu, kau selama ini sunyi, dan aku percaya kau akan kembali begitu juga nanti. Ketika itu, sabarlah kawan.

20 October 2011

Lelaki Bahagia Bila...

1 . Bila dapat add wanita yang diminati di laman sosial..
2 . Bila wanita tu balas hai dari yang dia hai kan sebelumnya.
3 . Bila wanita tu bagi tanda-tanda ajaklah saya keluar.
4 . Bila diajak keluar, wanita tu kata ok.
5 . Bila wanita tu cakap saya single lagilah, saya terima awak seadanya.
6 . Bila wanita cakap saya tak pernah jumpa lelaki sebaik awak.
7 . Bila wanita tu bersedih, dia rebahkan diri ke bahu kiri lelaki.
8 . Bila berjaya setelah bersusah payah mendapatkan apa dihajati wanita itu.
9 . Bila wanita tu kata saya sayang awak sangat-sangat.
10 . Bila berjaya melepas diri dari wanita yang pernah dia minati itu.

k/k : kitar semula.


BUKU PERTAMA SeLUT Press



Dekat atas ni, dua buah buku pertama SeLUT Press di bawah Imprin SeLUT Klasik. Untuk Sayap-Sayap Patah ia dah mula dipasarkan di event-event seni sekitar Lembah Kelang, atau boleh juga diperolehi dengan cara pembelian gaya pos. Kedua-dua buah buku ini akan dilancarkan pada 31.10.2011 ini bertempat di Rasta TTDI, jam 8 malam hingga 10 malam. Di majlis berkenaan juga akan dilancarkan sama 7 lagi judul buku terbitan sharekat lain.

19 October 2011

Mengkucar Kabirkan Baktiar.

Ok, gua memang banyak projek merapu dan bukan-bukan. Yang ini lagi satu projek merapu yang gua nak buat.

SeLUT Press adalah kampeni yang gua dan Sufian Abas tubuhkan untuk mengkucar-kacirkan bidang penulisan ni. Dibawah nama besar label ini kami akan menerbitkan pelbagai genre novel di Malaysia. Tak lama lagi kami akan keluar dengan naskah-naskah yang telah siap dan tunggu masa untuk pelancaran saja. Tapi, sebelum itu ;

Kemudiannya dari SeLUT Press kami pecahkan lagi kepada imprin-imprin ;

1) SeLUT Press (imprin induk) ; Menerbitkan novel-novel perbagai genre.

1) SeLUT Klasik (imprin kedua) ; Menerbitkan novel-novel terjemahan atau adaptasi dari karya yang telah menjadi lagenda.

2) SeLUT Seram (imprin ketiga) ; Menerbitkan koleksi fiksyen dan non-fikyen yang bergenre seram.

Anda di alu-alukan untuk menulis dengan salah satu imprin tersebut. Cara-caranya.

SeLUT Press
-Hantarkan sinopsis novel anda, berserta bab 1 dan bab 2 untuk kami nilai. Kemudian jika melepasi pra-syarat kelayakan anda akan diminta menulis keseluruhan novel tersebut.

SeLUT Klasik
-Hubungi kami, dan kemudian anda akan diberikan satu helai mana-mana bahagian dari novel Inggeris untuk diterjemahkan. Jika lepas syarat kelayakan, anda akan diberi tanggungjawab penuh untuk mengadaptasikan sebuah novel bahasa inggeris ke bahasa melayu. Tebal novel tersebut mestilah antara 150ms hingga 200ms. Naskah yang perlu di adaptasi akan di beri oleh kami atau anda berhak memilih naskah kesukaan, namun mestilah mendapat persetujuan penerbit terlebih dahulu. Kerana bukan semua karya boleh diterjemah sesuka hati.

SeLUT Seram
-Namanya pun dah tahu. Tulis sinopsis penuh, bab 1 dan 2 kepada kami. Kemudian jika lepasi kelayakan, jadi tulis sebuah fiksyen atau non-fikyen yang bergenre seram. Jumlah patah kata dalam lingkungan 40 ribu hingga 50 ribu perkataan.

Berminat untuk menjadi penulis kami dan mahu turut serta? emailkan pertanyaan dan sebarang rungutan anda ke ; selutpress@gmail.com

18 October 2011

Dari Karya Lagenda

Dengan label sharekat SeLUT Press gua ada satu lagi projek bagus-bagus. Iaitu projek istimewa di bawah imprin SeLUT Klasik, mencari penulis yang mahu membikin karya adaptasi atau terjemahan dari karya lagenda yang sedia ada.



Jika berminat, atau ada sebarang pertanyaan dari kemusykilan anda, emailkan ke alamat di atas, atau alamat berikut;

1 : selutpress@gmail.com
2 : aloyparadoks@gmail.com

Amacam? menarik tak projek gua? Ini karya adaptasi pertama yang akan kami lancarkan pada hujung bulan ini, bersama satu judul lagi yang masih misteri.

16 October 2011

Kritikan Tentang Nurul Asyikin.

Setelah meninjau-ninjau beberapa kali, ini ada 7 kritikan atau komen yang ditulis oleh mereka tentang NURUL ASYIKIN sebuah novel Aloy Paradoks.


Komen-komen mulut :

1 . "Cerita macam gampang". - Mutalib Uthman (penerbit buku pertama Aloy Paradoks)

2 . "Aku rasa boleh lagi, boleh lagi". - Nik Adam Ahmad (ahli Paradoks yang telah belot dengan Aloy Paradoks.

3 . "You Know, i can do this all day... you know". - Bart Ahmad (musuh ketat yang tergugat)

4 . "Nurul Asyikin Rocks". - Dya Anne Jasni.

5 . "Nurul Asyikin best". - Sher Hirah.

6 . "Buku Nurul Asyikin sangat sedap. Orang rumah kirim salam. Dia cakap lepas ni dia belanja Tutti Frutti". - Amirull Bozu (Mamat Tutti Frutti di Ipoh)

7 . "Baru baca bab 1 dah teruja". - Mell Yana Sara.




15 October 2011

Tentang sesuatu.

Perasaan aku, lebih kaya dari lidahku - King Lear.

13 October 2011

Membirah

Namun yang paling celakanya, sewaktu dia sedang membirah, dia pernah mendail nombor aku dan membiarkan aku mendengar desahnya di hujung talian. Setan!

12 October 2011

Kombinasi Yang Sempurna

Aku tahu ini satu kenyataan yang perempuan benci dan paling tak suka sebenarnya. Mana ada perempuan nak mengaku kalau dia mengayat lelaki. Sebolehnya dia nak pusing balik, buat lelaki tu yang mengayat dia pula. Macam mana caranya?

Macam biasa, dia akan buat kau jatuh dalam perasaan kau. Bila kau dah makin hanyut dalam tasik asmaranya, bila kombinasi sempurna antara daging dan keju telah berlaku bagai Quarter Pounder, maka kemudian dia akan main tarik tali untuk menduga. Dan kau harus makin kuat menarik tali itu kembali.

11 October 2011

Kerana awak, sangat...

Dia masih tak percaya lagi. Senyumnya mungkin senyum menyindir atau mungkin juga senyum menguji. Tentang itu aku tak pasti ia yang mana satu. Cuma yang aku pasti aku mahukan jawapan yang pasti juga dari mulutnya. Sekarang juga.

"Kenapa ye?"

Untuk pertama kali setelah agak lama membisu dia bertanya begitu. Lehernya agak terlentok sedikit. Rambut lurus itu meluru jatuh ke sisi kiri bahunya yang menyendeng.
Ah! Indah...

"Sebab awak cantik..."

Harap dia bangga dengan jawapan aku.
Tapi, entah!
Dia hanya senyum lagi, malah kali ini ditambah sedikit dengan ketawa kecil.
Makin ayu. Arrhh!

"Itu je sebab nya?"
"Ye, memang itu sebabnya. Kenapa?"
"Macam mana saya boleh percaya awak, terima awak? Kalau itu je sebabnya".

Tapi aku ikhlas sukakan dia sebab itu.
Bukan sebab dia baik, atau sebab dia ntah apa-apa lagi.
Jadi, biar aku berterus terang saja di sini ;

"Ok, bukan sebab awak cantik saja".
"Ok, kerana apa lagi?"
"Kerana awak sebenarnya SANGAT cantik".


06 October 2011

Lelaki Stailo

Bernafaslah kamu dengan ciuman bibirku,
Kerana aku yang menghidupkan rasa itu.
Dan bagaimana kita mampu menolak manis cinta?
Sedangkan bayangnya saja sudah terlalu kaya dengan kegembiraan.

k/k : Ini kesan lepas baca skrip Romeo And Juliet.

05 October 2011

Dia belum mati, belum.

Dia belum mati, belum. Sekurangnya belum mati dalam hati. Cuma sekarang gua tengah bizi, jadi tak sempat nak tulis curhat-curhat di sini. Dan gua tetap berharap Malaikat segera kembali, untuk meniupkan sangka kala kali kedua sekali lagi.

Sebab menunggu penulis-penulis muda ni siapkan novel mereka lambat sangat, gua gesa penulis yang tak berapa nak muda, tapi muda-muda roh dan jiwanya untuk jadi penulis pertama SeLUT Press.

Novel Sayap-Sayap Patah karya Kahlil Gibran, yang diadaptasi sesuka hati oleh Sufian Abas telah kami terbitkan. Ye! Sufian Abas !!!

Cetakan terhad telah dijual di Pekan Frinjan Shah Alam yang lepas. Jadi lagi sekali ia dicetak dalam kuantiti yang terhad-30 unit sahaja, akan di pasarkan pula di Ipoh nanti (8hb Oktober 2011)

Sayap-Sayap Patah diterbitkan oleh SeLUT Press, dengan satu dari sayapnya iaitu SeLUT Klasik. Adaptasi ini akan disusulkan bersama dua lagi adaptasi lain, juga dari Sufian Abas. Tajuk dirahsiakan. Jadi hingga hujung bulan nanti, SeLUT Press di bawah sayap SeLUT Klasik, akan mengeluarkan tiga koleksi adaptasi kesemunya.

Orang-orang Ipoh dan sekitarnya moh ke Uptown Ipoh-Ruang Rabak berhadapan Ipoh Parade bermula jam 6 petang - 12 tengah malam. Bahawa pulang Nurul Asyikin anda, bersama Sayap-Sayap Patahnya.

Ini la bendanya.

Gua dengar orang Ipoh ramai lagi yang tak baca, apa cerita?

Cover tu, salah satu dari Show teater yang gua buat tak lama dulu.

Buku ni gua tak pasti lagi berapa banyak. Ada dalam 5 unit je kot rasanya. Nasib la sapa dapat.