Lagi sekali gua akan beraksi dalam sebuah teater karya dan arahan Fasyali Fazdly. Kalau dulu kami musuh sekarang pun masih musuh, tapi kalau musuh tak bermakna tak boleh berkerjasama kan? Lagi musuh lagi bagus sebenarnya, sebab banyak hal kalau tak puas hati kami akan kutuk dan kutuk saja. Tak ada jenis nak simpan-simpan ni.
Dulu lepas kami buat Kotak Hitam ramai meraung sebab tak dapat nak tengok. lepas tu asyik nak tanya-tanya bila lagi show, gua malas nak layan dah benda-benda macam tu. Time orang sibuk buat, dia buat tak tahu. Tapi bila orang dah tak buat, orang dah puji sana-sini baru nak ambil tahu.
Sekarang gua nak cerita, ini projek teater baru bertajuk "Teater Juta-Juta". Sebab apa 'Juta-Juta?' Ha itu kau orang semua akan tahu bila dah datang menontonnya nanti. Untuk teater ni gua pegang 3 watak, dan ia menggunakan kaedah 'play within the play". Kalau tak tahu apa bendanya tu pergi google sekarang. Kira macam ada masuk idea-idea Breacthian sikit la.
Selain dari gua, berlakon sama dalam teater ni ialah Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan. Dia orang lagi power sebab pegang 4 watak pula. Gua 3 watak saja, tapi watak gua watak-watak ketua la... hehehehehe...
Tarikh untuk teater ni ialah 4 hari selepas majlis pelancaran novel gua. Bermula 21 sept hingga 25 sept, bertempat di Stor Teater DBP. Tiket-tiket berharga RM 20 dan boleh mula di beli dari sekarang di talian 012-2789352, kemudian minta bercakap dengan Cik Ajune. Dia sekarang ni kebetulan tengah single lagi, jadi tunggu apa? Kalau rasa nak datang baik la beli tiket awal-awal, sebab dari apa yang gua dengar, orang tempah dah berbas-bas. Ini bukan gua nak propa ke apa? Sebab kalau penuh panggung tu gua bukan boleh kaya pun, mana ada orang buat teater boleh kaya. Cuma gua malas nanti nak layan bila semua kata "ala... luginye i tak nengok u belakon".
Untuk membeli secara walk in adalah sangat berbahaya sebenarnya kerana kami gua risau akan terjadi rusuhan pula bila tak dapat tiket nanti. Takkan nak buat dua kali show satu malam? Gua pun manusia juga, bukannya robot yang tak ada perasaan. Mana gua nak cekau air mata lagi kalau gua dah habiskan untuk show mula-mula.
Setahu gua sekarang dah ada beberapa orang yang datang show gua sebab semata-mata nak tengok air mata saja. Antaranya ialah Bart Ahmad (penjaga litar sepang), Nazim Masnawi (pengkritik film) dan Sufian Abas (peminat keju dan mentega). Lepas show kalau nak komen-komen nak kutuk pun boleh, dan selalunya orang yang paling suka dalam segmen ni ialah Muthalib Uthman (peniaga teh herba). Waktu tu dia akan cakap dan soalkan macam-macam sampai pernah gua amik kerusi hempuk dekat kepala dia. Pergi tengok page
TEATER INI.
Gua pun dah siapkan novel pertama tadi ; Nurul Asyikin. Dah seminggu gua tak balik rumah dan tidur malam sebab nak siapkan benda tu. Gua hanya dapat lelap bila dah pukul 6 dan terpaksa bangun semula bila pukul 9. Itupun bukan lelap sebenarnya, cuma Terlelap.
Novel ni tentang seorang nelayan di Kuala Lumpur bernama Nurul Asyikin, selain seorang superhero, beliau juga adalah seorang wali. Mengamalkan cara hidup sihat dengan Tak hisap dadah, tak hisap awek-awek, tak tipu orang dan tak sembahyang.
Novel ni diterbitkan oleh Siluet Books, setiap naskah berharga RM 20...
Kalau ada yang kata mahal baguslah, sebab gua memang tak suka karya-karya gua dijual murah-murah. Terguris hati gua nanti. Kalau nak beli sila lawati page
NOVEL INI, pre order sudah bermula pada 4 hb sept 2011. Kalau nak beli lagi best datang masa majlis lancar nanti, atau tunggu saja di kedai buku. Tapi benda ni masuk kedai buku lambat sikit sebab dah ramai sangat yang tempah dan terpaksa di print lagi. Kalau tak nak beli tak apa la, gua tak kisah pun. Tapi bapak la rugi gila sapa tak beli.
Buku ni dah la diterbitkan oleh Awek Hotzz Enna Nor, dibuat dezain sampul oleh awek cun Ken Kamarudin. Gua memang suka berkerja dengan awek-awek macam ni, supaya emosi gua mudah untuk stabil. Kalau tak nanti mula la gua rasa nak bunuh diri je, dah la takde awek kan?