26 August 2011

Nurul Asyikin sebuah novel Aloy Paradoks



Ini mock-up cover novel saya. Akan dilancarkan pada 17 Sept 2011 sempena Art For Grab di Annexe Central Market. Kepada pencinta-pencinta semua, sila hadir untuk terus mencintai rama-rama rapuh yang terbang jauh mencari pelangi ini. Seperti kata penerbit buku ini Fazleena Hishamuddin, "Novel ini amat penting bagi Aloy demi perkembangan kerjaya seninya."

Jadi pada tarikh berkenaan sila datang untuk terus menyokong saya, memberi pujian-pujian hebat tanpa mendustai, menjabat tangan dan belajar mencintai. Sesungguhnya percayalah, jika awak cuba belajar untuk mencintai saya, saya telah jauh lebih mencintai awak.

Lawatilah page INI(Klik)

25 August 2011

Work-in-progress

Ini ruang menerima tetamu di ofis gua. SeLUT Press & Paradoks Production. Tapi sayang kerani yang cantik tak ada lagi. Work-in-progress.




23 August 2011

Wakenabeb!

Sesi Script Reading Teater Juta-Juta.


Sementara menunggu waktu berbuka, bacaan ringan diadakan bagi mengisi masa. Melihat lepas ke laut luas.


Selepas berbuka, sambung membedah skrip. Ceria dan gembirakan kami?


Tetapi kami diberitahu keputusan yang kami tak boleh terima. Gua dah mula tak puas hati.


Ini sewaktu emosi gua masih terkawal lagi. Mampu bercakap dengan tenang dan mengenangkan brader yang gua lawan cakap ni taraf abang-abang.


Gua dah mula usha tajam dekat brader tu. Cakap banyak pun tak guna dah. Lepas adegan ni gua sendiri kurang sedar dah apa yang gua cakap dan buat sebenarnya. Cameraman dah mula stop ambil gambar sebab keadaan tak sesuai lapornya. Semua diceritakan kembali budak-budak yang lain. Apa yang gua tahu, hanya salah seorang akan terus kekal dalam produksi ni. Samada gua atau dia sahaja. Kalau penerbit teruskan, gua quit! cari saja orang lain untuk teruskan. Nekad!


Jika diperhatikan muka gua. Rasanya masih jelas dan berbaki rasa tak puas hati. Gua fikir lama jugak tu, ni kalau gua tumbuk ni. Brader tu bawak pergi mahkhamah mau makan riban-riban juga gua kena saman. Lihat sahajalah wajah gembira penerbit teater ini yang berdiri di belakang sekali dan bandingkan dengan muka senyum palsu penuh pahit gua.

Segala Sept 2011

1 . Novel gua akan di lancarkan pada 17 sept 2011 bertempat di Annexe Central Market. Sekarang sedang giat menulis draf kedua novel ini. Tajuknya masih diperdebatkan lagi antara penulis dan penerbitan Siluet Books. Ia bersifat memoirnovel dijual dengan harga siling RM 20. Jika ditanya di mana boleh didapati nanti, jawapannya ialah pertama datang semasa pelancaran novel ini. Kedua jengah booth-booth kami di setiap event dan ketiga cari sahaja di kedai-kedai buku.

2 . Teater Juta-Juta akan dipentaskan bermula 21 Sept 2011 hingga 25 sept 2011. Maka kini sedang giat berlatih pada saban malam dan dalam masa yang sama kami juga perlu menghadiri sesi-sesi promosi yang telah di aturkan oleh pihak penerbit. Setiap tiket masuk berharga RM 20 berkadar rata. Setiap pertanyaan untuk pengurangan harga jawapannya adalah tidak.

3 . Gua akan mengarah sebuah filem pendek berdurasi 10 di tayangkan di MASKARA SHORTIES pada 24 sept 2011. Filem ini dedikasi untuk gadis kegemaran yang sedang dalam makna pencarian penuh kekeliruan. Gua juga bertindak untuk menulis 2 buah skrip filem pendek lain bagi filem-filem arahan Mutalib Uthman. Katanya mahukan skrip yang jiwang muntah darah maka gua diperlukan untuk suntikan itu. Dalam masa yang sama juga gua akan berlakon pula dalam filem-filem pendek arahan Nazri M.Annuar dan Shyrudin.

4 . Majalah hiburan santai SPF di pasarkan pada penghujung sept 2011. Berskala 2 bulan 1 naskah, menuntut komitmen dari gua selaku editor bersama. Akan menampil cerita cerita artis baru yang berbakat dan menemuramah mereka dalam bidang muzik, filem, teater, fesyen. Miliki ruangan cerpen untuk para pembaca mencuba bakat menulis mereka. Jadi jika anda rasa mahu melihat karya anda disiarkan sila email kepada gua. Syaratnya hanya satu, iaitu BAGUS! Selepas 5 isu mungkin akan dinilai semula dari segi pengeluarannya kerana memikirkan soal kewangan dan jualannya nanti.

5 . Seterusnya filem panjang Kontradiksi arahan gua dan Nazri M.Annuar sudah di saat genting. Kerja-kerja editing perlu disiapkan segera untuk filem ini boleh menemui penonton-penonton di pawagam terpilih sekuranganya Januari 2012. Ini benar-benar tekanan kerana kami berkerja dengan kekangan kewangan dan masa yang sangat padat.

6 . Pada yang berminat menjadi penulis novel di bawah terbitan SeLUT Press, silakan terus mencuba. Hantar sinopsis karya anda berserta bab 1 dan bab 2 di email aloyparadoks@gmail.com. Jika karya anda layak dan sesuai kami sedia menerbitkan. Namun harus berani berkerja keras.

19 August 2011

Serigala Segala

Saya suka June. June suka saya tak? Saya dah pergi tonton wayang dengan June, Tapi tak dapat pegang tangan pun :( . Saya nak beli iphone 4 untuk menambat hati June. Saya tak suka Aloy sebab dia dengan Ajun lain macam saya tengok. Saya jeles. Aloy pandai bercakap dengan perempuan, lebih-lebih lagi dengan June. saya nak pandai bercakap mcm Aloy.
June cinta hati saya. Saya sayang June sebesar alam semesta, tengok bintang yang bertebaran, begitu besar cinta saya pada June.
June,
June,
June,
June,
June
saya cinta June
saya cinta June
June yea yea
June yea yea
June, terimalah cinta saya
June cinta hati saya.

"Nota ini saya temui di dalam iphone seorang teman saya"

11 August 2011

Awak Mahu Ke Dirogol?

Aku katakan padanya setakat ini saya dah rogol 3 orang kesemuanya. Awak tak takut dengan saya?

Dia diam sahaja. Tetapi kemudian, Wow! Beruntungnya! Saya harap sekarang awak sudah memikirkan mangsa yang ke empat itu bukan?

Dia benar wanita yang diimpi dan digilakan oleh setiap lelaki. Jika aku tidak memandang ke arahnya sewaktu dia melintas tadi itu adalah satu kebebalan sebenarnya. Kebebalan yang tidak harus dimaafkan.

Hingga dinihari kami masih bersama di tepi pantai itu. Katanya mahu tunggu hingga matahari terbit pagi nanti. Dalam tak sedar aku bercerita, dia telah terlena di bahu kiri ini. Berat rasanya, tapi bahagia. Dia lena semahu-mahunya. Rambut lembut halus yang ditiup angin sekali sekala menampar-nampar pipi ku. Sepanjang malam aku keras dan kaku agar dia tidak terganggu.

Dan tatkala suria menampakkan wajahnya di pagi itu dia masih terlena di bahu ini. Sengaja aku tidak mahu mengejutkannya. Jika dia sedar pasti dia gembira melihatnya, tapi pasti juga dia akan mengalihkan kepalanya dari bahu ini. Aku tidak mahu dia mengalihkannya, jadi biarlah aku sendiri sahaja menyaksikan segala keindahan pagi ini.

Setelah dia sedar pagi itu, dia nampaknya marah pada aku kerana tidak mengejutkannya semasa matahari muncul tadi. Dalam marah dalam kecewa dia berjalan menuju ke utara dan aku selatan tanpa sempat mengetahu nama antara kami. Itu pertemua pertama dan terakhir kami. Sejak itu juga aku tidak pernah muncul lagi di pantai ini. Aku masih sama, menyendiri di setiap pagi menyaksikan matahari muncul memulai hari.

09 August 2011

Perempuan Di Setiap Malam Ku

Dan yang celakanya adalah perempuan-perempuan disitu. Mereka sewenang-wenangnya akan mengetuk pintu rumah pada tengah-tengah malam semata-mata untuk menyuruh aku menemankan mereka terbang dan mendengar cerita-cerita bosan. Pernah sekali Windy yang kemabukan memecahkan pintu kerana aku degil untuk membukanya. Sejak kejadian itu tidak berani lagi rasanya membiarkan ketukan mereka bertalu-talu lamanya. Biarlah mengantuk bagaimanapun terpaksa melayakan sahaja. Dalam kemabukan itu lazimnya Windy akan bercerita penuh emosi, aku terpaksa mencium masamnya wiski dari mulut Windy. Jika dia muntah di dada kiri aku, mahu saja rasanya aku humbankannya keluar dari tingkap. Biar pecah kepala bila mencecah permukaan jalan raya bawah sana.

Cristine itu pula orangnya bengis, pantang jika ceritanya tidak diendahkan dia akan membaling dengan segala pingan mangkuk yang terdapat di dapur. Sudah beberapa kali aku terpaksa membeli pingan mangkuk baru akibat ke amukkan Cristine yang tidak dibendung. Tapi sungguhpun begitu dia tidak mahu berusaha untuk terbang, sebaliknya hanya memaut di sayap ku yang kian patah rasanya. Aku letih melayannya meninjau-ninjau ke sana ke marai.

Claudia lebih orangnya lembut dan tertib. Jarang sekali dia mengetuk pintu rumah ku dalam keadaan mabuk. Hanya kerana kebosanan yang membuatnya perlu kepada aku untuk mencari teman cerita. Tapi jika dia bercerita aku tidak boleh memperdengarkan cerita ku juga. Dia hanya mahu aku yang mendengar ceritanya. Jika terbang juga dia tidak mahu terbang terlalu tinggi. Entahkan mungkin dia gayat barangkali.

Mungkin yang terbaik di antara mereka adalah Isabell. Wanita pertengahan umur yang kurang peramah itu sebenarnya begitu bijak membuat aku merasa bagai dihargai. Dia satu-satu yang mahu aku mendengar ceritanya dan mahu mendengar apa yang aku ceritakan. Tapi dia hanya mengetuk pintu rumah ku bila suami tuanya tiada di rumah. Mengetuk pintu bila suami tuanya sibuk bercerita dengan wanita muda lain di satu tempat yang lain. Ketika itu baru dia datang untuk bercerita.

Aku baru saja berkira-kira mahu membunuh suami tua Isabell itu supaya aku dapat mendengar seluruh cerita-cerita Isabell setiap malam-malam mendatang. Tetapi Isabell melarang keras, katanya jika aku bunuh suami tuanya dia mungkin tidak akan datang lagi untuk bercerita dengan ku. Aku tanyakan mengapa? Katanya, kerana dia masih bersama suami tua itulah dia begitu bersemangat untuk bercerita dengan ku.

08 August 2011

Rama-Rama Rapuh

Hari ini dia tidak boleh terbang. Sayapnya perlahan demi perlahan telah relai satu persatu ke bumi. Telah beberapa hari Malaikatnya tidak datang, tidak bertanyakan khabar dan dia semakin sendiri. Namun dia tetap gembira kerana dia percaya ini adalah sebahagian dari kisah-kisah menarik yang akan menjadikan hari matinya nanti begitu indah.

Seminggu kemudian kesemua sayapnya telah gugur. Dia meneruskan hidup seperti biasa di kepompong buruknya. Menunggu Malaikat datang kembali untuk memberikan sayap baru. Masa ini, sebenarnya keadaaan adalah lebih baik untuk Malaikat itu tidak berada di sini. Dia percaya Malaikat itu tidak melupakannya, cuma Malaikat perlu berada di satu tempat yang lain dahulu untuk mengajar dia menjadi seekor rama-rama sebenar-benarnya.

Nanti-nanti, datanglah Malaikat itu. Memberi sayap baru yang kuat, kukuh dan kekal untuk dia terbang sejauh-jauhnya.

Hoooooooooooooooi !

Hujan di luar makin lebat, suara kami antara dengar dan tidak lagi. Tapi jeritan rasanya sudah makin dikuatkan. Bos Siluet Press (bukan Selut Press-nama hampir sama tapi beza) Sufian Abas dah mula menunjukkan keberangannya. Aku panas di dalam semakin buntu. Pelbagai nama telah kami kemukakan untuk dijadikan tajuk Novel aku nanti. Namun Sufian Abas seperti yang ramai tahu memang seorang publisher yang cerewet dalam setiap penerbitan karya-karya di bawah pengeluarannya. Tarikh untuk majlis pelancaran adalah pada 17 sept ni. Aku cadangkan beberapa nama

1984 ! - Katanya kau kaji kenapa tajuk tu tak sesuai.

SUATU MASA - Bosan lah!

EMPIRIS - Tak HIP langsung. Cari la tajuk yang HIP.

Bubuh tajuknya DIA la - Bapak Bosan!

FARAH NADIA! - Hoooooooooooooi ! Sufian Abas makin berang dengan gua.

Ha ok la tu. Bubuh tajuk dia "Hooooooooooooooi!" letak "oooooo" banyak-banyak! Kata gua sambil keluar menghempaskan pintu pejabatnya.

06 August 2011

Permintaan Untuk Malaikat Ku

Aku tidak berani memandang tepat ke arah malaikat itu, ini benar-benar mengetarkan hati. "Untuk apa?" Kini dia benar-benar membuatkan aku makin gelisah. Nampaknya peluang untuk memiliki sepasang sayap yang sempurna tidak akan ditunaikannya.

"Aku mahu terbang menjejak di mana hujungnya pelangi". Harap dia terpesona dengan keihklasan keyakinan hujahku yang gementar ini. "Kamu fikir kamu akan lebih sempurna begitu?" Aku diam tidak terus menjawab. Cuba mencari-cari kalau-kalau ada jawaban-jawaban terbaik, namun buntu. Sudahnya..

"Aku fikir sudah sempurna, aku cuma mahu mencari satu keistimewa agar lebih kesempurnaan kerana aku kekurangan satu sempurna yang lain". Ah aku sendiri begitu sukar menafsirkan apa yang aku katakan.

Malaikat tidak terus menjawab, aku masih tidak berani memandang tepat ke arahnya. Suasana antara kami sepi seketika, disekeliling semua manusia yang tadi berjalan pantas menghala kebelakang terhenti kaku. Angin juga berhenti menghembus, segalanya beku kecuali kami.

"Jika kamu fikir tidak memiliki sesuatu itu adalah sebagai tidak sempurna, maka kamu silap. Tapi sebenarnya kamu adalah lebih baik begitu, kerana itu yang paling sempurna untuk kamu ketika ini"

Berhari-hari aku menyesali diri kerana kebodohan aku sendiri. Malaikat itu aku harap tidak berkecil hati dan pergi jauh lagi. Namun sejak itu aku tidak lagi menemui Malaikat ku. Tapi aku pasti dia akan datang lagi bila keadaan sudah cukup sempurna untuk berkata sesuatu nanti.

01 August 2011

Rokes Resipi Baru

Stall Burger Rokes pada asalnya dibuka untuk tujuan lokasi/set/prop shooting bagi filem berdikari KONTRADIKSI. Watak penjual burger didalam filem itu digalas dengan tidak berapa cemerlang oleh Aloy Paradoks dan Fynn Jamal selaku pasangan adik beradik. Mereka sering bergaduh bertekak dan merasa peritnya kehidupan di stall itu sementara masing-masing terbelengu dengan masalah sendiri. Namun mereka tetap gembira.

Selepas pembikinan filem itu selesai, Pipiyapong di amanahkan untuk terus berniaga disitu. Sepanjang beliau mengemudikan Stall Burger Rokes gua tengok dia bukan sahaja menjual burger disitu. Malah turut sama mengedarkan buku terbaru tulisannya berjudul "CEWAH". Khabarnya juga jualan "CEWAH" jauh lebih baik mengatasi jualan Burger Rokes. Dalam pada itu juga beliau sempat lagi menerbitkan sebuah majalah juga menggunakan nama yang sama iaitu "ROKES", telah dilancarkan bersempena KLAB (Kuala Lumpur Alternatif Book Fest) yang lalu. Idea nama Burger Rokes juga diilhamkan oleh beliau sebenarnya.

Selepas Pipiyapong mengambil keputusan untuk mengembara selama beberapa bulan/tahun dan mungkin tak kembali maka gua bertanggungjawab meneruskan perjuangan Rokes ini. Burger Rokes di tangan gua mungkin, oh bukan mungkin. Malah sangat berbeza dengan sentuhan Pipiyapong sebelum ini. Gua akan menggunakan kembali resipi sewaktu gua mengendali Stall Burger Hit's di Rawang sekitar tahun 2004-2006 dulu. Kuah lada hitam akan diadun sendiri untuk dijadikan air rendaman daging burger, sangat menyelerakan. Dengan helaian pudina segar cukup untuk membuat nafsu anda kembali ghairah. Dengan hirisan kemasaman menambah lagi nikmat dunia. Ibaratkan ianya bagaimana Tuhan itu berkata-kata melalui makanan.

Burger Hit's menjadi sangat Hit waktu itu, tetapi gua terpaksa tamatkan perniagaan sebab gua nak masuk UiTM. Jadi kesimpulan jika anda memakan Burger Rokes terbaru ini, anda akan dapat rasa kegembiraan dan dibayangi oleh pelangi merah jambu. Kalau pipiyapong boleh handle Stall Burger Rokes sambil siapkan majalah Rokes. Gua rasa , gua boleh handle sambil siapkan novel gua.