Semasa hujan turun petang itu dia berenang di satu sungai merah jambu. Airnya mengalir ke dunia. Segala derita dan kesedihan telah luntur disitu. Malaikat yang tadi datang kembali untuk membawanya pergi kerana ada orang sedang mengetuk pintu rumah mu. Ye! Ada orang sedang mengetuk rumah mu dan kau harus lihat siapa dia. Aku memang inginkan kamu disini, tapi aku tidak akan menghalang kamu jika kamu mahu melihat siapa tetamu itu.
Tanpa berpakaian dia keluar dari sungai indah berbaring di satu ranjang mawar-mawar merah. Tersenyum pada Malaikat. Jelas dia tidak mahu pulang untuk melihat tetamunya itu. Semasa hujan turun petang itu Malaikat membawanya tenggelam di ranjang mawar merah yang lolos ke bawah. Ke bawah, ke bawah dan ke bawah lagi. Kini dia sudah berada di satu tempat yang sangat dalam, mustahil untuk dia keluar kembali dari daerah itu. Daerah itu adalah milik peribadi Malaikatnya.
Selepas hujan berhenti malam itu, dia sendirian tertidur di katil berbogel menanti Malaikatnya datang.
- Aloy Paradoks : Julai 2011
"Namun tak kau lihat
Terkadang malaikat tak bersayap,Tak cemerlang, tak rupawan
Namun kasih ini, silakan kau adu
Malaikat juga tahu
Siapa yang jadi juaranya"
- Dewi Lestari : Indonesia 2008












