Letak balik benda tu dekat situ! Letak balik! Aku sepak kau karang! Kali ini kemarahan Husin tak dapat dibendung lagi. Kalau diikutkan panas hari mahu saja di menuangkan setong mintak gas ke atas badan Amri, dan kemudian dicucuhkan api biar habis rentung terbakar budak keparat ni.
"Mana kau letak pistol aku tadi?" masih ada nada nada tegang pada getar suara Husin itu. Amri diam bingkas bangun dari masuk kedalam biliknya. Tak lama kemudian dia keluar dengan sepucuk pistol model EpisRelvo siri 097 buatan Rusia. Husin masih memandangnya dengan pandangan yang maha tajam.
Amri berdiri tepat, tegak di hadapan Husin. Sepantas kilat muncung pistol dihalakan ke arah muka Husin. Husin terpenpam. Kaget diam membisu, hanya riak didadanya kelihatan bergelombang. Perlahan jari telunjuk Amri menyusur masuk untuk untuk menarik picu.
"Ah celakalah kau ni. Bak sini pistol tu setan"
Amri tersenyum tanda kemegahan dan kemenangannya. Dia kini sudah saatnya untuk menarik picu pistol itu.
"woi! bak sini!" kali ini lebih keras bunyinya nada amaran dari amarah Husin.
"Kau ingat aku main-main ke ha? kau ingat aku main-main ke?" Amri sudah hilang sabar benar kelihatanya. Dia makin gila, makin menggila tanpa dapat dikawal lagi.
"Aku lempang kau karang!"
K/K : Cerita ini akan diterencatkan oleh Rayza MukMin di TANPA BUKTI.
29 June 2011
28 June 2011
Mencari Penulis Baru

Gua sekarang sedang giat mencari penulis-penulis baru dan tak baru sangat untuk menulis dengan gua. Kriteria yang dicari adalah penulis novel. Jika lu orang berminat nak tulis novel atau nak cuba :
1 . Tulis sinopsis keseluruhan novel (sinopsis sahaja)
2 . Tulis bab awal (bab 1)
3 . Kemudian hantar ke aloyparadoks@gmail.com
4 . bila dah hantar sila mesej di facebook atau telefon bimbit untuk makluman
Peringkat seterusnya kami dengan editor-editor berpengalaman akan menilai hasil penulisan anda samada akan ke peringkat seterusnya atau tidak. Untuk peringkat seterusnya anda akan menulis sebuah novel minima 200 muka surat. Dan teknik untuk menulis sebanyak 200 muka surat tidaklah sesusah mana sebenarnya jika dilakukan satu bab satu hari. Sekian terima kasih,, semoga berjaya dan realisasikan impian anda menjadi penulis.
Antara karya dan terbitan kami sebelum ini :
1 . Kasut Biru Rubina
2 . 2 lauk
3 . Anarki Di Kuala Lumpur
4 . Akulah Perempuan Muda Itu
5 . Tengerin dan Nikotin
6 . Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
7 . 28 Hari Jurnal Rock And Roll
8 . Nyaman Si Puding Roti
9 . Kuala Lumpur Aku Ok
10 . Burgermpark
11 . Kau
12 . Pasca Manusia (Zine)
13 . Ajen Perisikan Cinta (Zine)
kemudian like page INI.
24 June 2011
Pelancaran KAU.

Diharap segala pembohongan ini terlihat bijak.

Perh, dah beli. Mesti awek ni.

Luca D.K siap sedia mengawal keadaan dan keselamatan gua jika ada tetamu yang merusuh. Terima kasih atas perhatian.

Semoga senyuman ini bisa menghairahkan malam-malam mereka.

Dengan gaya seperti ini diharap bau busuk bangkai diseberang sudah dilupakan.

Untuk lebih menyakinkan, gua tarik Amir Muhammad supaya gua nampak macam berkawan dengan orang orang berkaliber.

Agaknya segala majapahit-majapahit tadi telah mereka telan.

Dan hasilnya, yeah!
...............
Ahad ni. Bersamaan 26 Jun 2011 satu majlis Dialog Teater Kontemporari akan diadakan di Stor Teater DBP. Ingat ini majlis dialog dan bukannya persembahan. Tempat duduk terhad untuk 100 yang pertama sahaja. Masuk adalah percuma.

k/k : foto sumbangan Ismail Othman, Nizam Sani, Haan Yusoff Fakrul Fadzin: terima kasih.
17 June 2011
KAU Bercinta Dengan Diri Sendiri

Dekat atas tu buku baru gua. Tajuk dia "KAU", mengandungi cerpen-cerpen kejiwaan terbaru dari gua. Corak penulisan rasa berbeza dengan BurgermparK. Majlis pelancaran untuk buku ni Jam 4.30 esok di Annexe Central Market dalam Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2011 (KLAB). Dan didalam lagi slot percetakan Mutalib Uthman. Terima kasih banyak-banyak Abang Mutalib kerana menyokong usaha saya. Saya nampak betapa sayangnya Abang pada saya, hehehehehe. Gua hantar printing duit satu sen apa tak bayar lagi pada beliau, kalau tak sold out hari tu habis gua.
Ok info KLAB berlangsung selama 2 hari sabtu dan ahad ni (18&19 jun 2011). Masuk percuma, pesta buku buku alternative kiranya.
Ini pulak tinggal stok stok terakhir untuk didapatkan pada hari itu.
Ini pulak benda yang gua tengah kerjakan sekarang. Apa gua boleh cakap, teater ni POWER! Bagaimana gua berkeinginan cinta terhadap diri sendiri. Romantis sungguh bercinta dengan diri sendiri.ini pautan lain di blog tak senonoh
15 June 2011
Tarik Dalam Tandas
Dulu masa gua mula mula masuk UiTM, UiTM Shah Alam. On The way nak gerak daftar diri tu gua rasa seram sejuk. Triple X Malaya cakap pada gua "apa nak cuak bro". Gila lu tak cuak, ini first time ni. Time-time macam ni gua rasa nak patah balik ambik apron dekat rumah nak pergi kerja balik je. Tapi fikir-fikir bos gua dah bagi bonus takkan gua nak datang balik. Nanti bonus tu kena pulang pulak.
Masuk daftar dekat kolej, nama kolej tu Kolej Perindu. Amacam stylo ta? Gua nampak satu mamat pakai kameja Jalur jalur, seluar ketat kasut kulit. Dekat ketiak selit paper New Strait Time. Perh! gua tengok paper tu lagi tambah gua punya cuak. Jenis orang orang dekat sini semua cakap omputih ke apa? macam mana pulak gua nak berkomunikasi ni.
Bila start datang fakulti gua tengok budak budak nya semua jenis style cakap melayu ada slang slang english sikit. Masuk kelas pulak lecture haram tanak bercakap bahasa melayu. Ada satu kelas tu nama Critikal Thingking. Peh dah sah sah gua memang kritikal dalam tu. Dah apa lecture cakap tak faham, subjek lagi kritikal lecture pulak jenis banyak tanya sana sini. Bengang betul gua, kalau tetiba dia tanya gua nanti gua nak jawab apa? jenis tak fikir punya lecture. 20 kelas bermula gua chow pergi tandas jap. Dalam tanda gua cuci muka nak tenangkan perasaan. Keluar tanda tau tau gua dah naik bas balik kolej. Barang barang semua gua tinggal je dalam kelas. Time ni gua rasa gua dah buat keputusan yang salah, macam mana gua nak hidup lagi 3 tahun dekat sini. Berhadapan dengan semua orang yang hebat-hebat. Akhirnya gua ambik keputusan join kelab teater untuk melupakan tekanan perasaan gua.
2 tahun kemudian.. Satu malam gua tarik satu mamat JPP masuk dalam bilik air. Mamat tu sambil tangan sebelah pegang tuala takut lucut, tangan dia sebelah lagi pulak gua yang pegang. Sekali lagi dia berani sound gua jangan tanya kenapa kau duduk hospital. Kalau nak selamat jangan tunjuk teror. Time tu muka dia dah pucat melekat dekat dinding. Budak Abrodam ni kata dia nampak mamat JPP tu menggigil satu badan.
Sejak malam tu gua jual nasi goreng dekat kolej-kolej tak ada sapa lagi nak kacau. Kalau naik motor pulak sepanjang-panjang jalan dalam UiTM gua tekan hon kasi meriah, semua budak dah tau mamat mana punya kerja buat bising ni. Tapi diaorng boleh buat apa? Satu hari gua kejar 5 orang budak naik motor, kes keluar simpang main redah. Gua berenti motor sekor sekor muka pucat mintak nyawa.
Cis, tak ada la hebat mana budak budak universiti ni.
Gua memang jenis manusia yang smart.

14 June 2011
Muthalib Uthman Berbogel dan Teater Kontemporari
Entry ni tak ada kene mengena dengan Shilpa Shetty. Cuma nak bagitau gua dulu minat dekat dia.
Tempat duduk amat terhad kepada 100 yang pertama saja. Almaklumlah kalau siapa siapa pernah datang stor teater. Tempat ni bukan besar sangat pun. Semua dijemput hadir tak kira siapa saja, samada penggiat teater, penggemar teater dan yang tak tahu apa apa pasal teater tapi nak tahu. Mana yang kalau tak suka nak datang, tapi kawan paksa jugak baik tak payah datang la sebab ramai lagi yang betul betul nak datang takut tak muat pulak.
Dekat sini nanti panel panel itu akan dipengerusikan oleh En Fasyali Fadzly. Macam macam soalan la dia tanya. Kalau penonton nak tanya soalan pun boleh. Dan pada yang nak berkenalan sangat sangat digalakkan. Apa apa hal cari gua dekat pintu masuk. Gua tunggu dekat situ.
Ha! nak masuk ni pun percuma, jadi jangan tanya berapa ringgit. Semua info penting ada di poster dan jangan tanya benda benda yang dah jelas tulis dekat situ. Jadi orang berpelajaran sikit. Gua siku leher lu karang.
Apa-apa hal call no gua 012-6293327
Atau Fasyali 017-8848044

Ini benda dekat atas ni gua plan nak buat zine. Tapi lepas hantar dekat tempat percetakan dia ubah tak kasi jadi zine. Apa kes? gua bengang la. Dia siap bagi gua slot untuk dilancarkan pada Sabtu ni 18 Jun 2011 di Kuala Lumpur Alternative Bookfest. Jam berapa gua tak sure lagi, malas nak amik tahu. Geram sangat dah. Lagipun dah sah sah gua ada dekat situ dari pagi sampai petang.
Gua dah bertekak dengan tempat percetakan tu. Gua berkeras nak buat zine sebab nak rasa feel indipendent tu. Tapi dia nasihatkan gua kata benda ni power. Gua cakap lagi zine! zine! Dia kata oklah. Tapi malam tadi dia call gua kata dah cetak. Tapi cetak jadi buku. Buku? Tak pasal pasal gua keluar buku baru tiba-tiba. Gua harap Sufian Abas tak saman gua sebab langgar kontrak gua keluar buku lain dulu. Lepas ni tobat gua tak nak hantar dekat pusat Percetakan Mutahlib Uthman lagi dah. Degil nak mampus.
13 June 2011
Seorang Rayza MukMin
Budak ni dulu gua kenal tak jadi apa. Gua offer rokok dekat dia. Tapi Mamat Bias cakap dia tak hisap rokok. Ha? Apa kes? Lu muka tak hensem tak nak hisap rokok. Blah la woi. Lu pergi lepak jauh jauh kita orang nak borak sini.
Tak lama lepas tu gua nampak dia hisap rokok. Gua pergi dekat ingat nak tampar muka dia sekali dua. Tapi apa apa elok gua bawak berbincang dulu. Lu apa kes dah pandai hisap rokok sekarang? dia diam je tak berani nak jawab. Gua pun budak dah takut malas nak gertak gertak lebih.
Makin lama rambut dia makin panjang, makin panjang makin panjang. Satu hari mak dia tanya, tanak gunting rambut ke? Dia kata tak payah kot, dia kata dia o.k macam ni. Sampai pada satu tahap Wak Indonesia kerja kat Mamak Hakim cakap muka dia macam penyanyi Lagu Bunga, Kumpulan Thomas. Sekarang makin lama pulak, makin ramai pompuan kata dia hensem. Makin naik la lagak budak ni. Dula dia ada berlakon satu teater tapi gua dah tak ingat dah tajuk dia apa. Gua pun tak tengok teater tu, malas la gua. Apa barang tengok teater bapak tak cool. Bukan teater tu bosan ke? Tapi orang kata masa teater tu mamat ni berlakon power giler sampai ada dua tiga kakak tu balik terus mintak cerai dengan laki dia pasal terpengaruh dengan teater tu. Gua tak tau dia pegang watak apa, entahlan Hang Tuah ke, entahkan Hang Jebat ke?

Dia juga pernah tulis buku dengan kawan-kawan dia. Tajuk buku tu BurgermparK. Ada minat filipina tanya "what burgermparK?" Dia kata burgermpark is awesome. Buku ramai orang cari, tapi susah nak jumpa. Dia jenis kalau pergi mana polis memang suka tahan. Polis syak dia ni jenis budak budak dadah. Selalu ic mintak lepas tu chek kat komputer kalau ada rekod jenayah. Tu semua pasal rambut dia. Pasal rambut! Ramai jugak la orang terpengaruh dengan rambut dia, cuba cuba nak follow mamat ni.
12 June 2011
Unrestmind (Beostanual Hisyam)
Gua kenal Mamat ni lama dah, masa mula-mula dulu dia hari hari lepak stall burger gua. Jenis kalau order punya tunggu tepi nak tengok siap. Dia kata nak rasa bau tu, bau rempah yang gua campak dalam kuali tu dia punya kaw boleh buat orang jadi lapar. Masa tu dia baru je boleh berjalan, katanya lumpuh separuh badan dalam setahun jugak sebab jatuh dari tingkat 3 rumah masa nak repair arial astro.
Bila dia datang je stall gua dari jauh gua dah tau, pasal skuter Elegen Merah keluar bunyi cengkerik kuat giler. Pernah sekali dua gua pinjam, tapi last last gua malu balik nak bawak motor tu. Time lalu bus stop je semua awek pandang-pandang, jatuh la kredibiliti gua sebagai Brader Burger yang Hip dekat situ. Selalu Syam akan tunggu sampai gua habis berniaga dalam pukul 12. Lepas tu tolong tolak stall burger masuk simpan kat satu lorong.
Awal-awal dia tak ada kereta lagi, motor Elegen Merah tu pun dia pinjam dari Abang Ipar dia. Sampai satu tahap motor tu bukan lagi setakat keluar bunyi cengkerik, dah tambah enjin tahap gugur dekat jalan punya. Dah give up dengan motor tu asyik rosak je last last dia tinggal buruk macam tu je dekat bengkel. Bila dah tak ada motor, motor gua jadi motor Syam jugak. Mana dia nak pergi ada gua, mana gua nak pergi ada dia.
Masa ni gua tak berapa berkenan sangat dengan baju baju bundle ni. Baju orang dah pakai memang gua tak berapa berkenan sangat la. Baik beli baju baru gua cakap. Tapi dia cakap baju bundle lain bro. Lepas tu jadi rutin gua pulak nak kena teman dia pergi bundle tiap tiap minggu. Mula-mula dia beli selai baju bagi kat gua, tak berkenan pun rembat je. Lepas tu lagi selai, lama-lama time tu gua jadi ketagih sama beli baju bundle. Sudahnya kalau tak Syam yang ajak, gua paksa dia teman gua pergi. Style bundle ni bukan setakat dekat Syam je, Abang dengan Kakak dia yang dah kawin beranak pinak pun sama melekat dengan bundle. Kadang-kadang kalau aku pergi dengan Syam terserempak sekali dengan family-family abang dan kakak dia. Sekarang kalau aku masuk bundle teringat jugak la dekat Syam. Baju yang dia bagi ada lagi sampai sekarang, dah naik lunyai aku pakai.
Tak lama lepas tu gua duduk sekali dengan Syam. Time ni kalau nak jimat duit hujung minggu pergi makan rumah Kakak dia. Malam-malam pulak kalau bosan Abang dia ajak datang rumah minum teh. Gua dengan Syam duduk minum teh makan kuih dekat luar rumah sambil layan borak kakak ipar dia, Abang dia pulak Sheikh Yusri mesti pukul pukul bola golf dekat laman. Jenis dia yang ajak lepak tapi dia pukul bola golf. Dah penat pukul bola Abang dia akan lepak sambil plan bisnes apa nak buat lagi lepas ni.
Masa bulan ramadhan gua tak da job, time ni memang genting la nak cari duit raya. Time tu jugaklah Kakak Ipar Syam akan gua tender mengecat kantin sekolah. Ini gua buat berdua dengan Syam je. Dari pukul 10 pagi sampai nak dekat waktu berbuka. Pernah satu hari gua dengan Syam cat siling kantin. Habis satu badan kaler putih. Waktu berbuka dah dekat. Gua cadang dekat Syam terus pergi berbuka, lepas tu baru bali mandi. Senang, cepat sikit. Tak payah nak keluar balik. Tapi Syam bangkang. Kepala hotak dia dah nak dekat waktu berbuka ni nak balik balik lagi mandi tukar baju. Mana sempat. Gua tanya kenapa tak boleh? alasan dia, dia bagi pilihan dekat gua. Lu nak makan dalam keadaan smart, hensem, atau lu nak makan dalam keadaan hina penuh cat orang tengok kat kedai nanti. Eceh, gua lupa Syam ni jenis jaga penampilan.
Setahun lepas tu Syam keluar kereta. Kereta terbaru di pasaran. Satria Neo, masa dia pergi ambik kereta tu gua take over kerja-kerja dia kejap dekat Kantin. Lepas kira duit berapa untung itu hari gua dengar ada bunyi hon kuat gila. Itu dia kasi warning dekat gua kereta baru dia sudah sampai. hampeh! hari tu gua tengok muka Syam lain macam. Heppy yang pernah dibuatnya. Ye la dapat kereta pertama. Dia bawak mak dia ronda ronda petang tu keliling taman. Ye la anak bongsu. Malam tu sebagai menyahut cabaran gua dia bawak gua ronda keliling KL dengan kereta baru.
Satu hari gua cakap dekat Syam. Lu bawak kereta jangan laju sangat. Bahaya, ingat tu, lu boleh hidup lama lagi. Lu bawak laju laju macam ni macam macam boleh jadi. Lepas masuk UiTM gua jarang-jarang turun Rawang. Sekali kalau gua turun sana dia paksa gua tidur rumah dia. Tak bagi gua tidur rumah Mak Cik gua. Kata lama tak lepak sama. Sebab gua masuk UiTM dia kata dia jadi boring, member semua tak sekepala. Ye la dia org mana nak layan lu pasang lagu Metallica. Sebab boring dia beli Laptop dan dari situ dia layan blog, friendster, myspace, facebook dan chat apa ke benda semua tu. Bila gua balik jumpa dia, dia paksa pulak gua buat semua tu. Jadi dari situ dia kenal ramai kawan di alam maya. Masa ada gua dulu dia selalu layan karaoke dengan gua. Lagu wajib gua Jamal Abdillah, dia pulak follow je apa CD gua pasang. Time karaoke dia ni style nak jadi Cikgu Vokal pulak. Jenis nak ajar ajar gua macam mana nak nyanyi. Sambil gua nyanyi dia jerit-jerit kat tepi suruh bukak lagi mulut lepaskan suara. Lepas tu paksa gua minat Guns N Roses. Tapi gua chow masuk UiTM bila datang gua tengok semua CD tu entah kemana ntah. Tak akan dia nak layan sorang sorang, bapak bosan.
Syam ni dulu dia gitaris kumpulan Seven, kemudian bila aliran dan fahaman muzik dah tak sehaluan dia keluar, katanya la.Masalah dalaman diaorg yang lain lagi gua malas nak cerita. Ketua kumpulan seven pulak tukar nama kumpulan jadi Prety Ugly dan dia guna nama Seven jadi nickname tapi ejaan diterbalikkan jadi Neves.
Kemudian satu Hari Syam call gua, suruh datang majlis kawin dia. Gua turun, mana boleh tak turun. Gua cakap dekat Syam, lu dah kawin. Ingat lu ada bini beb. Syam kata ok ok, dia angguk. Tiga minggu lepas kawin satu pagi Syam ada call gua. Gua borak macam biasa la, dia pun tak tau pasal apa dia call gua pepagi tu. Lepas borak lebih kurang gua off handphone. Seminggu kemudian petang tu gua dapat call dan mesej bertalu-talu. Syam dah meninggal.

11 June 2011
Sementara Masih RM 5

"Perempuan/Lelaki ibarat perangkap. Dan kita harus terperangkap. Maka carilah perangkap yang sesuai"
Satu malam masa dekat FRINJAN ada satu awek datang dekat gua tanya Buku AKU. Gua cakap buku Aku tak ada. Tapi buku Saya ada, gua kasi BurgermpaK. Tapi sayang dia tak faham lawak gua. Gua rasa dia cari Buku AKU karya Chairil Anwar kot. Tak pun buku AKU karya Sjuman Djaya. Jadi gua plan nak buat buku tajuk AKU jugak tapi gua tulis. Last-last buku AKU tak jadi buat gua bikin Zine tajuk dia "KAU".
Kira lepas ni kalau orang tanya buku AKU, gua boleh jawab "Buku AKU tak ada, zine KAU ada". Kira kata lawan bagi AKU la KAU ni. Dalam zine ni gua tulis 8 cerpen baru yang memang baru ditulis dan belum diterbitkan oleh di mana-mana penerbitan lagi. Dalam Zine KAU ni tak ada cerpen-cerpen memain la, semua serius nak mampus style Mufti-Mufti punya. Lagipun Sufian Abas kata gua memang cenderung menjadi Mufti kerana berdakwah dalam karya.
Zine KAU berharga RM 5 senaskah. Ini duit poket gua nak makan nasi lemak dekat Bangsar sementara tunggu Novella Nurul Asyikin siap. Baik lu orang beli yang ini sementara ia masih murah. Macam Zine Burgermpak dulu, mula-mula gua jual RM 4, isu 2 gua jual RM 5. Masuk Isu 3 edisi buku terus naik RM 20. Lagi satu teater, mula mula gua buat teater tiket RM 10, lepas tu RM 15, lepas tu pulak RM 20. Jadi dapatkanlah Zine KAU ni sebelum dia naik harga.
Gua bukan kapitalis, gua cuma serpihan komunis.
09 June 2011
S.Y.J (Syed Yusof Jalalulai)
Ini antara band paling ganas zaman 80an dulu. Lagu jenis lalak barai keras mencengkam. Selepas zaman battle of the band 86, bacth pertama S.Y.J tukar jadi kumpulan Sofea pada tahun 1987. Pengurus dan pengasas kumpulan ni Syed Yusof Jalalulai tak puas hati dia bikin generasi baru S.Y.J pada tahun 1986. Tapi tetibe pulak bebudak ni tukar jadi Band Ariwatan (geng Aris Ariwatan) bila dapat offer sign kontrak pada tahun 1989. Tak give up lagi Syed Yusof ni bikin generasi ketiga pulak pada tahun 1990. Tapi yang paling kick sekali orang kata bacth pertama tu la, yang jadi Sofea tu. Bacth ketiga S.Y.J berjaya merakamkan album pada tahun 1990 bertajuk Kudrat.
Sejarah dan latar belakang S.Y.J ni agak pelik sikit sbb ada tiga bacth dan orang selalu merujuk S.Y.J kepada Sofea, lebih lebih lagi Eduat (arwahyarham) pemain dram sofea adalah anak kepada Syed Yusof. Awal tahun 2000 aku ada dengar satu wawancara Kumpulan SYJ ni dengan DJ Isma Halil Hamzah. Katanya nak reunion semula tapi usaha itu terbantu selepas Eduat meninggal dunia.
Lagu gempak dari SYJ kalau ikut aku Hati Syaitan dengan Orang Timur la. Jenis bahasa laknat laknat punya. Time tu group lain mana ada guna bahasa macam tu. Sofea pulak group bacth pertama tu merakamkan album pada tahun 1987 dan ada 8 album kesemua sekali termasuk kompilasi juga projek khas. Dan lagu Orang Timur itu jugak dirakam oleh sofea sebenarnya.
Pada tahun 2008 di KL dalam konsert Tribute To Rock Kangkang Alang penyanyi Bacth ketiga menyanyi utk SYJ namun Amir dari Sofea juga dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Tapi beberapa anggota baru mengiringan persembahan itu. Ini mungkn bacth keempat pulak ke, entahlah. Hanya SYJ dan orang yang terdekat dengan mereka boleh menjawab. Jadi kesimpulannya Sofea itu adalah SYJ yang menukar nama dan Sofea itu sebenarnya merujuk pada SYJ. Manakala Ariwatan pula terus terpisah dari SYJ dan tidak dikaitkan dengan SYJ.

08 June 2011
Saya Pernah Buat Begitu Pada Ita
Dulu dulu masa aku kecik ada satu iklan Adabi yang openingnya orang menyanyi sambil buka tingkap. Sebab tetiap hari tetiap kali comercial break tv akan tayang iklan tu aku jadi hafal pada baris baris liriknya.
Adabi melazatkan, Adabi menyelerakan
Mengandungi pelbagai rempah
Melazatkan kari dan kuat
Adabi.....
Iklan tu tak best mana pun sebenarnya, tapi kalau kita tengok balik sekarang rasa macam best sebab memori dan nostalgiknya benda tu. Padahal dulu bila keluar iklan menyumpah nyumpah dekat tv tu. Opah aku seluar komplen, eh ceritanya tak banyak mana iklan je yang lebih.
Bercakap pasal Adabi aku teringat satu kawan perempuan aku masa sekolah menengah dalam tingkata satu dulu. Budaknya berkulit cerah putih, manis jugak la. Kami semua panggil dia Adabi. Entah macam mana ceritanya boleh melekat jadi Adabi aku pun tak tahu. Sampai sekarang aku dah tak ingat nama betul dia. Nurul.. nurul.. ah nurul apa ntah. Itupun entah ye entahkan idak namanya pangkal awalnya Nurul sebab aku memang tak ingat.
Apa yang menariknya budak nama Adabi tak ada apa apa pun. Mungkin sebab tu aku tak ingat sangat apa apa pasal dia kot selain dari gelarannya. Mula mula bila dipanggil Adabi dia akan marah, tapi bebudak lagi kalau dimarah lagi la suka. Lama kelamaan dia tak boleh nak buat apa. Dia terpaksa akur dan terima bahawa namanya kini adalah Adabi. Tapi Adabi ni tak ada masalah dengan siapa-siapa. Tak ada la jadi macam kes dalam drama bila dibagi nama gelaran macam tu mesti selalu kena buli dan orang tak nak kawan dengan dia. Tak ada mananya, ini elok je. Masuk ke tingkata 3 kalau tak salah aku, aku tak jumpa Adabi lagi sebab dia dah pindah sekolah rasanya. Masa tingkatan 1 dan 2 kami sekelas. Dan lepas tu aku tak ingat apa apa dah pasal Adabi ni sampai la hari ini sebab dia tak pernah tulis surat pun dekat aku.
Selain Adabi ada seorang lagi kawan aku nama dia Ita. Masa tingkatan 1 dan 2 rasanya aku sekelas dengan Ita. Tapi masa tingkatan 1 dia selalu gaduh dengan ketua kelas aku nama dia Sheila. Lu orang tengok sampai ketua kelas pun budak perempuan, nampak sangat budak lelaki kelas aku tak boleh pakai. Pasal Ita ni aku tak nak sangat kutuk dia dekat blog ni sebab kami dia ada dalam list friend aku dekat facebook. Kalau aku kutuk yang teruk-teruk karang ada lak yang terguris hati perasaan.
Sebab Ita ni selalu gaduh dengan Sheila kami budak-budak lelaki sudahnya jadi menyampah dengan dia. Maka aku gelarkan dia Darlie. Ubat gigi Darlie. Nama Darlie dengan nama Ayah dia hampir-hampir sama. (al-fatihah untuk arwahnya yang baru kembali ke rahmatullah tahun lepas). Lagi sekali iklan dan produk menjadi nama panggilan untuk budak perempuan yang aku kenal. Satu perkara aku tak boleh lupa pasal Ita satu hari ada kehilangan barang dalam kelas. Lu tengok budak budak kelas gua, jenis curi-curi barang. Jadi sebab dah tak tahu mana barang tu pergi Ita tuduh aku curi barang tu. Kebetulan dia memang anti dengan aku masa tu. Aku pun tak tahu pasai apa.
Ita kata nak check beg aku. Aku kata mana boleh. Aku cakap dekat dia aku tak curi. Tapi dia tak percaya dan berdegil nak check jugak. Sebab dia memang yakin aku yang curi padahal dia tak tahu sebenarnya aku memang tak suka jahat jenis mencuri ni. Mungkin sebab aku jahat benda lain jadi dia ingat aku yang curi. Dia rampas beg aku. AKu jadi bengang dah tak boleh kawal. Aku rampas balik beg aku dan tampar muka dia. Kes tu habis dekat situ je. Aku tak bagi dia check beg aku sebab ada benda lain dalam beg tu. Dia ni pulak jenis kalau nampak aku bawak apa apa barang salah akan terus report dekat cikgu disiplin. Nanti kejap lagi lepas dia report cikgu disiplin akan sampai la cari aku. Tu yg leceh tu.
Masuk ketingkatan 3 aku tak lagi sekelas dengan Ita. Bila di tingkatan 4 pula aliran mula berbeza. Aku dengan aliran fine art aku konon konon masa tu. Dia dengan kelas ekonomi. Sejak dah berlainan aku dah jarang nak bergaduh dengan Ita. Usahkan bergaduh, bercakap-cakap pun tak pernah. Bila aku masuk form 6 aku terjumpa Ita kerja jadi cashier dekat Billion Supermarkat. Aku ada jugak tegur-tegur dia, dia ok je. Lepas tu terus aku tak jumpa dia sampaikan terjumpa di facebook. Tapi sekarang aku rasa Ita dah tak ingat kot aku pernah tampar dia. Sebab bila aku chat dengan dia dekat Facebook ok je. Dah besar pun, kira tu semua macam kenangan yang ala ala comel la. hikhikhikhikhikhikhik.
Ni la Ita, harap dia tak mengamuk tengok gambar dia gua upload dekat sini. Amacam? Mengancam tak? Gua pun tak tau la macam mana gua leh tergamak dulu buat macam tu pada perempuan cantik ni.

07 June 2011
RASOPARISO
Tahun 1997 merupakan zaman kemuncak aku kira untuk sebuah band rock yang bernama XPDC. Album Brutal menjadi album terlaris ketika itu yang jualannya albumnya mencecah hingga 350.000 unit. Album Brutal juga berada ditangga pertama carta RIM untuk beberapa minggu dan menjadi top 20 selama 60 minggu. Ketika itu dimana-mana aku dengar brader-brader rock menyanyikan lagu Hit Hentian Ini. Di tapak-tapak pesta dan ekspo XPDC menjadi band paling laris hingga mereka digelar raja funfair. Di stall stall buger mamat burger akan pasang kaset Brutal sebagai tanda stylo dan rock rudged.
Aku mula kumpul seringit sehari dari duit belanja sekolah untuk beli album Brutal. Sebelumnya aku hanya ada album Kita Peng-Yu. Album Brutal dengar cerita mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan kerana terbengkalai. Mael penyanyi kumpulan mengambil keputusan untuk keluar dari group. Tapi untuk projek ni dia stay sekejap sampa habis. Aku suspek sebab dia tak puas hati kot pasal orang kutuk dia nyanyi sumbang masa separuh akhir Juara Lagu. Siapa yang ada tengok show tu mesti tahu punya la, maca mana teruk Mamat ni nyanyi. Barai beb. Aku depan tv memang kecewa giler babi, tengok dia nyanyi macam seksa sangat. Ada pendapat yang kata Mael kene buatan orang, tapi aku bapak terang terang tak percaya pasal show lain pun mamat ni nyanyi Barai jugak.
Untuk album projek khas selepas itu XPDC ambil beberapa penyanyi lain untuk gantikan tempatnya Mael. antara yang diaorg suka ambil Ary Farenhite. Aku suspek Ary akan jadi vokalis tetap tapi kemudian rupanya Ali yang menyanyi untuk Konsert Raksasa XPDC Brutal jadi vokali tetap. Untuk konsert tu Tempat Amy yang eksiden diganti oleh Lola yang akhirnya juga menjadi drumer tetap.
Aku pernah jadi peminat yang minat giler babi la kat XPDC. Aku kumpul duit cari album XPDC yang lama-lama. Dekat kedai dah tak ada jual album tu. Hasilnya aku jumpa album Original Darjah Satu di Pasar Malam. Album Timur Barat pulak aku dapat dari kawan aku. Selepas Brutal Mael secara rasmi keluar dari XPDC. Aku antara peminat dia yang rasa tak best time tu. Selepas Brutal XPDC keluar dengan album metal 60an. Habis semua lagu lagu 60 an dibelasahnya jadi metal. Kemudian album metal 50,60 an keluar sebab projek yang pertama tadi mendapat sambutan dan boleh jual. Trend ini menjadi ikutan masa tu. banyak band band rock yang merakamkan semula lagu lama dalam versi metal dan rock. Search dan Wings juga berbuat demikian dalam album Double Trouble 2. Aku ada beli jugak album tu.
Aku pernah termimpi satu malam tu aku pergi ke kedai yang biasa aku pergi untuk beli album. Aku mimpi pegang album terbaru XPDC Samurai dengan cover warna merah. Tak lama lepas tu album Samurai mula dilancarkan dan cover yang ada itu betul-betul sama dengan apa yang aku mimpi. Selepas Samurai, album UnMetal adalah album terakhir yang aku beli. Aku mula rasakan XPDC dah makin tak best. Selepas satu lagi album lepas tu Ali dikeluarkan dari XPDC dan dengar citer Mael akan masuk balik. dulu Gaduh bagai nak rak. Tuduh orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Aku mula rasakan perjuang diaorg ni ntahhapahapantah.
Pemain bass Zuar pun keluar dari XPDC dan dengan Amy bekas drummer dia tubuhkan kumpulan VIPER. Zuar jadi penyanyi dan konon kononya stylo la nyanyi buat buat suara mesin tu, ke suara macam robot robot tu la. Tajuk lagu popular Nekad, lirik dia yang aku baca macam nekad la nak tinggalkan sesuatu tu. Konon.
Selepas Mael keluar dari XPDC dia tubuhkan The Real XPDC kemudian jadi The Real X. Sebab dia kata dia yang tubuhkan kumpulan tu dan dia berhak. Kemudian dia nyanyikan balik apa apa lagu yang dia nyanyi dengan XPDC dulu, katanya itu tak apa sebab lagu tu memang nyanyian dia yang asalnya, bukan dianyanyikan oleh Ali. Lagu baru XPDC yang dinyanyi oleh Ali dia tak nyanyi balik. Tapi last last dia rakam balik lagu Teman. Lagi sebab gua dah hilang minat dengan XPDC sebab album Samurai tu dah jadi macam album Metallica tak jadi. Kalau tiru konsep lagu takpe la kot, ini sampai tiru lagu bapak tak best.
Dan kalau ikut strategi pemasaran pun dah terang terang benda tu teruk. Mereka tak berjaya kumpulan peminat untuk terus bertahan. Peminat dah terbahagi pada dua, satu sokong XPDC satu sokong Mael dan benci XPDC. Lama-lama diaorg pun bosan dengan kerenah XPDC ni. Album Rasopariso menggabungkan Mael semula dengan Izo, Amy dan Zuar yang Nekad sebelum ni. Walaupun ini album pertama mereka kembali selepas 12 tahun tidak bersatu tapi aku tak dapatkan pun sampai sekarang.
Jadi ada beberapa album XPDC yang aku tak beli iaitu V6, REAL N REALITI dan RASOPARISO.
Aku dalam mood menulis Novela Nurul Asyikin. Seorang peminat rock lama-lama yang jiwang dan hidupnya berasaskan lagu rock lama. Insyaallah akan terbit tak lama lagi. Tapi sebelum tu dapatkan Zine terbaru berjudul "KAU". Memuatkan cerpen-cerpen serius dan misterius. Dijual untuk pertama kali di KLAB 2011 nanti di Annexa Centrel Market pada 18 dan 19 Jun ini.
UnMetal album terbaik XPDC pada aku. Kalau dengar lagi sekarang boleh layan lagi.
Album ni jumpa dekat pasar malam, tapi original.
Album ni aku dengar tetiap hari dulu sebelum pergi sekolah
Aku rasa paling rock bila dapat beli album ni dulu.

04 June 2011
Menjual Kegembiraan
Katanya dia nak beli buku berkenaan politik, wah nampaknya kalau begitu dia memang tak sesuai untuk aku. Aku bukan penggemar bahan bacaan berkisar hal politik, jika dulu aku agak suka juga membaca sikit-sikit berkenaan politik. Tapi sekarang dah makin malas, aku nampak politik itu lebih banyak bodohnya dari pandai.
"Awak tak suka baca buku politik" aku tak segera menjawab. Aku kira perlu bagi mencari kata-kata yang terbaik untuk menjawab soalan ini. "erm bukan tak suka, tapi sy dah kurang berminat untuk baca buku buku macam tu". Aku harap jawapan ini tak terlalu menunjukkan perbezaan antara kami.
"Jadi maknanya dulu awak minat?" aku sekadar anguk dan senyum sahaja. "Kenapa sekarang dah tak minat?" aku rasa tak perlu untuk aku jawab soalan itu. "seluruh kehidupan kita berkait dengan politik, mahu atau tidak kita tetap perlu pada politik".
"datang seorang saja ke?" memancing soalan lain darinya supaya dia beralih membicarakan hal lain. "Erm tak la, datang dengan kawan. Tadi dia ada dekat sini, pergi mana ntah. Kejap lagi datang balik kot".
"Saya Erman", aku tak mahu menghulurkan tangan dahulu kerana khuatir jika salam itu tidak disambut. Dia diam mengangguk dan terus membelek belek buku yang ada. "buku ini pasal apa", oleh kerana dia seorang gadis yang menarik biar aku ceritakan ringkasan buku ini. Jika tidak aku suruh sahaja dia membaca apa yang tertulis di kulit belakang itu. Itu buku yang bercerita tentang harapan seorang penyanyi kelab malam yang cuba berusaha untuk menjadi penyanyi profesional. Dalam menempuh perjalanannya banyak rintangan dan dugaan yang di tempuhi. Antaranya digoda oleh komposer lelaki yang berniat serong terhadapnya dan penipuan dari orang yang kata mahu membantunya menjadi penyanyi rakaman.
"erm menarik jugak, saya beli yang ini. Tapi sayang la awak tak ada buku politik. Jual la sekali buku politik lain kali. Nanti saya datang lagi". aku tak mampu berjanji apa-apa. Buku politik memang ada pengemarnya, tapi bukan di kedai ini. Mereka yang datang ke kedai ini mahukan buku-buku pop yang mampu memberi mereka kegembiraan.
"Ok terima kasih ye, jumpa lagi"
"erm cik sekejap, erm kalau nak beli buku silalah datang lagi. Tapi buku politik tetap tidak akan ada"
"ye? kenapa?"
"saya tak suka menjual penipuan"

02 June 2011
Anarki di Kuala Lumpur dan PETAK
Dua orang member gua dah keluar buku. Pertama Mohd Jayzuan, ini buku ketiga di tulis beliau selepas Jurnal 28 Hari Rock And Roll dan Nota-Nota Gila. Kini Anarki Di Kuala Lumpur. Sebuah noval katanya mengenai perjalanan hidup seorang punk bernana Syd Jamal. Senaskah Rm 20. Terbitan Sang Freud Press. Gua dah baca bab satu, fuh!! memang powerlah! Boleh dibeli secara online atau untuk datang sendiri ke Pekan Frinjan sabtu ini 4/06/2011 bertempat di Galeri Shah Alam bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam
Buku kedua oleh Petak Daud, berjudul PETAK juga. Sebelum ini Petak Daud telah menulis banyak zine zine dalam koleksi yang diberi nama Tulisan Tangan. Mengandungi prosa-prosa pendek dan puisi-puisi beliau. Petak ni gua lihat sebagai kesinambungan aliran seni alternatif dimasa hadapan selepas geng-geng yang ada sekarang ni masuk mainstream dan jadi kaya. Satu buku PETAK ini berharga RM 10. Juga dibeli secara online atau tempah di blog Gua Nak Rileks Rileks atau juga datang Frinjan sabtu ni.

Edisi Simbah Asid Ke Muka Maskara 28
Perh! Tak payah la nak mesra sangat. Ramai orang kot kat sini.Maskara datang lagi dengan edisi ke 28. Entah ye ke ntah idak yang 28 aku sendiri pun tak tahu. Dah selalu sangat tetiap bulan ada Maskara kita dah tak fikir dah ini kali ke berapa. Tapi kira fikir lain, erm senang cakap tak fikir apa-apa sebenarnya.Sepanjang Maskara edisi 2011 ni Paradoks ada kontrak dengan Sindiket Soljah untuk menyedikan sekurang-kurangnya seorang aktivis seni bagi mengadakan slot monolog.
Maskara yang terbaru ni Paradoks diwakili oleh Rayza MukMin dengan monolognya bertajuk "Saked". Entah betul entah tidak ejaannya macam tu aku sendiri tak tahu. Ceritanya pasal... pasal... ganas la ganas. Siap ada potong-potong tangan lagi. Nak cerita lebih pun aku malas, sapa datang tengok tau la. Untuk edisi yang baru lepas ni Paradoks Band sebagai side group kepada Paradoks perform sekali untuk pembukaan persembahan. Aku tak ingat berapa lagu ntah dia orang bantai. 4 ke 5 lagu kot aku rasa. Selepas malam itu Paradoks Band secara rasmi bertukar nama kepada "Karektor". Ini bagi mengelakkan ada implikasi dibelakang hari.
Lain-lain persembahan malam itu aku tak berapa ingat kerana aku telah dikaburi dengan persembahan sweet oleh Society. Penyanyi utama dia punya kakak gua cakap lu, rendang kering punya jenis, leleh gua tak kasi lepas.
Bagi edisi Maskara akan datang Paradoks akan diwakili oleh Fazleena Hishamuddin pula untuk menolog dan Shyrudin juga Nik Adam bagi installation art. Itu bagi edisi ke 29 pada Julai nanti.
Ini la budak Paradoks Band. Dah besar panjang diaorg sekarang.
Ek Eleh! Tak payah la serius sangat.
Orrr.. Macam budak jahat je. Mesti ada kes dengan polis ni.
Perhhh! lu tengok tu. Penyanyi The Society.
Baca Surah ke apa.
Ramai orang nak bergambar dengan gua.
Perhhhhhh!!! Lagi sekali gua cakap lu. Amcam?
Tengok sikit gitar tu tulis apa..
01 June 2011
Sejuk Kan Malam Ini.
Jumat : Sejuk malam ni.
Saliha : erm. Cuba awak tengok satu bintang tu.
Jumat : Mana?
Saliha : Tu... yang itu.
Jumat : Kenapa?
Saliha : Macam tu la saya dulu.
Jumat : Ye macam tu?
Saliha : Hish awak ni. Cuba awak tengok. Dia terasing dari bintang yang lain.
Jumat : Tapi dia cantik.
Saliha : Ye dalam kecantikan itu dia sebenarnya adalah sepi. Cantik tapi sepi.
Jumat : Awak cantik ke?
Saliha : Entah, awak rasa?
Jumat : Secara jujurnya awak tak cantik sangat.
Saliha : Jadi kenapa awak pilih saya.
Jumat : Dah tak ada pilihan lain, nak buat macam mana.
Saliha : Ha?
Jumat : Dari tak ada, saya ambik je la apa yang ada.
Salina : Or jadi awak pilih saya sebab dah tak ada perempuan lain?
Jumat : Lebih kurang la. Saya rasa awak pun tahu kan?
Saliha : Ye saya tahu. Saya pun pilih awak sebab hanya awak yang sudi jadi pak sangup.
Jumat : Baguslah begitu, hari pun dah jauh malam. Jom kita tidur sayang.
Saliha : Eh, abang tak nak menulis ke?
Jumat : tulis apa ye.
Saliha : tulis blog la macam selalu.
Jumat : hikhikhikhikhik

Subscribe to:
Posts (Atom)