31 May 2011

Kau Gadis Snowy



Sebaik betis bunting padi itu melangkah masuk ke Pak Li Kopitiam, kedua pancaindera aku sudah tertancap lekat padanya. Tak bisa lagi aku menipu diri melarikan pandangan mata, terpaku dan terus terpaku. Aduh! Rambut halus diterbangkan bayu menambahkan kesan dramatik akan kecantikannya. Oh kawan jika kau tahu perasaan ini kau pasti akan bersetuju dengan aku bahawa dia adalah sesempurna makhluk yang wujud pada saat ini. Jikalah kau sudi menjadi penyeri hidupku rasanya bagai, bagai... Ah aku terlalu cepat memikirkan masa depan mungkin.

Tarik semangkuk Snowy Ice Strawberry yang baru tiba. Jeli-Jeli berekor bermaharaja berenang renang bersama merahnya mekar ranum strawberry bagaikan satu metafora bahawa aku sedang membara sekarang ini. Yeah membara, nanti sebentar lagi aku lawan tatap matamu. Aku jamah perasaan yang membara ini. Erm manis, kedua-duanya manis. Kau dan Snowy Ice Strawberry sama manis, jika kau manis dipandangan mata aku, Kau pula Snowy manis di perasaan lidahku. Merah bibirmu itu sama kukucup merah strawberry ini. Namun jangan terlalu rakus, hidup bagai dada penuh satu perasaan cinta. Kerana aku tahu, kemanisan Snowy bermakna Tuhan berkata-kata melalui minuman.

Siapa agaknya kamu wahai gadis yang telah memporak-perandakan perasaan aku sedari tadi dan hingga kini. Ayuh kita merasa lazatnya Katong Laksa ini. Apa kau pernah merasanya? Ya aku tahu kamu tidak mungkin mahu datang mendekati. Jadi apa kata biar aku saja kepada kamu dan membuktikan bahawa kamulah jodohku yang hilang selama ini. Tapi tunggu dulu, tunggu habis aku bercanda bersama Katong Laksa ini dulu. Kerana aku pasti Katong Laksa ini tidak pernah memungkiri janji untuk memberi kebahagian tak terhingga. Sardin! Ye Sardin setampuk di atas dikelilingi oleh daun pudina menambah rasa ghairah. Pudina yang aku pasti membuatkan nafas segar tiada berbau menurut iklan gula-gula getah yang biasa ditonton di kaca televisyen. Itu akan menambahkan keyakinan aku untuk berhadapan dengan kamu wahai gadis strawberry. Sebentar lagi aku biar pinjam sehelai dua daun pudian Katong Laksa dan diselit halus ke rambut kau.

Kini aku pasti, Pak Li Kopitiam Shah Alam bagaikan syurga di seksyen 7. Pekat Katong Laksa bagai air sungai suci mengalir. Perlahan atur langkah datang makin mendekat. Kini hanya aku, kau dan Snowy Ice Strawberry penyedap cerita.