Husin merasakan hari ini adalah hari yang selayaknya untuk dia segerakan apa yang patutnya selama ini dia segerakan. Kerana sudah terlalu lama dia memendam perasaan, hari ini dia tidak perlu malu. Untuk apa harus malu? fikirnya sendiri. kenapa perlu malu? fikirnya sendiri lagi. Usah malu lah! bentaknya pula sendiri-sendiri.
Langkah diatur dia segera mendekati meja di mana Suhana sedang duduk tekun menghadap komputer ribanya. Siap kau! hari ini akan terbuka segalanya. Yah! yah! Husin makin mendekat ke tempat Suhana. Yah! yah!. Husin terus berjalan, namun tanpa sedar hatinya tetap berdebar, jantung berdegup laju seolah-olah sedang berusaha menamatkan larian dalam sebuah pertanding.
"Hai awak, kalau berani bagi la saya duduk sini sekali"
Berani dan lancar sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Husin. Celaka! katanya dalam hati. Kenapa aku berani sangat ni? arhhhhhh! nak tarik balik dah tak boleh. Sapaan mesra telah diberi, tapi masih tak berjawab.
Suhana pula selepas mendongak sekejap tadi lantas terus menghadap komputer ribanya kembali dan wajah yang biasa-biasa tadi bertukar masam mencuka.
"Hai, nama saya Usin. Nama awak apa?"
Itu pula salam perkenalan telah dihulur, namun sama saja tak disambut. Usahkan nak Suhana nak cakap nama dia, nam balas senyum pun tak. Husin dah rasa lain macam. Rasa-rasa celaka dah makin penuh disana sini. Kawan kawan di meja sana dah siap sedia nak gelakkannya kuat-kuat. Dia pasti antara mereka semua, pasti gelak Mat Sam yang paling celaka sekali nanti. Ahhhhh, malulah dia.
Suhana masih diam, apa apa pun tidak. Menjawab tidak, senyum tidak, menoleh pun tidak. Keras sungguh hatinya.
"Amboi bagitau nama pun tanak ke?"
Husin masih berani-berani mencuba lagi. Nak tanya nama je pun, itu pun susah fikirnya dalam hati. Suhana? bukan! bukan! nama gadis itu bukan Suhana. Bukan! Tak ada siapa pun tak tahu termasuk Husin, sebab itu dia bertanyakan namanya. Kalau dah tahu jadah apa nak tanya lagi kan? Apa? Suhana? bukan, itu sekadar nama cadangan saja.
Hari ini genap tujuh hari Husin memerhatikan Suhana dari jauh. Fikirnya kalau dah tujuh hari tu mestilah hari yang baik, tambahan pula dalam 7 hari itu dia dah mula usha-usha dan senyum-senyum pada Suhana. Ye, cuma Suhana yang pernah senyum padanya, kalau-kalau mata mereka bertemu pun Suhana buat tak tahu dan toleh ke tempat lain dengan segera. Sikit pun dia tak kisah.
Muka Husin dah semakin tebal kini, Suhana buat tak tahu. Awek-awek kurang cun dimeja sebelah dah pakat ramai-ramai pandang. Adeh,, malunya... malu. Husin tengok ke muka Suhana, masih sama seperti itu. Buat tak tahu. Adehhhh apa nak buat ni? apa nak buat ni? ni dah nak malu dah ni. Dah malu pun sebenarnya. Segera di terbayangkan wajah Mat Sam yang akan gelak macam celaka kejap lagi. Ah dan betul betul malu kini bila semua orang disitu sama memandang padanya juga sekarang.
Mengenangkan itu semua, sepantas kilat Husin bersuara
"Ok aku nak warning kau! jangan-jangan berani nak ganggu hidup aku lagi, aku tak nak kau tu, sudahlah" dengan kuat sekali. Ye! dengan KUAT sekali. cukup kuat untuk semua orang disitu dengar.
Dengan bangga dia berpusing dan jalan kembali ke tempatnya. Dari jauh kelihatan Mat Sam dan beberapa lahanat yang lain menaham gelak beramai-ramai.