Nak tahu hujung pangkal baca ni:
Part 1
Part 2
Part 3
Tenghari beberapa hari pada beberapa minggu yang lepas, aku makan tengahari di sebuah Restoran bernama, erm bernama, bernamaaa.. Ah aku tak ingat namanya. Tapi dia restoran dan ada menyediakan makan tengahari. Seperti mana-mana kebanyakan restoran di negera ini dan beberapa negara lain, restoran itu mempunyai televisyen dan pada ketika itu dia memasang televisyennya itu.
Eh silap, aku lupa. Aku rasa aku tak makan tengahari masa tu. Tapi kalau tak silap aku sedang berada di rumah seorang kawan atas satu urusan perbincangan. Makanya cerita makan tengahari di atas boleh saja anda abaikan kerana itu adalah fakta yang salah. Fakta yang benar adalah disini.
Namun sebentar, aku masih tidak pasti. Dimana sebenarnya kejadian ini berlaku. Dimana.. dimana.. erm dimanaaa.. dimana ye? Oh tidak mengapa? sama ada dirumah kawan aku atau di restoran itu adalah tidak penting, mungkin saja di Restoran itu, atau mungkin saja di rumah itu. Cuma yang pastinya ketika itu aku sedang tertonton satu saluran TV yang sedang menayangkan sebuah rancangan ala-ala berita.
Tiba-tiba tanpa aku sedar muncul seorang wanita di imej kaca tv itu. Aku seperti tidak sedar dan imej itu hanya sekali lalu di fikiran aku, kerana sungguhpun aku sedang menonton tv ketika itu tetapi fikirannya pastinya lebih jauh dan berfaedah lagi. Namun tiba-tiba wajah itu menjadi perhatian ku setelah beberapa ketika dia berkata-kata di kaca TV. Semakin lama semakin lain benar wajah yang kulihat di TV itu. Kuamati, rasa-rasanya seperti pernah kukenal. Untuk memastikan itu dialah yang sebenarnya aku merapatkan diri ke kaca TV. Ya, sahih! wanita yang sedang petah berkata-kata itu adalah SARAH!
Seingat aku, aku hanya tersenyum sinis ketika melihat Imej di kaca TV berkata-kata. Bukan butir bicaranya yang kudengar lagi. Tapi beberapa bait-bait patah yang pernah keluar dari bibir mungilnya dulu yang bermain di gegendang telinga ku. Kotak ingatan ku segera ligat berputar memainkan kembali cakera padat lama yang telah berhabuk itu.
Malam itu sebaik aku mahu membaringkan kepala ku di pembaringan, telefon ku berbunyi "bit... bit" tanda ada mesej baru ke terima. Itu mesej dari Sarah.
Katanya dia mahu bertemu dengan aku, dan untuk itu apa katanya jika keluar makan bersama atau minum petang. Hehehehehe. Aku cuma senyum-senyum sendirian. Namun kali ini terlalu berat hati aku untuk mengatakan tidak. Maka minum petang keesokkan harinya adalah pilihan aku. Lewat petang itu dia menyatakan dan menceritakan apa yang dilakukannya sejak akhir-akhir ini. Cuma kata ku dalam hati "maaf, aku sudah lama tidak menonton TV".
Sarah gengam tangan aku, dia separa menangis namun tidak sampai begitu. Cuma nadanya ada getar-getar, katanya "Sorry". dan tambahnya lagi "I realy miss u". Dia mahu kembali pada aku lagi jika aku sudi menerimanya. Arhh aku bingung, bingung. Apa harus aku lakukan ketika ini. Aku pejamnya mata rapat-rapat untuk membuat dan memberi jawapan itu. Saat itu kegemgam erat tangannya dan kurasakan dia juga begitu. Aku kembali merasakan hangat, lembut dan halus jemari itu, jari jemari yang sekian lama aku rindukan. Lastas perlahan jari itu aku ramas.
Ku buka mata perlahan-lahan, semakin lama kurasakan gemgaman Sarah semakin longgar dan lemah. Sebaik mata habis dibuka, tangan Sarah sudah Sirna. Tapi Sarah sedang rancak bercerita di Kaca TV, Sarah masih bercerita di TV. Ku amati wajahnya. Dan sejurus itu siaran itu, rancangan itu segera bertukar imej baru dengan cerita yang lain pula. Itu adalah Sarah sebentar tadi. Dia nampaknya sudah menjadi seorang selebriti. Dan aku....
28 March 2011
Lelaki Bahagia Bila...
1 . Bila mana dia berjaya dapat add YMI wanita yang dia minat itu.
2 . Bila Wanita tu balas "hai" yang dia "hai" sebelumnya.
3 . Bila Wanita tu bagi tanda-tanda "ajaklah saya keluar"
5 . Bila Wanita yang diajaknya keluar itu kata "ok".
6 . Bila wanita yang diminatnya itu beritahu dia "saya single lagi la, apa awak ni"
7 . Bila wanita yang diminatnya kata "saya terima awak seadanya"
8 . Bila berjaya memujuk wanita itu tadi dari berhenti menangis kerana masalah yang dihadapinya. Tambah bahagia bila wanita itu merebahkan bahunya kesisi dada kiri.
9 . Bila berjaya setelah bersusah payah untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh wanita itu.
10 . Bila berjaya akhirnya melepaskan diri dari wanita yang pernah dia minat suatu ketika dulu.
Time ni, budak ni tengah provoke gua untuk bongkar gosip gua dengan artis wanita yang tengah popular.... tapi gua mana layan benda2 macam ni.

23 March 2011
Dia Percaya
Ayah kata padanya "ibu akan balik tak lama lagi, cuma Ain tak boleh nakal-nakal. Sebab kalau Ain nakal. Ibu tak akan balik". Ibu pergi jauh sebab ibu ada urusan kerja yang ibu perlu selesaikan, bila kerja ibu dah selesai nanti dia akan balik. Ibu akan belikan Ain hadiah dari tempat ibu buat kerja. Itu Ain tahu, dan Ain beritahu sama pada ayah. Ayah cuma diam, tersenyum dan angguk tanda faham. Kemudian Ain ayah cium dahi Ain.
Ain faham, ayah mesti rindu ibu sama macam Ain rindukan ibu. Cuma ayah tak cakap, tapi kalau tak cakap tak semestinya ayah tak rindu, tak sayang. Malam itu Ain tanya ayah lagi ; "kerja ibu tak habis lagi ke ayah? banyak lagi kerja ibu". Ayah cakap ayah tak tahu, cuma ayah cakap kalau habis nanti mesti ibu balik. Ain cakap pada ayah, Ain nak cakap dengan ibu, tak boleh ke ayah telefon ibu. Dapat cakap kejap pun jadi la. Ain tak nak cakap lama-lama, sebab sebelum ni pun ibu tak suka kalau Ain telefon ibu masa ibu dekat pejabat. Ibu cakap kalau ibu tengah kerja jangan kacau ibu.
Ayah diam. Ayah tak jawab pun Ain suruh ayah telefon ibu. Tapi Ain rindu ibu, Ain nak ibu. Lepas tu Ayah cakap dia dah cuba telefon ibu tapi tak dapat. Ayah cakap ibu tengah sibuk, nanti ayah telefon lagi. Ayah kata lagi hari ni dah malam, takut ibu dah tidur, tak elok ganggu dia. Esok ayah akan telefon ibu dan Ain boleh cakap dengan Ibu.
Ain tak tahu masuk hari ni dah berapa hari, berapa lama ibu pergi. Ain tak tahu, Ain tak tahu kenapa ibu tak balik-balik lagi. Kalau kerja kenapa kerja ibu tak habis-habis lagi. Tak boleh ke ibu balik sekejap jumpa Ain, Ain kan anak ibu. Ibu tak sayang Ain ke? Ain rindu yang peluk ibu, rindu nak cium ibu, rindu nak bau ibu. Ibu ada satu bau yang Ain tak boleh lupa. Ibu bau wangi.
Ayah kalau Ain tanya ibu dah tak nak jawab lagi dah macam dulu-dulu. Ayah diam je, pernah sekali tu Ayah tengking Ain sebab tanya pasal ibu ayah jangan "Jangan tanya ibu-ibu lagi, ayah tak suka". Ayah cakap lagi, kalau Ain nak ibu Ain pergi cari sendiri. Tapi Ain tak tahu Ibu dekat mana? Kalau Ain tahu Ain dah pergi. Dalam almari kat bilik Ayah baju-baju ibu dah tak banyak, ada yang ibu dah bawak sama masa ibu pergi kerja dulu. Lepas tu ada lagi yang ayah dah bungkus-bungkus ayah simpan dalam stor.
Ain tanya kenapa Ayah simpan baju ibu dalam stor, tapi ayah diam je, ayah tak jawab. Ain tak nak tanya lagi, takut nanti ayah marah Ain lagi macam hari tu. Ain takut. Lepas tu lama dah Ain tak tanya Ayah kenapa ibu tak balik lagi sebab ada sekali tu bila Ain tanya lagi. Ayah cakap, kalau pun ibu tak balik, Ain tetap boleh hidup bahagia dengan Ayah. Sebab Ayah hanya ada Ain dan Ain hanya ada ayah.

22 March 2011
Rumah Anai-Anai
Petang tadi aku ke Rumah Anai-Anai di Tasik Shah Alam. Sebuah kiosk kayu yang dijadikan studio merangkap rumah milik Aishah Baharudin. Aishah merupakan seorang artis (pelukis) yang aku kenal secara tidak sengaja melalui seorang kawan kira-kira beberapa tahun yang lalu. Selain bergerak sebagai pelukis Aishah juga dikenali sebagai "performance art artis". Pernah sekali Paradoks kehilangan tempat untuk menganjurkan aktiviti baca puisi dan akustik. Tempat yang diberikan pada awalnya kepada kami ditarik balik kerana pihak berkenaan mahu memberikan ruang itu untuk tempahan mengadakan majlis perkahwinan disitu dari pihak lain.
Selepas putus idea untuk mencari lokasi baru, aku bersama teman Paradoks pergi menemui Aishah untuk meminta pertolongan dari segi lokasi. Itu bukan masalah baru katanya, badan yang menyelia tempat aktiviti seni itu yang sepatutnya membantu kami dengan penyedian ruang memang lebih gemar memeberi ruang itu untuk majlis-majlis perkahwinan kerana soal bayaran.
Jadi atas dasar dan nasihat dari Aishah kami adakan Majlis itu di tempat yang kami mahukan sebelum ini, cuma berubah ketempat yang lebih bagus dan cantik yang memang juga hak milik badan berkenaan. Ini tanpa kelulusan dan permit. Seperti aku duga malam itu semasa majlis sedang berlangsung, pengawal keselamatan datang untuk bertanya soal permit dan kelulusan. Dengan tenang aku jawab :
"saya kawan Aishah, nak surat nanti malam sikit.".. dan mereka pergi dari situ.
Jadi tadi, lagi sekali aku ke Rumah Anai-Anai. Dan kali ini minta pertolongan Aishah untuk Filem Kontradiksi shooting di situ. Seperti biasa, dia "boleh! datang la."

13 March 2011
KONTRADIKSI
Projek Filem MOKSHA yang tertangguh sebelum ni kerana sibuk akan diteruskan kembali. Namun modus operandi telah diubah dengan dimana PARADOKS akan berkerjasama dengan PANDA CINTA STUDIO. Dan menjadi kombinasi arahan Aloy Paradoks (aku la tu) dan Nazri M.Annuar. Menampilkan Fazleena Hishamuddin dan Fynn Jamal selaku pelakon utama juga beberapa pelakon pembantu lain. Tajuk filem ini juga telah ditukar kepada KONTRADIKSI dan shooting bermula pada bulan 4.
Dibawah beberapa senarai review tentang Teater Merocok-Rocok oleh penonton yang datang.
1 . Fasyali Fazdly : Review Terbaru.
2 . Zul Fikri Zamir
3 . Para Jamaludin
4 . Nisha Ismail
5 . Foo-Art
6 . The Dreamer
7 . Petak
8 . Azreen Yusof
Page KONTRADIKSI diSINI.
Terima Kasih Semua..

06 March 2011
Jika Kau Rasa Getarnya (Lagu Slam ni)
Aku pergi meeting satu kedai. Ini projek juta-juta punya tanpa perlu cari down line banyak-banyak.
Tengok menu mau order air.
Nama air semua sedap-sedap, Aku punya kesukaan air Mis You.
Ha Mis You?
Tak jadi la, tukar la I Love U.
Arhh lagi tak boleh.
Air tu semua sedap-sedap tapi sayang dia tak sesuai untuk aku.
Kalau aku minum aku malu sendiri.
"Bagi Poison lah". Itu lebih layak dengan aku.

01 March 2011
Pasca Merocok - Rocok
Petanda baik untuk pementasan kali ini ada kesan balas yang positif dan negatif dari para penonton yang menyaksikan pementasan tersebut. Jika negatif tindak balas mereka bermakna aku masih hidup dan aku masih ada ruang lagi untuk memperbaiki hasil kerja yang akan datang. Namun aku tak pasti tentang itu, cuma dari sembang-sembang kedai kopi selepas habis persembahan bersama Fasyali dia ada berkata "aku akan tulis review, tapi bukan sekarang. Sebab kalau aku tulis sekarang esok tak ada orang akan tengok show kau". Fuh tu dia ayat neraka.
Lenny Erwan pula sebelum pulang juga berkata akan menulis review, katanya "tak apa lah kalau begitu pilihan kau Aloy. Ini bukan soal betul atau salah ye, tapi mana yang kau pilih. Dan kau memilih begitu". Katanya. Dan aku tak sabar menunggu kedua dua review dari pengkritik tegar teater tanah air ini. Kalau yang lepas dalam Hegemoni Fasyali katanya suka pada kejujuran aku dan konsep yang aku gunakan dalam berkarya mungkin saja yang kali ini dia kurang senang dengan aku. Lenny Erwan pula mungkin punya pandangannya yang tersendiri berbeza dari Fasyali.
Syahrul Fitri Musa pula aku tak sempat berbual dengannya kerana habis persembahan malam sabtu aku perlu segera ke Rumah Pena kerana sudah berjanji dengan Nazri M.Annuar untuk melalukan open mice disana. Nazri M.Annuar dari komen beliau pula di kedai kopi beliau tidak bersetuju dengan Amar Amir yang katanya aku "potong mood" penonton apabila perasaan sedih terus diganti dengan "mood" yang terlalu gembira dalam "battle Randai". Kata Amar Amir dia tak puas melayan rasa sedihnya dan terpotong dengan adegan gerakan randai yang terlalu kontra dengan perasaan sebelumnya. Menurutnya lagi perasaan penonton yang baru hendak dibuai ketika terus dikejutkan secara drastik. Pada aku kata Amar Amir itu memang benar. Namun Nazri M.Annuar tidak sependapatnya dengannya kerana padanya "Battle Randai itu adalah simbol kegilaan bila mana semua pemain menjadi terlalu gembira dan bermain-main. Maka dilihat pada scene seterusnya satu demi satu kegilaan watak makin terserlah. Jadi battle Randai itu adalah simbol terhadap apa yang akan berlaku. Dan jawapan aku ye, Battle itu adalah kemuncak dalam permainan randai dan selepas ini semua kegilaan watak makin menggila.
Ada beberapa komen di luar panggung dari beberapa penonton lain mengatakan "sudah terbuka matanya". Dan ada yang mengatakan RM20 itu agak mahal, mungkin perlu harga pelajar. Mungkin ye RM20 itu mahal, dan ada yang kata RM20 sangat berbaloi-baloi antaranya Saudara Nizam Yamin. Namun ada juga beberapa penonton yang mengulang untuk menonton kembali persembahan. Jaja Kadir aku tak sempat berbicara kerana dia mahu segera pulang dan aku juga sedang mengurusi perkara lain ketika itu. Wahab Hamzah dan Zakaria Ariffin tak berkata apa apa. Mazlan Tahir dan Pn Umi aku boleh jumpa mereka secara peribadi untuk mendengar kritikan mereka. kata Pn Umi "kita tunggu dalam Kelas". Mazlan Tahir diam diam senyum.
Ini beberapa komen dari penonton yang post di wall facebook aku. Mungkin pada kalian apalah sangat kerana mereka bukan ilmuan teater, namun aku menghargainya :
"aku suka jalan cerita nya, kehidupan, sex dan kepercayaan yg merocok-rocok
kalau tak nak di tipu jangan menipu - KARMA" - Fajar Maudlana
"Simple, Steady and Style. Sapa yang tak pi tengok, MEMANG RUGI. haha. yeay!"
-Azreen Yusof
"Merocok-rocok. The Bestla!..Berbaloi-baloi" - Dayangku Siti Afizah
"tersentuh dengan Merocok-rocok" - Zulhabri Supian
"merocok- rocok tadi...ternangis aku" - Piko Ija
"Merocok - Rocok ? Show yg terbaik ! xD" - Shamil Shahlan
"Tahniah! Persembahan Merocok-rocok terbaik!" - Sydo Al-Habshi
"the theater was really great man ;)
ten thumbs uppppp ;)" - Zarith Shaufa
Terima kasih kepada para penonton dan pengkritik, kepada adik adik sekolah yang kumpul duit belanja sekolah untuk menonton merocok rocok. Terima kasih banyak atas sokongan. Terima kasih kepada penonton dekat, penonton jauh yang datang dari luar Kuala Lumpur seperti Kedah, Kuantan dan lain lain.
Terima kasih tak terhingga kepada para pelakon dan seluruh team produksi. Apa apa keputusan yang aku buat itu adalah demi kepentingan persembahan dan group. Terima kasih atas sokongan.

Subscribe to:
Posts (Atom)