23 February 2011

Dari Nota Pengarah Merocok-Rocok

Esok (khamis) adalah hari pertama pementasan Teater Merocok-Rocok. Pertama kenapa aku memilih "merocok-rocok". Untuk menjelaskan jawapan itu, kerana aku rasa itu perkataan terbaik yang sesuai dan mampu untuk menggambarkan perasaan watak-watak dan perasaan persembahan itu dan perasaan aku sendiri secara peribadinya. Dalam sajak-sajak dan tulisan sebelum ini memang aku kerap menggunakan perkataan itu. Untuk makluman it bukan perkataan baru dan bukan perkataan Indonesia semata-mata. Cuma perkataan itu mungkin kurang popular kerana kita mana ada masa sekarang nak cakap ayat-ayat macam tu untuk menyatakan sesuatu.

Kedua berkenaan harga tiket. Mungkin ramai yang berkata harga tiket kali ini agak mahal dan setiap kali persembahan Paradoks akan menaikkan harga tiketnya berbanding yang terdahulu. RM 20 itu tidak mahal sebenarnya, mungkin tiket untuk wayang pun hanya sekadar RM10. Namun harus diingat wayang gambar itu bermain bermain dengan kuantiti, namun teater tidak bermain dengan kuantiti. Dan dengan RM20 itu seluruh produksi merocok-rocok masih tidak untung sebenarnya. Malah krew, pelakon dan pengarah itu sendiri yang akan rugi balik sebenarnya dari segi kewangan. Kerana perbelanjaan mereka semua untuk ke tempat latihan, menolak kerja-kerja lain yang ditawarkan, perbelanjaan produksi lain. Jumlah kutipan tiket masih tidak cukup untuk membayar kerugian dan perbelanjaan mereka itu.

Antara faktor lain aku sebenarnya tidak selesa dengan harga tiket teater yang terlalu murah. Contohnya RM5 (tapi dari faktor lain aku suka kerana aku boleh jimat), namun benar wang bukan segala-galanya. Aku secara peribadi juga berhajat untuk menaikkan taraf harga tiket di Malaysia. Dan usaha itu telah dimulakan oleh beberapa group sebelum ini contohnya R.A.T dan juga Steffani (hanya mengambil beberapa contoh). Jika mereka telah memulakan kenapa tidak yang lain berani menyahut.

Melalui perbincangan dengan beberapa group sebelum ini untuk projek kolaborasi akan datang ada antara mereka tak setuju dengan harga tiket yang aku usulkan. Aku faham sebab munasababnya ialah gentar jika pentas kosong orang tidak datang. Namun jika kita semua tidak berani mengambil risiko, "bagaimana gelombang baru (new wave)itu mahu wujud".

Aku juga secara jujur bersimpati dengan kebanyakan golongan pelajar yang bertanya tentang "harga pelajar" jika ada. Cuma maaf kerana kita tidak ada perutukan untuk itu.

Dan untuk jangka panjang gelombang baru itu perlunya kita mengabungkan "komersial dan seni".

20 February 2011

Merocok itu kisah perhubungan

Sama seperti HEGEMONI, dalam Merocok-Rocok aku masih bercerita tentang perhubungan. Hakikatnya biar selama-mana, biar seberapa kerap, muak dan bosan kita tetap perlu kepada perhubungan, kita tetap mencari perhubungan. Aku suka mengatakan bahawa :

"Perempuan (perhubungan) itu ibarat perangkap. Dan lelaki harus terperangkap. Maka carilah perangkap yang betul dan tepat"

Perhubungan itu cerita yang tidak pernah akan habis. Cuma pada kali aku cuba memberi nafas kepada maksud perhubungan yang palsu.



15 February 2011

Erti Merocok-Rocok

Menjelang pementasan Merocok-Rocok ramai yang bertanya pada aku apa itu ertinya "Merocok-Rocok". Ada yang berkata itu bukan bahasa Malaysia dan itu sebenarnya adalah bahasa Indonesia. Ada yang berkata jika di Sabah bahasa itu wujud namun ertinya agak kelucahan. Aku tak pasti tentang kedua perkara tu. Tapi apa yang aku pasti sewaktu dari kecil aku biasa mendengar perkataan "Rocok" atau "Locok".

Rocok pada pemahaman masyarakat yang aku terbiasa di kampung ialah perbuatan dimana memasukkan sesuatu secara kasar kedalam sesuatu. Jika sedang marah mungkin kita akan berkata begitu :

"aku rocok pisau ni ke perut kau karang ha, baru tau!" ; sama erti dengan tikam.

Manakala "Locok" pula satu perlakuan yang agak kasar mencampak/menghumban atau meletakkan sesuatu barang itu di satu tempat. Contoh ayat begini ;

"Sampai jahanam motor aku ko buat? kenapa tak ko locok je dalam semak tu". ; membawa maksud letakkan/humban/buang.

Jadi bila merocok-rocok pula aku maksudnya memasukkan sesuatu benda itu secara kasar dan bertalu-talu.


Kenali Para Pelakon Merocok-Rocok di SINI.
Kalau masih belum menempah tiket, sila menempah dengan segera.

10 February 2011

Apa tunggu lagi?

06 February 2011

Geng Geng Geng

PLORE Skala 3 : Kembar Ke Teluk Cempedak.

Terima Kasih Semua Geng Geng PLORE Skala 3, Geng Paradoks, Geng Sindiket Soljah, Geng FRINJAN dan Geng Uya. Geng Geng Kuantan dan TC Busker. Geng Geng Fynn Jamal. Geng Berbasikal, Geng Geng ASWARA, UiTM, UIA dan UMP.




Lepas tu layan ni :