27 January 2011

Rukun PLORE



Ada beberapa cara untuk menyertai PLORE ke Teluk Cempedak. Tak kira anda nak buat persembahan atau nak join khemah je :

1 . berbasikal : ini memang stylo. mereka akan bertolak awal sehari, jika mahu menyertai mereka sila hubungan Zulhabri Sufian (Bos Frinjan)i di facebook beliau. Stamina kene ada.

2 . Naik kenderaan sendiri : anda boleh bergerak dan pergi terpulang pada masa anda. Kita tidak berkonvoi dan diharap dengan cara ini kita ada banyak cerita untuk dikongsi malam camping (jumaat) tentang cabaran perjalanan masing-masing. Jangan clain dekat gua duit minyak sudah.

3 . Naik bas : gua akan naik bas sbb dah 10 tahun gua rindu nak naik bas bagi perjalanan jauh. Siapa nak join naik bas, mesej gua di facebook atau mesej di handphone,, bank in duit dalam akuan gua dan gua belikan tiket untuk perjalanan bersama pada hari jumaat selepas pukul 2 itu.

4 . untuk lebih cabaran sila sertai Hocy and the geng kerana katanya mereka akan buat ala ala kembara sebenar dan tumpang lori yang lalu lalang...

Menarik bukan?

20 January 2011

Merocok - Rocok

Teaser

15 January 2011

KEMBARA untuk PLORE

Aku lupa nak bagitau... PLORE muncul lagi untuk Skala 3 dengan konsep "Kembara Ke Kuantan". Kali ini kita akan bergerak ramai ramai ataupun sendiri sendiri ke Kuantan pada 04/02/2011 bersamaan hari Jumaat. Pada malam itu kita akan berkhemah di Pantai Teluk Cempedak, apa yang gua budget takat ni malam tu kita buat sesi taaruf nahi mungkar, bergosip dan berborak dengan aktivis sambil berbangga diri. Sapa tanak join boleh lepak kedai makan, boleh lepak MCD layan Facebook ataupun duduk dua dua dengan skandal dekat dalam gelap.

Kemudian pada hari sabtunya 05/02/2011, Kita akan berPLORE pada sebelah petang bermula jam 4.00 petang hingga 7 petang. Kemudian siapa yang nak balik boleh balik, tapi kalau ada siapa yang nak tunggu boleh tunggu kita berkhemah lagi satu malam dan balik pada hari ahad esoknya. Kalau ada yang tanak datang hari Jumaat, dia boleh datang jugak pada hari sabtu sahaja. Tapi kalau nak datang hari ahad pun boleh, cuma aku nasihatkan tak payahlah. Jadi siapa siapa nak join camping bawak khemah sendiri, makanan tak payah la, makan kat kedai je. Siapa pulak rasa nak buat show sediakan dalam 3 persembahan untuk 3 pusingan dan mesej gua di Handphone atau di Facebook. Lagi cepat lagi bagus, gua nak keluar poster lagi.

Oleh sebab PLORE jatuh pada 4 dan 5 bulan Febuari ni. FRINJAN sangup menunda PEKAN FRINJAN mereka pada minggu hadapannya, nampak? itulah gunanya berkawan sesama group.. bukan cari gaduh macam satu group tu!

Dan lagi, seminggu sebelum PLORE pulak jangan lupa MASKARA oleh Sindiket Soljah di Rumah Pena. Tengok poster bawah ni!

09 January 2011

Sindiket Soljah 5 Tahun



Aku akan membawakan monolog Tangan Kiri Ayah karya Fasyali Fadzly. Satu lagi persembahan monolog akan dimainkan oleh Adieyka Zainal.

07 January 2011

Antara Cinta dan Buah Pelam (edisi pecah rahsia)

Macam mana aku menolak gelaja adik beradik angkat ni, macam tu jugaklah aku menolak gejala cinta cinta dekat sekolah ni. Masa form 5, aku ingat lagi. Bak kata lagu XPDC masih segar dalam ingatan. Aku duduk asrama, dah tentu la asrama PUTERA takkan asrama PUTERI pulak. Pendek nama asrama putera ialah ASPURA. Dan ASPURI untuk asrama puteri.

Masa aku tingkatan 4 aku perasan ada seorang budak ni dari kelas sebelah. Dah tentu dia perempuan, takkan jantan kot. Apa ingat aku macam Elton John ke? Selama ni aku tak perasan kewujudan dia, tapi satu hari tu dia lalu depan aku, aku terpandang wajah dia terus tumpuan aku terpaku pada dia sampai dia hilang. Ntah apa yang menarik aku pun tak tau, cuma mungkin wajah dia, wajah dia sombong. Tapi dalam kesombongan itu aku nampak macam dia mampu menjadi isteri mithali. Cewah,,,, aku terlalu mudah memikirkan masa depan.

Sejak hari tu kalau aku nampak dia aku akan usha dia sampai dia hilang. Tapi tak buat apa apa pun. Bila tingkatan 5 aku duduk ASPURA, aku dapat tahu di duduk ASPURI. Jadi waktu makan adalah waktu yang terbaik untuk aku menengok nengok dia jugak. Yup aku memang banyak tengok dari dulu, macam macam aku tengok. Lepas tu aku dapat tahu kawan baik aku, merangkap couple kepada kawan baik dia. Lepas berapa lama aku mula kenal dia, kalau takat nak borak borak tanya orang tu dekat mana? orang ni dekat mana? bolehlah.

Bila malam ada masa masa aku follow kawan aku ni pergi dating dekat pintu pagar ASPURI. Dan kadang kadang dia jugak ada sekali datang borak borak. Tapi selalunya tak ada. Jadi takpelah, kalau tak ada aku terus je makan ais krim dekat koperasi. Koperasi pulak memang dah jadi trend bebudak ASPURA lepak memalam, bukan apa pun, sebab utamanya pasal koperasi tu betul betul depan dorm dorm ASPURI.

SPM dah semakin hampir, dan aku alhamdullilah semakin kurang datang kelas. Time time nak dekat SPM ni la kawan baik dia ada ajak belajar sama sama waktu petang. Dalam dua tiga orang perempuan ada dia, dan sebab itu aku menyelit. Aku tak belajar sangat pun, pura pura je baca buku, dapat duduk sebelah tak borak pun jadi la. Rasa macam dah jadi Sultan Brunei dia punya feel.

Satu hari tu lepas study dia nak balik. aku cakap :
"_ _ _ _, baik baik jalan ye. Nanti malam tido jangan lupa mimpi saya ye"
Dia senyum, dia balik.

Esoknya dia nak balik, aku cakap lagi :
"_ _ _ _, baik baik jalan ye. Nanti malam tido jangan lupa mimpi saya ye"
Dia senyum, dia cakap :
"Asyik saya je mimpi awak, awak tanak mimpi saya"

Aku dalam hati kebun kubis bertukar menjadi kebun strawberi. Aku tanya kawan aku, apa ertinya tu. Dia cakap.

"ada can, dia dah bagi hint"

Jadi untuk malam malam tu dan seterusnya kawan aku jadi tak senang duduk, kejap kejap aku mintak pendapat dia, kejap kejap mintak nasihat dan pandangan penuh motivasi.
Sejak tu kalau member member ajak keluar town aku tak join dah, lepak Ah Chai hisap rokok lagi aku tanak, aku nak pergi study, study dengan dia.

Ada satu masa kami study ramai ramai dekat perpustakaan, aku bosan. Cari jalan nak lepak berdua dengan dia. Aku tanya dia, tanak balik ASPURI ke, lepas tu aku cakap jom jalan jalan. Dia diam, tengok aku, tutup buku dan cakap jom. Sepanjang perjalan temankan dia balik ke ASPURI aku tak ingat apa aku cakap, jiwa aku jadi kacau kata orang perlis tu. Tau tau sampai pintu masuk ASPURI. Dia diam berdiri disitu, Aku diam. Dia diam, last last dia cakap benda benda yang tak lojik contohnya macam,
"apa kontraktor tu buat dekat depan bilik warden?"
Aku pun ekplen bagai nak rak, itu projek baru asrama la, apa la, untuk pelajar la.
Lepas tu mati idea, tak tau nak cakap apa, macam nak cakap tapi tak keluar, dia macam tunggu aku. Sudahnya masing masing masuk ASRAMA masing masing. Aku baring atas katil senyum sorang sorang.

Satu hari Mak dia datang lawat dia. Aku tak perasan, aku terlalu depan mak dia. Sambil tu dia senyum dia cakap dekat mak dia.
"Tu Aloy"...
Aku senyum senyum pergi cepat cepat, tak terpikir lak aku nak salam dengan mak mertua time tu.

Malam tu masa kelas tambahan dia kasi pelam masak siap potong dalam bekas. Mak dia kasi dia banyak petang tadi, jadi dia kasi aku sikit. Aku bawak masuk dalam dorm, member aku dah meroyan royan seronok, padahal aku yang dapat pelam masak, bukan dia.
Baik, aku nak cakap. Aku tak suka pelam masak. Aku tak akan makan pelam masak. Aku hanya suka pelam muda, pelam masak aku tak heran pun! Tapi malam itu, pelam masak itu adalah pelam terbaik yang aku pernah makan seumur hidup, pelam masak itu adalah makanan terbaik yang pernah aku makan.

Sehari dua lepas tu mak aku pulak datang, aku tak tau ntah apa ajaibnya mak aku bawak pelam masak walaupun mak aku tau yang aku memang benci pelam masak. Tapi kali ni aku tak tolak, aku amik dan simpan untuk share dengan dia malam nanti. Dan aku cakap dekat kawan kawan aku, aku nak cakap aku suka dekat dia malam ni. Malam tu adalah malam penentu. Kawan kawan aku tak dapat datang kelas tambahan sebab jadi juri untuk pertandingan debat budak budak tingkatan satu. Aku tunggu dia datang, dia tak datang, aku tunggu, dia tak datang jugak. Aku dah berpeluh, dah pelik. Harapan aku musnah malam tu, dia jugak tak datang kelas tambahan sebab dia jugak rupanya jadi juri untuk benda khurafat tu. Habis kelas aku masuk dalam dorm baring lesu lemah atas katil. Malas nak pergi dewan tengok majlis tu, tak lama kemudian budak budak tu balik aku dengar dah menjerit dari dewan sampai ke dorm. Semua cakap :
"Dia tak ada kan Aloy, takpe takpe, esok esok boleh lagi"
Dan pelam masak tu jadi habuan mereka malam tu.

Hujung minggu tu dia balik kampung. Dan aku rasa sepi, sepi nak mampos, dia jauh dari sisi. Tambah derita bila semua budak asrama balik kampung jugak. Oh lupa itu minggu balik kampung, aku je yang tak balik. Itu perkara biasa. Sebelum balik aku teringat member aku cakap "kalau kau boleh dapat dia kau memang dasyat la, susah tu tau".

Dan malam tu aku telefon dia, aku cakap.

"saya suka awak, sudi jadi girlfren saya?"

Aku balik dorm lemah kaki, hati sayu. Dan rasanya sungguh sakit. Sejak itu, aku sering menolak cinta yang datang.

K/K : Sekarang kalau jumpa aku tak tau nak cakap apa, dan ada minah tu selalu sakat aku pasal dia yang buat aku lemah.

06 January 2011

Hari Sukan Sekolah Saya

Sejak aku dapat surat kedua dari kakak tu, lepas tu dia tak hantar surat lagi dah. Cuma kadang kadang masa bertembung time dalam bas aku ada gak hai hai dia, bukan apa. Tanak dia kecik hati. Tapi makin lama benda tu makin macam tak ada apa apa, itu pasal aku kata tak lojik. Nak jadi adik beradik angkat padahal jumpa sehari bape minit je. Lepas tu kalau hujung tahun bukan ada adik beradik angkat kita nak tolong cover yuran periksa pun. Macam mana nak jadi adik beradik kalau tanggungjawab macam tu pun tak boleh handle.

Dari jadi adik beradik angkat baik jadi makwe terus, kan senang. Ada satu masa aku tingkatan 6 rendah tahun itu sekolah aku ada temasya sukan dan hari kantin sekaligus hari penyampian hadiah. Oleh sebab wujudnya pengundi hantu dan permainan politik wang aku dilantik jadi Pengerusi Rumah Sukan walaupun aku kalau jenis bersukan ni memang gred "e" la. Gila apa nak bersukan, rosak la rambut aku. Tapi aku layan jugak, yang peliknya pada hari pemilihan tu cikgu hanya buat pemilihan untuk lantik pengerusi dengan naib pengerusi, jawatan lain akan dilantik pada hari lain dan itu akan diuruskan oleh pengerusi rumah sukan. Jadi 2 hari kemudian aku segera menggugurkan naib pengerusi aku dari jawatannya dengan alasan dia tak datang masa aku panggil meeting. Dan pada hari ketiga aku hantar laporan pada cikgu dengan senarai nama kesemua jawatankuasa yang dah dilantik. Cuma yang semua bebudak pelik, dan aku sendiri pun pelik, macam mana kesemua jawatankuasa tu adalah pelajar lelaki, dan lebih menghairankan macam mana mereka semua adalah member member dorm aku dekat asrama. Hish politik betul.

Baik, semua kejadin di atas itu mungkin adalah kebetulan, dan aku tak tahu menahu dalam hal tu. Baik, kesemua rumah sukan ada 4, iaitu Tuah, Jebat, Lekiu dan Kasturi. Untuk rumah Tuah pengerusi dia ialah member sebelah aku dalam kelas. Untuk rumah Jebat pulak, pengerusinya ialah member katil sebelah aku. Tapi untuk rumah kasturi lain sikit. Dia anak Mak Cik Tukang Masak ASRAMA. Ok link jauh sikit. Maka dipendekkan cerita 3 rumah sukan ini, iaitu Tuah, Jebat dan Lekiu sebenarnya adalah geng sama dia punya kepala. Dan bermulah perjalanan aku untuk menjadi kapitalis pada tahun itu.

Setelah diadakan perbincangan secara senyap, kami bertiga telah tahu bagaimana untuk membuat duit dari temasya hari sukan itu. Untuk setiap rumah sukan, selain dari memilih wakil untuk setiap pertandingan dan memastikan menguruskan kontijen, jawatankuasa juga perlu menguruskan perbelanjaan untuk makan dan minum. Maka untuk tujuan itu kami perlu mencari pembekalnya. Jadi beberapa minggu sebelum temasya sukan bermula, semua bendahari rumah sukan sudah sibuk memungut duit dari kesemua pelajar dah ahli untuk membeli makanan dan minuman. Dan ketua rumah Tuah, Jebat dan Lekiu sudah sepakat untuk membeli makanan dari pembekal yang sama.

2 hari sebelum hari sukan aku sibuk dekat pekan Teluk Intan, beli daging burger, beli air kotak, beli air mineral, beli buah lai. Semua tu aku beli dekat kedai borong dengan harga yang murah sikit. Daging burger jatuh sekeping 0.15 sen, roti burger o.10 sen, air mineral 0.40sen, buah lai 0.20sen. Semua tu aku angkut naik teksi dengan motor kawan aku. Semua barang barang parking dekat asrama dalam bilik aku, barang beku simpan dalam peti ais tokey dewan makan.

Bermula jam 12 lepas semua budak asrama tido, aku dengan kroni mula berkerja keras. Aku berpeluh peluh sibuk memasak beribu ribu daging burger. Bersama aku ketua rumah Tuah dan Jebat dan kuncu kuncu rumah yang setia. Jadi pendek kata lebih 70% warga sekolah termasuk guru dan pelajar pelajar hari itu membeli makanan dari kami. Kecuali ahli rumah Kasturi yang beli dari pembekal lain.

Esoknya siang siang, menu makanan untuk tiga buah rumah sukan itu adalah sama.
Burger Daging, Air Kotak, Air Mineral dan sebiji buah lai. Semua cikgu pelik bagaimana situasi itu boleh berlaku, dan jawapan kami.. itu adalah kebetulan.

Malam itu aku mengira hasil keuntungan yang tak seberapa pun.

K/K : Ini cerita yang lain pada hari yang sama, Memori APALASAMY

Kakak Angkat Pertama Saya

Sekolah Menengah Seri Perak (Semarak) adalah sekolah menengah pertama aku, dan juga sampai kesudah menjadi sekolah terakhir. 7 tahun aku bertapa dekat situ, dari tingkatan satu sampai ke tingkatan 6 atas. Dari Pengetua tu lelaki sampai tukar jadi pengetua perempuan, dari Cikgu Noraini tu asalnya Guru Cemerlang bertukar jadi Pengetua dekat sekolah lain. Dari Cikgu Nuri tu Guru Panitia bertukar jadi Penolong kanan terus jadi pengetua sekolah lain jugak. Dari Guru Disiplin Cikgu Roslan yang tak puas puas nak rotan aku sampai boleh suruh aku rotan budak lain pulak.

Selama 7 tahun aku bertapa dekat sekolah tu, ada satu benda yang sampai habis sekolah aku tak boleh terima, iaitu "adik beradik angkat". Ntah siapa la yang memula cipta benda benda khurafat tu dekat sekolah. Padahal adik sendiri ada tanak pulak sayang sayang, kakak dengan abang sendiri tanak pulak manja manja, ni sibuk nak cari adik beradik angkat yang ntah anak sapa sapa. Kalau cakap pasal adik angkat atau kakak angkat yang diangkat tu tak lain tak bukan ada kriteria wajibnya iaitu dalam kategori cantik, hensem atau comel.

Kalau dah itu kriteria pilihannya aku rasa lebih terang je la cakap nak jadi awek ke, nak jadi balak ke, kan senang. Kan nafsu tu namanya, nafsu berghairah dengan benda benda cantik dan menarik. Balik rumah imagine muka adik adik angkat atau kakak angkat yang comel tu, pastu masturbasi. Adik beradik jadah apanya? Aku pernah beberapa alami situasi ni beberapa kali, kali pertama masa aku tingkatan 2 kalau aku tak salah. Itu jam aku jenis yang pergi sekolah naik bas sekolah bayar 30 ringgit sebulan dekat Pak Cik Usof. Nama bas tu PERTAMA terpampang besar besar dekat depannya. Tapi pedajal sungguh itulah bas paling akhir yang ambik budak dekat sekolah.

Kalau naik bas aku jenis tak akan masuk jauh kedalam bas. Tempat aku dah pasti berdiri dekat tangga sua muka keluar pintu layan rambut kene tiup angin. Masa tu teringin sangat nak rasa rambut panjang. Sambil sambil tu layan lagu Semangat Perjuang Harmoni, macam malu pulak nak cakap dulu aku dengar lagu XPDC. Apa boleh buat, itulah hakikat. Tapi lagi pelaq aku paling sakit hati bila Shahril Gemuk berdiri sebelah aku dekat tangga bas nyanyi lagu Scoin. Arrrrrrhhhh!

~sakit hati ini bagai ditusuk sembilu~
~sesak nafas ini bila mendapat tahu~

Eddie Hamid sungguh!

Dan pada satu hari tu, masa bas berhenti nak turunkan budak, maka ada satu budak pompuan turun. Aku tak kenal pun tapi aku tau dia lagi tua dari aku la, kira standart kakak kakak la ni. Masa nak turun dengan pantas dia hulurkan satu sampul surat pada aku. Aku macam tergamam jugak la. Shahril Gemuk dah sorak sorak tepuk tangan suruh bukak. Jadah apa aku nak bukak depan dia, bukan ada masa depan pun dia ni. Hati aku terus tak tenang, dup dap dup dap. Balik tu aku masuk bilik, cepat cepat bukak sampul surat tu, ermmm bau wangi.

Malam tu masa aku tengah layan Dayang Nurfaizah dekat NTV7 dalam bilik, mak aku masuk. Mak aku duduk duduk kejap layan tengok Dayang gak. Aku teringat surat tu, terus aku capai aku bagi mak aku baca. Lepas tu mak aku gelak .... kikikiiikikiiki. Macam kebiasaan takda apa yang menarik pun, surat jenis nak lamar aku supaya jadi adik angkat dia. Dari paras rupanya budak yang nak jadi adik beradik aku ni kira boleh tahan la. Esoknya dalam bas masa perjalanan balik kakak angkat tu lepak sekali dengan aku. Alasannya tak boleh masuk dalam sebab orang dah penuh. Eleh hari hari pun penuh, dia mula soal siasat aku, tentang latar belakang aku, background family aku.

kakak : Ayah keje apa?
Aku : Saya rock, tak boleh bagitau.
Kakak : Dah ada awek?
Aku : Rock kalau ada awek tak boleh cakap.
Kakak : Mak keje?
Aku : Rock memang macam ni, tak suka cakap peribadi.

Semua soalan dia aku jawab lebih kurang macam tu jugak. Asal rock je semua kene rahsia.

Esok dia tak lepak dengan aku dah. Tapi masa nak turun bas dia passing lagi satu surat. Isinya lebih kurang begini.

"Susahlah macam, macam mana kita nak jadi adik beradik kalau nak borak pun tak boleh. Asal tanya je semua jawab rock, malulah saya"

Hahahhahahahahahhahaha. Aku anak tunggal, mana tau macam mana nak handle seorang kakak. Itu jawab aku rock je. Ini kelas aku 6 Rendah. Ni pun masa bergambar banyak lagi yang lepak dekat kantin malas nak tangkap gambar. Satu kelas ada 100 lebih pelajar. Dalam kelas aku duduk paling belakang, tapi masa bergambar aku duduk paling depan. Bukan apa, kenangan. Cuma sampai sekarang aku tak faham, atas dasar apa dan kriteria aku dipilih sebagai adik angkat. Hihihihihihihih

03 January 2011

Burger Yang Berbahaya


BURGERMPARK

140++ muka surat

RM20 (tidak termasuk pos)

-> tambah RM5 untuk pos laju. Pos laju supaya takde problem buku hilang dan cepat sampai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ikuti langkah berikut:

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

- 1621 0663 5004 (Maybank)

- Penama: Mohd. Saufy Nizar

- 12120000024100 (CIMB)

- Penama: Jiewa Enterprise

2. Hantar e-mel bertajuk 'BURGERMPARK' ke weareuya@gmail.com dengan menyertakan sekali:

1. bukti pembayaran

2. alamat -> pastikan bukan alamat yang pelik-pelik, taknak bagi posmen susah mencari.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul UYA!.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan pada harga RM20, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula 20 Disember 2010.

Yang benar,

Abdul UYA!.