Untuk pembawaan watak, aku bebas nak menggunakan kaedah mana yang aku suka dan aku rasa sesuai atau mungkin aku akan gabungkan beberapa kaedah untuk memudahkan kerja dan mencantikkan lagi pembawaan.
Pernah jugak aku guna beberapa kaedah lain seperti ‘imitiation’, ‘if’ dan merasai ‘history’ untuk sesuatu watak. Kaedah imitiate perbanyakkan dengan menonton, menilai manusia aku rasa antara kaedah yang popular dan kerap di guna pakai. Kaedah ‘if’ pulak mungkin aku gunakan bila berhadapan dengan situasi yang tak pernah di alami atau buntu. Dan satu kaedah lagi ialah imaginasi, ini bila kita berhadapan dengan keadaan yang tidak pernah kita lalui juga.
Ambil contoh, untuk ‘Arms And The Man’ aku berhadapan masalah melakukan adegan ringan-ringan di pentas. Bila aku katakan cakap dekat Ahmad Yatim, aku tak idea tentang itu, tapi dia sarankan aku boleh saja ‘merogolnya dan menjamah tubuhnya melalui minda’.
Untuk Hegemoni dan Merocok-Rocok aku guna pakai kaedah "if" sebab aku masuk jadi pelakon lebih kurang lagi 2 hari nak show.
Ada jugak aku guna pakai apa yang ditekan oleh Stella Adler, dia percaya dan aku juga percaya bahawa pada satu satu masa kita tidak hanya boleh bergantung pada pengalaman untuk menghidupkan watak itu. Ini kerana pengalaman kita adalah sangat terhad. Jadi lihat pada persekitaran dan zahirkan ianya secara visual untuk memberi gambaran lebih pada penonton.
Ahmad Yatim ada kata lagi. Jadi pelakon yang bijak, jangan jadi pelakon yang bodoh. Sebab nanti kau akan susahkan pengarah. Seseorang pelakon itu kadang-kadang menderita untuk mendalami watak yang kebulur. Dia tak makan beberapa hari. Jadi kenapa tidak kita lakonkan saja. Ada pada satu-satu masa seorang pelakon terlupa yang bahawa dia adalah pelakon, jadi berlakonlah.
Aku juga sangat bersetuju dengan Marlon Brando yang mana semasa berlakon itu kita tidak begitu banyak menjadi orang lain kerana kita menjadi diri sendiri. Aku memang tak percaya pada konsep ‘kamu telah menjadi watak sepenuhnya’. Kerana jika itu berlaku bermakna kamu tidak akan sedarkan diri, kerana yang sedang kamu jadi sekarang adalah bukan diri kamu kalau macam tu.
Tapi benda tu tak berlaku, dan kita harus sedar ruang dan sedar bahawa kita ni tengah berlakon. Kalau tak sedar, dah lama ‘aku lari keluar panggung rogol orang bila aku bawa watak perogol tu’.
Pertama dahulu mungkin aku buat teater sebegini sebab aku tidak ada duit yang banyak untuk aku laburkan. Awal aku buat teater yang pertama ‘NAUTIKA’ di Stor Teater DBP dulu, aku hanya ada RM 100. Jadi adalah mustahil untuk aku beli segala prop dan bina set. Maka dari RM 100 aku gunakan untuk benda yang betul2 perlu saja contohnya seperti print skrip dan poster serta fyler untuk hebahan.
Soal bayaran untuk setiap orang yang terlibat aku cakap ‘berapa dapat nanti, kita share lah seorang sikt’. Dan syukur alhamdullilah, walaupun rezeki kami kecil, tapi kami tetap merasa sikit dan semua mendapat ‘saguhati’ mereka. Yang datang kebanyakan pada persembahan Nautika itu adalah crowd dari event yang aku anjurkan sebelumnya.
Selepas itu kembali lagi dengan buat teater cara sebegitu, kosong, miskin dan sederhana. Hingga akhirnya aku sedar itu sudah jadi cara dan trademark aku. Aku buka buku, kaji dan baca. Aku tahu ini telah wujud dan di sokong oleh Jerzy Grotowski dan Peter Brook.
Aku juga percaya bahawa pelakon adalah perkara utama dalam sesebuah pementasan. Jadi kekuatannya perlu ada pada pelakon di samping naskah yang bagus.
Satu komen positif yang aku terima dari seorang kawan hasil kerja aku adalah begini ;
“Teater ini berjaya kerana kemiskinannya. Aku percaya jika diberi duit kepada mereka ini, tentu teater ini tidak berjaya mencuri hati aku. Kemiskinanlah yang membuatkan aku tertarik dengan persembahannya. Look-nya miskin tetapi ideanya besar. Dan tidak pula aku dengar bila keluar dari panggung orang sebut-sebut, “ish, tak ada set. bosanlah cerita ni.” Makanya, Aloy dalam persembahan ini sememangnya menggunakan pelakon sebagai instrumen dan alat utama penceritaan. Dan nampaknya Aloy Paradoks telah membuktikan bahawa situasi ini telah terjadi dan dibuktikan dengan persembahan Hegemoni”.
- Itu komen dari Fasyali dalam blog Vitamin nya.
Azri Ali : Apa inspirasi kau dalam berkarya?
Aloy Paradoks : Aku malu nak cakap ‘berkarya’ sebenarnya. Sebab perkataan tu terlalu besar. Hanya sesuai untuk seniman mungkin. Jadi biarlah aku guna istilah ‘bikin seni’.
Sebenarnya dari dulu lagi inspirasi aku adalah diri dan kenangan aku. Ini bertitik tolak dari apa yang Sigmund Freud cakap kalau tak salah. Yang mana setiap hasil itu berakar umbi dari diri pengarangnya. Siapa dia? Bagaimana dia? Maka begitulah hasilnya.
Teater, buku dan filem yang aku tulis semuanya adalah diri aku. Semua cerita itu adalah cerita aku dan aku mengadaptasikan ke medium yang lain dan menjadikannya seolah-olah satu fiction. Kenangan aku, dan apa yang aku lalui di sekeliling aku mendorongan aku membuat semua ini.
Tapi selepas ini akan cuba keluar dari diri aku dan buat sesuatu yang lain dari yang pernah aku buat.
Azri Ali: Apa yang kau nak sampaikan dalam karya-karya kau?
Aloy Paradoks : Macam yang aku cakap tadi, apa yang aku nak sampaikan dalam projek ‘bikin seni’ adalah pengalaman aku. Maka aku adalah seorang yang terlalu peribadi dan tak adil pada persekitaran aku.
Kalau aku kata aku ingin mendidik masyarakat aku penipu sebenarnya. Aku tak rasa aku cukup layak untuk mendidik masyarakat. Cuma mungkin aku kongsi pengalaman aku dan kalau nak, kau boleh ambil iktibar. Itu je.
Aku juga tak suka pada penulisan-penulisan berbentuk ceramah dan bermotif nak mendakwahkan orang. Namun aku hormati setiap hak orang untuk ‘bikin seni’ dan mereka juga sama macam aku. Ada objektif mereka.
Aku juga sedar seni juga adalah salah satu cabang untuk semua itu. Jadi gunakanlah ikut kehendak kau, tapi pastikan ianya bagus terutama dari segi persembahan. Kalau persembahan tu bagus, aku tak akan ada apa-apa masalah, lantaklah apa tujuan aku tak kisah dah. Tapi kalau kau buat persembahan teruk, lepas tu ada hati nak nasihat orang, aku rasa macan nak hempuk kau dengan kerusi yang aku duduk tengok show tu.
Azri Ali : Ceritakan tentang Paradoks.
Aloy Paradoks : Paradoks adalah nama pena aku masa di sekolah dulu. Saja suka-suka nulis konon nak jadi macam Loloq. Kemudian pada tahun 2009 aku tubuhkan Paradoks dengan kawan-kawan aku yang merupakan serpihan dari kelab teater di UiTM. Dari situ diadakan satu event kecil yang mana pada mulanya di sebuah rumah flat yang sempit serta panas.
Aku ingat lagi, tetamu event pertama itu adalah lebih kurang 50 orang. Kami anjurkan majlis puisi, akustik dan monolog. Kemudian dari situ, dari sehari ke sehari event kami makin mendapat sambutan dan kami mula berusaha untuk mencari tempat yang bagus bagi tujuan itu.
Objektif awal adalah untuk memberi ruang pada anak-anak muda yang perlukan ruang untuk mereka beraksi dengan kerja seni mereka. Tapi lama-lama aku makin muak dengan sikap budak-budak yang poyo ni. Setiap kali event aku akan hadapi masalah kelewatan mereka untuk datang buat show. Kritik kerajaan, kritik sistem tapi diri sendiri bangang.
Matlamat asal untuk bantu beri ruang pada anak-anak muda itu sekarang aku jadikan aktiviti sampingan saja dan hanya tinggal beberapa event yang aku kekalkan. Contohnya macam MIMPilem. Event ini menayangkan filem pendek, jadi filem kami ambil awal dan tiada lagi masalah kelewatan membuat persembahan. Kedua event PLORE. Ini adalah event jelajah dan berbusking. Semua perserta mesti sertai perkhemahan sehari sebelum acara kerana ia diadalah di luar KL. Jadi masalah lewat tak timbul lagi sebab semua dah berkumpul sehari sebelum.
Event2 seperti akustik dan puisi telah kami stopkan kejap, sebab aku malas nak pening kepala pasal budak-budak yang rasa dia ‘top’ni.
Azri Ali : Apa arah perjuang teater kau?
Aloy Paradoks : Playwright dekat Malaysia dah mati, dan perlu dibangkitkan kembali.
Kebanyakan pelajar teater aku tengok, mereka terikat pada dunia skrip era tahun 80an dan 90an. Tak salah untuk belajar benda itu dan memang itu yang perlu sebenarnya. Tapi masalahnya bila berlaku keterikatan pelajar kita terhadap perkara itu.
Bila orang semua tertumpu pada karya lama dan setiap kali pementasan asyik nak mementaskan karya yang sama juga, maka apa akan jadi pada perkembangan penulisan di bidang teater. Mungkin akan mati atau lumpuh, kerana ketiadaan naskah-naskah baru yang lebih segar dan mengikut nafas kontemporari semasa.
Untuk projek pertama dalam kuliah dulu pensyarah suruh aku arahkan satu teater dan pilih mana-mana skrip yang aku rasakan sesuai. Bila aku katakan kenapa tak kita tulis baru? Aku mendapat bangkangan.
Akhirnya untuk projek itu aku ambil sikap diam diri dan akhirnya lagi seminggu menjelang pementasan aku tunjukkan apa yang dah aku usahakan. Skrip yang aku tulis dan arahkan sendiri. Kemudian alhamdullilah lecture benarkan, dan ramai pelajar bangkang aku pula sebab bawa skrip sendiri.
Dari pementasan itu aku belajar banyak benda. Aku belajar apa yang perlu aku elakkan dalam pementasan akan datang dan apa yang perlu dikekalkan. Mungkin persembahan itu tidak sebaik mana sebenarnya, tapi apa yang pasti itu adalah titik tolak dan setiap penggiat teater harus bermula dengan langkah pertama itu. Jika tidak percayalah, sampai situlah sajalah teater dekat Malaysia. Balik-balik naskah yang sama.
Azri Ali : Apa yang membezakan kau dengan pejuang-pejuang teater lain?
Aloy Paradoks : lihat pada naskahnya. Aku sebenarnya kerap dan sengaja membangkitkan isu-isu yang orang angap klise. Tapi cabaran pada diri, ialah bagaimana untuk membuatkan ianya kelihatan lain yang telah ada dan bagaimana aku nak memberikan nafas baru yang lebih segar.
Dan satu lagi mungkin perbezaan aku ialah aku dengan sengaja juga menulis bahasa-bahasa yang tidak realistik. Aku sengaja membungankan bahasanya dan aku nak menberi cabaran pada pelakon, bagaimana mahu melontar dialog begitu tetapi dengan cara yang bersahaja dan sempoi. Aku mahu ia kelihatan seperti natural dari segi pengucapan.
Dan aku jadi masalah bila mendapat pelakon yang tak faham misi tersebut. Mereka akan melakonkannya seperti ‘drama sangat’ bila diberi ayat sebegitu. Maknanya mereka gagal dalam cabaran itu dan tak hebat.
Perkara lain ialah aku tidak selesa berkerja dengan mereka terlalu nak menjadi kan persembahan itu bagus. Aku suka bekerja dalam keadaan tenang dan gembira. Ayat ini semua orang cakap begitu, tapi berapa ramai yang betul? Aku tertekan bila pelakon itu terlalu mencuba untuk menjadi bagus. Sebab aku lihat banyak kegagalan pada mereka yang sebegitu.
Terlalu bersungguh membuat seluruh produksi tertekan dan tak berkembang pemikiran kreatif mereka. Aku percaya itu.
Tapi kamu jangan ingat tak serius pada waktu latihan. Aku dah beberapa kali gugurkan pelakon pada saat-saat akhir menjelang show kerana mereka tak hormat pada waktu latihan. Ada beberapa persembahan yang lepas mungkin orang melihat aku berlakon dalam teater aku sendiri, itu maknanya aku adalah pelakon ganti kerana pelakon lain dah aku singkirkan beberapa hari sebelumnya.
Pernah pada satu keadaan, aku membuang pelakon utama beberapa jam sebelum persembahan kerana gagal membawakan watak. Jadi aku tidak terlalu serius dalam latihan, tapi serius dengan apa yang aku buat.
Azri Ali : Apa pandangan kau tentang teater di Malaysia, mainstream dan indie.
Aloy Paradoks : Secara kasarnya selepas semakin banyak universiti yang menawarkan pegajian Seni Persembahan di Malaysia, itu satu perkembangan baik terhadap bidang seni sendiri. Tapi harus diingat, kalau mereka masih lagi kekal kebergantungan pada naskah lama yang macam aku cakapkan tadi. Maaf, tak membawa apa-apa makna sebenarnya.
Ada orang bertanya aku, mana lebih penting untuk membikin seni. Nilai seninya atau nilai komersial? Dan aku menolak serta menghina pada pertanyaan sebegitu. Jangan fikir seni atau komersialnya, fikir bagaimana hendak bercerita.
Buat dulu cerita yang bagus, kenakan dengan konsep. Bukankah membuat cerita yang bagus itu juga adalah seni dan komersial sekaligus. Ini kadang-kadang cerita tak power mana dah fikir nak buat seni-seni dulu. Akhirnya jadi tak berseni langsung.
Azri Ali : Macam mana kau rasa kita boleh mengembangkan industri teater di Malaysia?
Aloy Paradoks : Soalan ini agak ‘kerajaan’ sikit bunyinya. Baik berbalik pada isu yang aku cakapkan tadi. Diri pelajar seni dan aktivis itu sendiri. Jangan tuding jari pada mana-mana badan, pertubuhan atau kementerian. Mereka memang dicipta untuk menggelapkan masa depan teater.
Para pelajar teater kena bangun, sedar dan jangan hidup dalam dunia angan-angan mereka. Banyak kawan-kawan yang aku tengok di dalam universiti mereka ‘gah’ dan ‘hebat’. Tapi bila tamat pengajian kena ‘pukul’ dengan aktivis-aktivis luar. Jadi pandangan aku, jangan jadi ‘jaguh kampung’.
Masa kita belajar, kita buat show RM 5 kawan-kawan datang tengok. Bila dah habis belajar baru rasa. Baru tahu getir macam mana bersaing dan buat show di luar.
Dan kita juga tak boleh mengharapkan kawan-kawan yang datang sokong. Sampai bila, setiap pengkarya cuba bina scene tersendiri kerana yang akan menonton untuk jangka panjang nanti adalah crowd. Bukan kawan-kawan.
Kemudian bikin seni jangan berhenti. Biar lantak lah Istana Budaya nak buat musical macam mana pun, ambil artis berlakon ke? Itu adalah resipi mereka untuk terus kekal. Tapi kita, jangan berhenti cepat sangat. Habis belajar cari peluang, redah mana-mana tempat buat persembahan. Lama kelamaan bila dah menjadi fenomena baru kau akan nampak apa yang aku cakap.
3 komen:
Best-best! banyak yang aku setuju.
Bila nak bole aku interview hang pulak nih?
"Aku lahir 1984, bintang Taurus. Jadi dari situ kau boleh kaji kecenderungan teater-teater aku. Orang bintang Taurus ni cepat bertindak dan cepat juga menyesal. Aku juga anak tunggal, jadi aku ada masa yang banyak untuk diri aku sendiri. Dan mungkin sebab itu juga kebanyakan teater aku berbaur "lonelyness"."
- tu bukan collective unconscious dari carl jung... kalau pakai jung maksudnya apa yg kau ekspresikan tu adalah arkitipe primordial bangsa kau yg melekat dalam alam bawah sedar kau... yg kau cakap tu pakai freud kenelah... trauma masa kecil... kau balik study dulu sebelum suruh org lain study...
entahnya? kau balik study dulu sebelum suruh org lain study...
Post a Comment