05 December 2011

Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar.

Apa benda yang menarik tentang 1Plastik Hitam ni ialah, lu orang boleh mengundi mana satu pelakon kegemaran. Kerana ini adalah minggu ke 9 rancangan Realiti Show Rupa Bukan Sekadar Berbakat Besar. Para pelajar pada minggu ini telah diberi peranan dalam pementasan 1Plastik Hitam berdasarkan rupa mereka.

Jadi pelajar yang mendapat undian terendah pada minggu ini, akan tersingkir dan tak layak beraksi di pentas Grand Finale pada minggu hadapan. Semua itu ditentukan oleh lu orang dengan undian SMS. Maka penggunaan telefon bimbit dibolehkan semasa menonton teater ini, tapi pastikan berada dalam mood senyap. Jadi undilah sepanjang show berlangsung dan jangan tunggu hingga ke akhir pementasan di saat-saat undian hampir ditutup. Kerana setiap undi akan menentukan siapa yang akan tersingkir pada minggu ini.

Penonton yang menentukan pengakhiran, dan penonton penentu segala keputusan.

0 komen: