Di seberang jalan sana, Dia sedang fokus kearah kanvasnya. Tak sekalipun terlihat yang Dia terganggu dengan orang-orang sekitar. Dia benar-benar hilang dalam dunianya, mampu memisahkan segala keanehan yang berada di sekeliling.
Gadis penjual wajah kesempurnaan itu sudah 2 tahun di situ. Menipu setiap pelanggan yang mahu dipotretkan wajahnya. Dan yang hairannya, bagaimana mereka tidak sedar langsung akan ketidak jujuran Dia?
Satu hari aku melihat seorang Kakak yang ngeri wajahnya, datang membuat tempahan. Tegas mahukan hasilnya nanti sangat-sangat menyerupai dirinya. Seminggu berlalu, Kakak berwajah ngeri datang kembali mengambil potretnya. Sempurna, hasilnya wajah potret begitu sempurna tanpa tanda-tanda kengerian.
Tapi Kakak itu bagai tidak perasan pada penipuan yang berlaku. Malah lagi gembira.
Jadi aku terfikir, jika Dia mampu menipu sebegitu ramai orang. Kenapa pula aku bagai sudah tak mampu lagi untuk menipu diri aku sendiri. Dia...
2 komen:
deep!
...jual kata...
Post a Comment