27 December 2011

Nota BERSIH

Dari nota penulis dan pengarah BERSIH.

Cerita BERSIH ni sebenarnya biase-biase je. Tak ada nak hentam kerajaan, pun tak ada nak sokong pembangkang. Dia takat macam sembang-sembang kedai kopi je la. Hujung pangkal balik ke baroh ke darat macam tu la jugak. Cuma untuk pertama kali rasanya gua tulis teater yang tak ada adegan-adegan ghairah dan cium mulut. Bunuh-bunuh pun tak ada kali ini.

Ini cerita tentang dua orang tukang cuci. Atau pun tukang sapu sampah dekat KL selepas tempat tu diadakan satu perhimpunan pada satu hari di tahun melenium ini.

Kan? Nampak kan? Dia tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul tak ada kena mengena. Tak percaya lagi? Untuk teater skala kecil gila macam ni, jumlah krew adalah 3 orang. Seorang pengarah dan merangkap teknikal jugak, serta 2 orang pelakon. Maka kun fayakun jadilah ia.

Kurang dari 20 jam dari sekarang, naskah pendek ini akan dipentaskan. Dan masa gua tengah tulis nota ni. Produksi lain rasanya tengah sibuk berlatih dan buat set dekat panggung nun. Jadi ada baiknya gua masuk tdo sekarang.

0 komen: