15 December 2011

Kuala Lumpur, Kerana Dia.

Aku bangun pagi ini Dia masih duduk diam di sofa. Mungkin sedari malam tadi Dia tak berganjak dari melihat terus ke arah aku. Mata Dia redup, tapi aku tahu hati Dia panas sekarang.

Segelas racun masih tersedia seperti malam tadi juga di atas meja. Jelas tak terusik. Cecairnya tenang.

"Awak pasti dengan keputusan ni?" Dia diam. Tapi aku tahu jawapannya.

Aku bingkas bangun menuju tingkap. Dari balkoni ini terlihat Kuala Lumpur sedang memulai harinya. Berpaling, bersandar ke dinding balkoni. Cuba tersenyum kearahnya. Tidak berbalas. Tiada riak walau sedikitpun. Tapi aku tahu Dia sebenarnya tidak begitu.

Semalam sewaktu aku di katil bersama Sofia, berbogel. Dan tika Sofia berada di atasku, Dia masuk meluru dengan tiba-tiba. Berdiri tegak di muka pintu, wajah pucat kecewa terkejut. Sementara Sofia meneruskan pacuannya, aku telah kaku di situ tak terduga. Dia...

Dan malam tadi, pujukan cuma satu. Untuk menebus dosa ini.

Sekarang Dia masih diam menunggu penyucian dosa semalam. Sekali lagi aku memerhatikan Kuala Lumpur. Masuk ke dalam dan duduk mengadap meja dan dirinya.

"Baiklah sayang, jika itu yang kau mahu"

Gelas racun tadi sudah erat aku genggam. Perlahan demi perlahan keperitan mengalir di tekak ini. Hingga titisan terakhir.

Saat aku rebah dan terbang, Dia menangis menekup mukanya meratapi semua ini.

3 komen:

Nadia said...

tak apalah, andai itu dapat sucikan dosa kecurangan awak pada Dia, Dia relakan awk pergi dgn kehendak Dia sendiri.


naDia ;)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Amende bogel bogel ni aloy?

bias® said...

tak apalah, andai itu dapat sucikan dosa kecurangan awak pada Dia, Dia relakan awk pergi dgn kehendak Dia sendiri.


biAs ;)