04 December 2011

Brader Pelakon Hong Kong

Cuba tengok muka brader dekat atas ni. Powerbetul ! Ini la pelakon baru dari Hong Kong. Tapi anak kelahiran Malaysia. Brader ni merupakan penulis dan pengarah teater 1Plastik Hitam. Syahrul Fitri Musa, pemegang diploma seni persembahan dari Institut Teknologi Seni Malaysia. Kemudian menyambung pengajian peringkat Degree di Universiti Malaya juga dalam bidang sama. Masih belum berpuas hati, jadi terus membuat Master Seni Persembahan di Universiti Sains Malaysia pula. Kini bertugas sebagai pensyarah tetap di Fakulti Teater UiTM Puncak Perdana.

Selain berjinak-jinak dengan seni K-POP, beliau juga banyak menulis dan mengarah teater.
Antara karya penulisan dan arahannya sebelum ini ialah :

1 . Jerjak
2 . Meja Bulat
3 . Catan Buat Zuriat
4 . Seribu Peluru Untuk Aku
5 . Isteriku Tiada Susu.

Beliau juga telah mengarah EPAL HIJAU DI LUAR PAGAR, sebuah filem pendek usahasama dengan FINAS.

0 komen: