17 November 2011

Respon!

Ada pelbagai respon selepas Teater Juta-Juta (TJJ) di pentaskan di Putrajaya. Secara luaran ramai yang mengatakan tahniah dan bagus. Tetapi secara sembunyi dan belakang-belakang ramai juga yang mengatakan bahawa kami telah mula melibatkan politik dalam hal membudayakan seni dan mereka kecewa untuk itu. Kononya. Aku tahu. Tapi tak ada siapa yang berani bersemuka dan bercakap tentang hal ini. Macam biasa, bacul dan hanya tahu berkata-kata. Lagipun aku memang dah lama tak tumbuk muka orang.

Ada komen juga mengatakan bahawa kami ibarat 'masuk bakul angkat sendiri' apabila terlalu meng'up'kan produksi TJJ ini. Ejekan 'jangan terlalu mendabik dada selepas mementaskan di hadapan Istana Kehakiman' adalah sesuatu yang bodoh dan bangang.

Jika dilihat pada marketing, adalah sesuatu yang 'bastard' jika aku melarang orang dari melihat pementasan ini, dan pasti aku akan katakan ianya bagus. Kerana jika tidak, kenapa aku tergamak terlibat di dalamnya? Kau fikir aku sangup terlibat selama berbulan-bulan di dalam sebuah produksi bangang?

Aku secara peribadi menolak pemahaman politik dalam hal ini. Aku tidak pernah mengambil kira 'ras' politik mereka yang ingin berkerjasama. Kami berkerja sebagai sebuah produksi profesional dan berpegang pada apa yang ingin kami bawa dalam pementasan ini. Tidak ada pula sepanjang ingatan aku yang aku terpaksa menambah dialog 'memuji kerajaan atau mengutuk pembangkang dalam pementasan di Putrajaya lalu.

4 komen:

Luca DK said...

ah kau. sikit emo.

nousya said...

bagus

BonekadalamChermin said...

rileksla aloy
ni la org namakan


ASAM GARAM

Anonymous said...

lek beb..peduli ape org mahu kata.yg penting ape yg perlu di pertontonkan.politik atau x itu bukan soal nya.ingat.mana2 politik xda 1 pun politik yang boleh tolong org susah macam kita.