Semalam berakhir pementasan musim kedua Teater Juta-Juta yang di bawa ke Putrajaya pula. Dengan kapasiti kerusi 180, rata-rata penonton yang hadir pada 4 malam pementasan hampir memenuhkan panggung, hampir. Kecuali pada persembahan matinee yang mana bilangan kerusi kosong lebih banyak dari yang di isi. Tapi menurut Amir Muhammad, itu ok, sebab bilangan penonton masih melebihi bilangan pelakon di pentas.
Dan ok jugak sebenarnya, kerana ada pengalaman pada beberapa group lain, yang mana mereka punya bilangan pelakon yang berpuluh-puluh di pentas, tapi pada satu petang itu penontonnya hanya 2 orang. Dan pernah juga di mana ada persembahan yang hanya menampilkan satu pelakon, dan juga rupanya ditonton oleh seorang penonton. Sama. One man show for one man audience. Malah ada juga dalam sejarah persembahan matinee dibatalkan kerana tidak ada penonton.
Dari pengalaman aku mengarahkan sesebuah produksi, hanya sekali pernah melakukan show matinee iaitu Hegemoni. Dan dalam ruang stor yang mampu memuatkan 90 orang (bersesak) itu sebanyak 20 kerusi yang terisi. Kemudian pada persembahan seterusnya, Merocok-Rocok aku tidak membuat matinee walaupun ada permintaan, atas alasan pelakon perlukan rehat yang lebih. Kerana itu adalah sebuah persembahan permainan randai yang sangat meletihkan.
Pada persembahan matinee Teater Juta-Juta ini sebenarnya bilangan audience yang sepatutnya hadir adalah ramai dari apa yang tercatat di buku rekod tempahan. Tapi mungkin kebanyakan akhirnya tersesat atau mungkin juga terpesona dengan keindahkan seni reka bangunan dan Putrajaya. Asyik mengambil gambar hingga akhirnya terlepas waktu pementasan. Mungkin benar.
Rata-rata dari proses pencerapan dan juga temuduga (berborak), aku dapati 90% dari audience adalah merupakan crowd teater sekitar Lembah Kelang. Mereka ini yang menonton persembahan sama dan persembahan lain di Stor Teater dulu, mereka yang plan nak datang musim pertama tapi tak sempat, mereka yang dulu datang tapi tak tempah, dan akhirnya tak dapat masuk sebab penuh, dan mereka yang selama ini tahu kami buat teater tapi tak pernah datang.
Jadi penggemar teater di sekitar Lembah Kelang, adalah tergolong dalam mereka-mereka yang setia pada aku. Dan memang dari awal aku dah duga, mereka-mereka ini jugalah yang akan datang. Cuma aku tak terlalu menyangka bahawa sambutan orang Putrajaya tersangat dingin. Tapi aku percaya jika dengan promosi yang tepat digerakkan di tempat mereka, mereka akan sedar dan hadir menyaksikannya.
Tapi kami sebenarnya masih boleh berbangga jika mahu diikutkan. Sebagai perintis pastinya ia akan berdepan dengan cabaran penerimaan masyarakat yang tidak terbiasa. Dan itu memang berlaku. Tapi ini pementasan pertama yang dalam erti kata "Teater yang sebenarnya Teater" di pentaskan di Putrajaya, dan setiap pementasan tidak kosong. Malah mendapat sambutan. Syukur Tuhan.
Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang setia dan tidak menghampakan. Terima kasih banyak.
1 komen:
berteater bukanlah satu seni yang menjadi budaya penghuni putrajaya. kau kena pecahkan tempurung tu. cabaran...
Post a Comment