Siang tadi ada satu awek call gua. Gua bizi masa tu, jadi gua suruh dia call lagi sejam. Lepas sejam, betul! Dia call balik. Lepas borak-borak ntah apa benda kami putuskan talian. Gua plan malam nanti nak bagitau kat Fazleena Hishamuddin (Faz) pasal ada awek call gua tadi tu. Mana tahu kalau-kalau dia jeles.
Tapi ntah neraka apa! Gua boleh lupa terus pasal hal tu. Sampailah kejap tadi, Nazri M.Annuar letak satu benda kat fesbuk gua. Harai betul...
Baru gua ingat... Faz tercalon untuk Best Actress BMW Shorties bersama 4 lagi finalis lain. Itu yang gua nak cakap dekat dia tadi. Tapi ntah setan apa boleh tak ingat pulak. Gua sebenarnya bukan apa, gua tak berapa nak boleh sangat tengok short filem ni. Tu sebab gua lupa kot.
Kalau nak tengok short filem tu KELIK SINI !!! Gua tak boleh tengok dah.
Tahniah untuk Fazleena, kau tercalon pun aku dah cukup happy. Kalau nak ikutkan tak ada la art dan power sangat benda ni. Dan gua tau, lepas ni ada yang akan kata "eleh tak ada la best mana".
Terima kasih pada semua yang membantu.
Sufian Abas, Nazri M.Annuar, Bainun Waheda, Shyrudin, Fazleena, Amar Amir, Fariza Hishamuddin, Rayza MukMin, Nik Adam, Haan Yusof dan cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul la rekaan. Haraiii tak percaya. Betul rekaan semata-mata. Gampang apa? Gua dah cakap rekaan, rekaan la.
Tak percaya lagi?
k/k : Gua harap-harap lepas ni, filem panjang yang gua arahkan bersama Nazri M.Annuar awal tahun hari tu, masuk la panggung tahun depan hendaknya. KONTRADIKSI !!!
____________________________________________
Itu benda lain, ini pulak benda lain. Kalau lu rasa nak beli novel gua yang tajuknya Nurul Asyikin tu, sila beli. Novel ni pun memang ada orang yang tak puas hati dengan kewujudannya. Sama macam filem dekat atas tadi tu.
Ceh celake! Boleh pulak ada kena mengena lagi.
KELIK SINI !!! dan beli novel gua. NURUL ASYIKIN.
3 komen:
sebenanya lu adalah mat romeo itu! perghh bertuahnya nad eh nadia ehem! btw congrates fazleena :)
Ye saya. Aloy panggil sy ke?
nadia...bertuahla org nama nadia...apapun nadia mst sgt terharu ada peminat...apapun sy mendoakan aloy jumpa dgn perempuan yg awk impikan,dan dapat kad atau surat dari pmpusan itu pada tiap raya,bday,krismas....sbb sy pun suka dpt kad dan surat ni..oldskool,,,
Post a Comment