05 November 2011

Lampu Merah

Putrajaya benda yang aku paling leceh sekali traffic light. Banyak sangat, jalan sikit nak kena berhenti, jalan sikit nak kena berhenti. Dulu aku dengan Shyrudin pernah kena kejar sekali dengan polis pasal tak berhenti masa lampu merah.

Tau-tau dari belakang dah keluar bunyi siren sekali dengan lampu warna-warni tu. Memandangkan Nissan Sunny tu payah nak pecut, maka kami tak boleh lari jauh. Betul-betul atas jambatan Seri Warisan tu kami ditahan dengan cara kereta polis membuat drift dan berhenti mengejut depan kami.

Aku kool, atau cuba berlagak cool. Tapi polis tu memang panas la. Dia soal Shyrudin kenapa tak berhenti masa lampu merah tadi, lepas tu cuba nak lari pulak.

"Mana saya tahu encik ada dekat belakang tadi, tak perasan. Kalau saya tau la encik ada tentu kami berhenti tadi." - ujarku sambil menyeringai.

Itu kes pertama, kes kedua lagi sekali aku dengan Shyrudin tak berhenti masa lampu merah. Pun lagi sekali tetiba ada polis kejar dari belakang. Tapi kali ini kami tak pecut lari, sebab dah tahu reputasi kereta tu macam mana.

Polis suruh kami keluar, kami keluar. Sebelum dia tembak baik ikut je apa dia kata.

*****

Sejak akhir-akhir ni aku makin kerap ke Putrajaya, pertama kerana atas urusan penganjuran Teater 10 Minit Putrajaya. Kedua atas urusan pementasan Teater Juta-Juta Ke Putrajaya yang bakal dipentaskan di sana nanti.

Selasa hari tu masa sidang media diadakan, kami berempat pelakon dan pengarah diumumkan sebagai aset terbaru seni di Putrajaya. Aset ni setahu aku benda yang ada harga.

Jadi lepas ni plan, kalau jalan dekat sana aku dah boleh langgar lampu merah ikut suka aku.
Kalau polis tanya, cakap je aku "adalah aset". Peduli apa?

Ini adalah benda paling power yang aku rasa aku nak buat dekat sana, sebab selain dari Perdana Menteri dan Menteri, siapa lagi yang ada power boleh jalan masa lampu merah?