-untuk Shyrudin
Satu hari kami sedang dalam perjalanan yang panjang. Dalam sebuah kereta lama, usang dan enjinnya mula tersangkut-sangkut jika mendaki bukit. Dia memandu dengan tenang, tidak seperti biasanya yang akan membuat aku sangat syukur jika hidup lagi selepas itu.
Awan petang semakin cantik. Tingkap dibuka, udara segar kawasan pergunungan menderu-deru masuk mengerbangkan rambut kerintingnya. Atau dalam erti kata lain, kereta itu tidak punya apa itu ekon.
Aku diam menikmati pemandangan kiri kanan, dia bercerita entah apa yang bukan-bukan; seperti biasa.
Telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk. Gadis yang diminati baru menerimanya sebagai teman baru di fesbuk, dan tambah mengujakan mesej peribadinya di inbox di balas di sini. Jujurnya awak. Balas mesej itu dari yang sebelumnya berbunyi begini ; awak, mesej ini akan menghancurkan hati ramai perempuan lain. Saya suka awak, sebab apa saya suka awak saya pun tak tahu. Tapi macam itulah. Saya tak yakin kita akan jumpa lagi, jadi saya fikir nak add awak dekat sini saja. Hmmm, macam tu lah. Saya tinggalkan sekali no telefon saya untuk awak hubungi kalau sudi, sebab saya jarang online. Hmmm macam tu lah.
Dia menjerit kegirangan. Seolah tidak percaya atau entah apa aku sendiri tak pasti. Tak sia-sia dia meninggalkan no telefonnya tadi.
Selepas menerima mesej itu, sepanjang episod ini aku melihat senyuman terukir di wajahnya sepanjang masa. Senyuman yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Dan aku harap senyuman itu akan kekal untuk selamanya. Mungkin jika ini dalam filem aku akan gambarkan ia penuh dengan bunga-bunga bertaburan, dan pohon-pohon rendang berbunga lebat merah jambu di sepanjang jalan kami. Dan kereta buruk itu bertukar menjadi betik oren yang beroda. Ok betik adalah tidak romantis, jadi aku tukarkan betik itu kepada strawberi saja. Bagaimana?
Untuk episod akan datang aku sendiri tidak pasti apa akan terjadi. Kerana mungkin kau akan gembira dari gembira yang pernah aku lihat dalam diri kamu, atau menangis seperti sebelum-sebelumnya juga.
Sebelum ini, kau ada aku. Tapi kini kau sudah ada aku dan dia. Namun jika kau kehilangan dia, aku tetap ada. Sama.
Aku tahu, kau selama ini sunyi, dan aku percaya kau akan kembali begitu juga nanti. Ketika itu, sabarlah kawan.
2 komen:
terpaling syahdu. dan diakhir waktu, kau masih punya aku :D
bersabarlah sayang.
Post a Comment