Ok, gua memang banyak projek merapu dan bukan-bukan. Yang ini lagi satu projek merapu yang gua nak buat.
SeLUT Press adalah kampeni yang gua dan Sufian Abas tubuhkan untuk mengkucar-kacirkan bidang penulisan ni. Dibawah nama besar label ini kami akan menerbitkan pelbagai genre novel di Malaysia. Tak lama lagi kami akan keluar dengan naskah-naskah yang telah siap dan tunggu masa untuk pelancaran saja. Tapi, sebelum itu ;
Kemudiannya dari SeLUT Press kami pecahkan lagi kepada imprin-imprin ;
1) SeLUT Press (imprin induk) ; Menerbitkan novel-novel perbagai genre.
1) SeLUT Klasik (imprin kedua) ; Menerbitkan novel-novel terjemahan atau adaptasi dari karya yang telah menjadi lagenda.
2) SeLUT Seram (imprin ketiga) ; Menerbitkan koleksi fiksyen dan non-fikyen yang bergenre seram.
Anda di alu-alukan untuk menulis dengan salah satu imprin tersebut. Cara-caranya.
SeLUT Press
-Hantarkan sinopsis novel anda, berserta bab 1 dan bab 2 untuk kami nilai. Kemudian jika melepasi pra-syarat kelayakan anda akan diminta menulis keseluruhan novel tersebut.
SeLUT Klasik
-Hubungi kami, dan kemudian anda akan diberikan satu helai mana-mana bahagian dari novel Inggeris untuk diterjemahkan. Jika lepas syarat kelayakan, anda akan diberi tanggungjawab penuh untuk mengadaptasikan sebuah novel bahasa inggeris ke bahasa melayu. Tebal novel tersebut mestilah antara 150ms hingga 200ms. Naskah yang perlu di adaptasi akan di beri oleh kami atau anda berhak memilih naskah kesukaan, namun mestilah mendapat persetujuan penerbit terlebih dahulu. Kerana bukan semua karya boleh diterjemah sesuka hati.
SeLUT Seram
-Namanya pun dah tahu. Tulis sinopsis penuh, bab 1 dan 2 kepada kami. Kemudian jika lepasi kelayakan, jadi tulis sebuah fiksyen atau non-fikyen yang bergenre seram. Jumlah patah kata dalam lingkungan 40 ribu hingga 50 ribu perkataan.
Berminat untuk menjadi penulis kami dan mahu turut serta? emailkan pertanyaan dan sebarang rungutan anda ke ; selutpress@gmail.com
9 komen:
Nak try selut klasik.
sila emailkan ke selutpress@gmail.com
imprin ketiga .. O.O
kamu sudah expanding!
tahniah!
nak anta arya, aku bukan penulis...
tp aku pembaca...akan aku cuba dapatkan naskah yg keluar!
ah, buku tak keluar2 lagi pun.
imprin itu lah, imprin inilah.
Linda Zizan:
:)
@tune :
Terima kasih banyak.
Nurul Asyikin (luca D.K) :
Selut dah keluarkan dua buku, Sayap-Sayap Patah dan Berontak Jiwa. Akan datang dua buat lagi novel yang sudah siap draf pertama.
menariknya
tak ada dateline ke menda ni?
oh ni lah cerita hari tu eh ...
boleh tahan juga ni
Post a Comment