05 October 2011

Dia belum mati, belum.

Dia belum mati, belum. Sekurangnya belum mati dalam hati. Cuma sekarang gua tengah bizi, jadi tak sempat nak tulis curhat-curhat di sini. Dan gua tetap berharap Malaikat segera kembali, untuk meniupkan sangka kala kali kedua sekali lagi.

Sebab menunggu penulis-penulis muda ni siapkan novel mereka lambat sangat, gua gesa penulis yang tak berapa nak muda, tapi muda-muda roh dan jiwanya untuk jadi penulis pertama SeLUT Press.

Novel Sayap-Sayap Patah karya Kahlil Gibran, yang diadaptasi sesuka hati oleh Sufian Abas telah kami terbitkan. Ye! Sufian Abas !!!

Cetakan terhad telah dijual di Pekan Frinjan Shah Alam yang lepas. Jadi lagi sekali ia dicetak dalam kuantiti yang terhad-30 unit sahaja, akan di pasarkan pula di Ipoh nanti (8hb Oktober 2011)

Sayap-Sayap Patah diterbitkan oleh SeLUT Press, dengan satu dari sayapnya iaitu SeLUT Klasik. Adaptasi ini akan disusulkan bersama dua lagi adaptasi lain, juga dari Sufian Abas. Tajuk dirahsiakan. Jadi hingga hujung bulan nanti, SeLUT Press di bawah sayap SeLUT Klasik, akan mengeluarkan tiga koleksi adaptasi kesemunya.

Orang-orang Ipoh dan sekitarnya moh ke Uptown Ipoh-Ruang Rabak berhadapan Ipoh Parade bermula jam 6 petang - 12 tengah malam. Bahawa pulang Nurul Asyikin anda, bersama Sayap-Sayap Patahnya.

Ini la bendanya.

Gua dengar orang Ipoh ramai lagi yang tak baca, apa cerita?

Cover tu, salah satu dari Show teater yang gua buat tak lama dulu.

Buku ni gua tak pasti lagi berapa banyak. Ada dalam 5 unit je kot rasanya. Nasib la sapa dapat.


1 komen:

Nadia said...

Dia belum mati! Belum! Sekurangnya belum mati dalam hati...