08 August 2011

Rama-Rama Rapuh

Hari ini dia tidak boleh terbang. Sayapnya perlahan demi perlahan telah relai satu persatu ke bumi. Telah beberapa hari Malaikatnya tidak datang, tidak bertanyakan khabar dan dia semakin sendiri. Namun dia tetap gembira kerana dia percaya ini adalah sebahagian dari kisah-kisah menarik yang akan menjadikan hari matinya nanti begitu indah.

Seminggu kemudian kesemua sayapnya telah gugur. Dia meneruskan hidup seperti biasa di kepompong buruknya. Menunggu Malaikat datang kembali untuk memberikan sayap baru. Masa ini, sebenarnya keadaaan adalah lebih baik untuk Malaikat itu tidak berada di sini. Dia percaya Malaikat itu tidak melupakannya, cuma Malaikat perlu berada di satu tempat yang lain dahulu untuk mengajar dia menjadi seekor rama-rama sebenar-benarnya.

Nanti-nanti, datanglah Malaikat itu. Memberi sayap baru yang kuat, kukuh dan kekal untuk dia terbang sejauh-jauhnya.

8 komen:

Nadia said...

*perasaan campur-campur*

SynicalMind said...

si rama-rama yang pandai menyedapkan hati sendiri walau sedar dia kini dah hampir sampai ke penghujung kitaran hayat. ya, malaikat akan datang lagi, pasti. cuma bukan membawakan sepasang sayap yang baru, tapi untuk menjemputnya ke dunia baru yang dia tak perlukan sayap untuk terbang...

aloy_paradoks said...

Nadia : sama la... hehehehehe

Synical Mind : ye, betul jugak tu, salah tak ada salahnya.

SynicalMind said...

apa kena bai malam2 ramadhan ni bagi rerama pulak. kalau bulan lain mesti setan yang datang. setan yang berupa bidadari datang bawak sayap emas tapi sebenarnya sayap sakti yang hanya mampu membunuh jiwa pemakainya. hahaa...!

sha83@kaizer said...

entri ni msh ada sambungn lg ke? nak gak tau kesudhannya ...

aloy_paradoks said...

Synical Mind : lu mmg synical mind..

Sha83@kaizer : dia tetap terus menunggu malaikat datang, dan dia percaya malaikatnya akan datang.

aloy_paradoks said...
This comment has been removed by the author.
SynicalMind said...

hahahaa... gua nak twist sikit je lu punya cerita.