"Aku mahu terbang menjejak di mana hujungnya pelangi". Harap dia terpesona dengan keihklasan keyakinan hujahku yang gementar ini. "Kamu fikir kamu akan lebih sempurna begitu?" Aku diam tidak terus menjawab. Cuba mencari-cari kalau-kalau ada jawaban-jawaban terbaik, namun buntu. Sudahnya..
"Aku fikir sudah sempurna, aku cuma mahu mencari satu keistimewa agar lebih kesempurnaan kerana aku kekurangan satu sempurna yang lain". Ah aku sendiri begitu sukar menafsirkan apa yang aku katakan.
Malaikat tidak terus menjawab, aku masih tidak berani memandang tepat ke arahnya. Suasana antara kami sepi seketika, disekeliling semua manusia yang tadi berjalan pantas menghala kebelakang terhenti kaku. Angin juga berhenti menghembus, segalanya beku kecuali kami.
"Jika kamu fikir tidak memiliki sesuatu itu adalah sebagai tidak sempurna, maka kamu silap. Tapi sebenarnya kamu adalah lebih baik begitu, kerana itu yang paling sempurna untuk kamu ketika ini"
Berhari-hari aku menyesali diri kerana kebodohan aku sendiri. Malaikat itu aku harap tidak berkecil hati dan pergi jauh lagi. Namun sejak itu aku tidak lagi menemui Malaikat ku. Tapi aku pasti dia akan datang lagi bila keadaan sudah cukup sempurna untuk berkata sesuatu nanti.
2 komen:
padan muke kau... kena basuh dek malaikat
errr... best lak baca
Post a Comment