Dan yang celakanya adalah perempuan-perempuan disitu. Mereka sewenang-wenangnya akan mengetuk pintu rumah pada tengah-tengah malam semata-mata untuk menyuruh aku menemankan mereka terbang dan mendengar cerita-cerita bosan. Pernah sekali Windy yang kemabukan memecahkan pintu kerana aku degil untuk membukanya. Sejak kejadian itu tidak berani lagi rasanya membiarkan ketukan mereka bertalu-talu lamanya. Biarlah mengantuk bagaimanapun terpaksa melayakan sahaja. Dalam kemabukan itu lazimnya Windy akan bercerita penuh emosi, aku terpaksa mencium masamnya wiski dari mulut Windy. Jika dia muntah di dada kiri aku, mahu saja rasanya aku humbankannya keluar dari tingkap. Biar pecah kepala bila mencecah permukaan jalan raya bawah sana.
Cristine itu pula orangnya bengis, pantang jika ceritanya tidak diendahkan dia akan membaling dengan segala pingan mangkuk yang terdapat di dapur. Sudah beberapa kali aku terpaksa membeli pingan mangkuk baru akibat ke amukkan Cristine yang tidak dibendung. Tapi sungguhpun begitu dia tidak mahu berusaha untuk terbang, sebaliknya hanya memaut di sayap ku yang kian patah rasanya. Aku letih melayannya meninjau-ninjau ke sana ke marai.
Claudia lebih orangnya lembut dan tertib. Jarang sekali dia mengetuk pintu rumah ku dalam keadaan mabuk. Hanya kerana kebosanan yang membuatnya perlu kepada aku untuk mencari teman cerita. Tapi jika dia bercerita aku tidak boleh memperdengarkan cerita ku juga. Dia hanya mahu aku yang mendengar ceritanya. Jika terbang juga dia tidak mahu terbang terlalu tinggi. Entahkan mungkin dia gayat barangkali.
Mungkin yang terbaik di antara mereka adalah Isabell. Wanita pertengahan umur yang kurang peramah itu sebenarnya begitu bijak membuat aku merasa bagai dihargai. Dia satu-satu yang mahu aku mendengar ceritanya dan mahu mendengar apa yang aku ceritakan. Tapi dia hanya mengetuk pintu rumah ku bila suami tuanya tiada di rumah. Mengetuk pintu bila suami tuanya sibuk bercerita dengan wanita muda lain di satu tempat yang lain. Ketika itu baru dia datang untuk bercerita.
Aku baru saja berkira-kira mahu membunuh suami tua Isabell itu supaya aku dapat mendengar seluruh cerita-cerita Isabell setiap malam-malam mendatang. Tetapi Isabell melarang keras, katanya jika aku bunuh suami tuanya dia mungkin tidak akan datang lagi untuk bercerita dengan ku. Aku tanyakan mengapa? Katanya, kerana dia masih bersama suami tua itulah dia begitu bersemangat untuk bercerita dengan ku.
10 komen:
tabik. ;)
keyword: perempuan hadir dlm hidup awak hanya ketika dia bosan?
kamon
kamon
:P
seperti mana kau perlu isabell, seperti itu juga dia memerlukan suami tuanya buat modal dia bercerita di hadapan muka kau malam-malam esoknya... (sekali lagi gua twist cerita lu, dengan izin)
kalau takde suami dia yg curang yg sakitkan hati Isabell, mestila dia takkan datang kat awak. kan kan? nanti dia dah takde nak kongsi kisah hati dia.
best :)
Bang,
Disitu harus dijarakkan - di situ - kerana menunjukkan tempat.
Cewahh...
Aiman : tabik kembali.
Boneka : erm... eh mana ada cakap mcm tu.
Synical Mind : ha, kali ni lu silap.. hahaha.. lu tak twist. Tapi mmg mcm tu lah cerita gua ni. Nampaknya lu dah semakin faham dengan cerita gua. hehehehe
Nadia : betul,, tapi skrg cuba awak lihat bercerita itu dalam kontek yang lain pula.. dalam konteks dewasa.. hehehehehe
Raihan : tq Rai...
Pegawai Khalwat : ha! terima kasih banyak,, lepas ni gua repair,, terima kasih lagi sekali.
huhu. xpndai aaa :(
Mohon singgah untuk menyampaikan berita baik!
Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!
Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:
http://diskopi.wordpress.com
Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.
Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.
Terima kaseh.
cayalah aloy,tempat tumpah carita gadis C:
Post a Comment