30 July 2011

Ros Segar Setiap Pagi

Kakinya patah 3 minggu yang lalu. Setiap petang lelaki yang sama akan datang membawa ros merah untuknya. Di balkoni merah jambu mereka akan duduk sementara menanti malam. Jika gerimis turun pada petangnya mereka akan dapat menyaksikan pelangi. Tetapi malam ini lelaki itu tidak mahu pulang. Dia mahu terus berada disitu. Kerana dia khuatir jika dia pulang lagi, dia tidak akan mampu kembali ke balkoni ini.

Kakinya patah 3 minggu yang lalu. Dirempuh motokar sewaktu keluar dari kedai ros simpang jalan. Ros-ros merah bertaburan. Lelaki yang datang setiap petang keluar dari motokar.

Hari telah lewat benar, namun lelaki itu nekad dia tidak mahu keluar dari bilik itu lagi seperti 3 minggu lalu. Jika kamu disini malam ini apa yang akan kamu janjikan untuk aku? Lelaki diam. Lama dia merenung ke padang yang luas di hadapan balkoni merah jambu. Aku hanya akan berjanji untuk erat memelukmu sepanjang malam ini. Dan jika ditakdirkan, aku akan tetap memelukmu sepanjang malam untuk selama-lamanya. Juga ros-ros segar di setiap pagi kamu. Bukan itu yang kamu mahu bukan. Dan aku senang untuk melakukannya.

6 komen:

Water Lily said...

:) suka

Mellyana Sara said...

manis. ;)

Nadia said...

kurang manis

heh heh

indahnyasisuria said...

kita tak mungkin dapat semua yang kita mahu..

Yayott. said...

Cun!

aloy_paradoks said...

Water Lily : terima kasih water lily.

Mellyana Sara : alhamdullilah.

Nadia : terima kasih. tak selalu manis yang sama.

Indahnyasisuria: erm,, betul tu.. betul sangat!

Yayot : memang dia cun,, hahahaha