29 July 2011

QARIN

Petikan Skrip QARIN

"Hari ini Aida pulang, berjanji akan datang menemui aku. Kali terakhir bertemu kira-kira 2 minggu lepas. Aida ke Singapore untuk satu urusan kerja. Aku fikir malam ini aku akan menyediakan hidangan makan malam untuknya. Biar dia berasa dirinya begitu istimewa dan dia sedar aku sangat-sangat menyanyanginya. Aida pasti suka. Aku percaya lelaki terbaik adalah lelaki yang mampu membahagiakan wanita kesayangannya. Dan kebahagiaan seorang lelaki juga adalah apabila membahagiakan wanita kesayangannya"

"Pada malam sebelum dia berangkat ke Singapore kami bergaduh besar. Aida malam itu tak seperti Aida pada malam-malam sebelumnya. Dia naik berang kerana aku tidak setuju dengan pendapatnya. Aida betul-betul marah. Tak pernah aku tengok dia semarah itu"

Aloy Paradoks 2011 - masih pelangi yang sama.

Skrip ini ditulis beberapa hari lepas untuk satu persembahan teater pendek di Putrajaya pada esok hari (Sabtu 30 Julai 2011). Bagi mempromosikan pertandingan teater 10 minit Putrajaya.

QARIN
Karya/Arahan : Aloy Paradoks
Lakonan : Nik Adam Ahmad

BANGKU
Karya/Arahan : Fasyali Fazdly
Lakonan : Fasyali Fazdly & Azhar

PRA PERKAHWINAN
Karya & Arahan : Fazleena Hishamuddin
Lakonan : Shyrudin & Amelia Aziz

Untuk maklumat layari laman INI.

0 komen: