12 July 2011

Pasca Kotak Hitam (1)

5 jam selepas Teater Kotak Hitam melabuhkan tiraikan. Perasaan suka berbaur dengan terharu terhadap sambutan yang diterima. Keadaan sama pada setiap malam, jumlah penonton hampir penuh tapi tidak menjadi terlalu padat. Keadaan selesa selesa nyaman. Ini sebuah produksi kecil yang kerjakan oleh seorang pengarah dan seorang pelakon sahaja serta dibantu oleh 3 orang krew menjelang hari hari persembahan dan juga seorang editor.

Bercerita sebagai seorang pelakon ia sangat sangat menguja dan membanggakan apabila berada di atas pentas itu seorang diri dalam satu persembahan. Berbeza dengan punyai rakan lakon yang nyata, cabaran dalam Kotak Hitam adalah pelakon mencipta energi rakan lakon itu dan mengambilnya untuk diguna pakai. Ia sangat meletihkan kerana perlu sarat dengan perasaan.

Ini sebahagian komen yang diberikan oleh penonton yang masih aku ingat

Amir Muhammad
"Kotak Hitam acts as a fascinating counterpoint to (but is clearly way better than) Shahnon Ahmad's Tivi. Syabas"!

Sufian Abas
"Pendapat saya dengar tentang Teater Kotak Hitam terbahagi pada dua: Samada yang menyukai kotak hitam atau yang belum tonton kotak hitam. Anda di pihak mana"?

Fazleena Hishamuddin
"Raja air mata!"

Amran Rohaizat
"Karya pasca modenis Fasyali ini tak layak untuk ayat iklan. Pementasan minimalis lakonan solo Aloy Paradoks ini bukan karya picisan. Sebab kata orang: sudah lihat baru percaya".

A. Wahab Hamzah
"Pementasan yang baik, dengan isu yang baik, monolog postmodernisme"

Datin Seri Sabera Shaik
"Good show!"

Nur Salma A. Manaf
"Best! Tak sia sia RM 15 gua"

Hyrul Infinity
"Benda-benda legend ni kalau tak layan rugi la"

Fiona Kab
"Tahniah buat Fasyali dan Aloy Paradoks atas kejayaan pementasan Kotak Hitam sebentar tadi. Saya (buat masa ni) segan nak pandang TV"

Nad Zainal
"thumbs up!"

Alif Ihsan Rahman
"Teater Kotak Hitam lebih menghiburkan dari teater ****** di ******. Minta maaf semua.

Jadi terima kasih kepada Bos Purple Talent Studio En Hafiz Askiak, Pengarah Fasyali dan semua krew-krew terima kasih. Juga terima kasih pada semua yang hadir sekali, dua kali dan tiga kali. Pada yang serius nak hadir tapi tak dapat hadir juga terima kasih. Mungkin lain kali. Pada yang tak ada niat nak hadir. Takpe, tak ada apa-apa yang menarik pun dekat sana.

2 komen:

Pegawai Khalwat said...

100 orang tu ramai tu.

Aku selalu buat 10 orang saja mai.

Padan muka aku.

Nad Zainal said...

gempak.