31 July 2011

Nanti-Nantilah Sayang

Bos Sang Freud Press dah mula bising-bising dekat gua tanya bila novel gua nak siap. Berani dia tanya gua. Panas punya pasal gua berani jugak bagi janji lagi seminggu nak raya gua hantar manuskrip. Jadi kalau gua boleh siapkan seminggu sebelum raya, maknanya pada hari raya gua akan rewrite dan edit balik. Jika berjaya jugak 2 minggu lepas raya akan dilancarkan di Central Market.

Minggu pertama puasa nanti koleksi cerpen gua "KAU" akan dicetak untuk kali kedua. Pada mana-mana yang dah membeli cetakan pertama tak perlu membeli cetakan kedua. Kerana keseluruhan isi masih sama dengan tambahan sedikit 3 entry dari blog saja dan penggunaan cover baru. Penggunaan cover baru bertujuan untuk menarik minat pembeli bukan dari golongan penyokong industri indipendent. Jadi terima kasih kepada yang telah membeli cetakan pertama dulu, kerana awak-awak semua cetakan kedua ini keluar. Dan terima kasih pada En. Mutalib Uthman sebab tolong cover kos cetakan pertama dulu (nanti gua bayar : hehehehe). Kalau rezeki di cetakan kedua ini menjadi, saya akan hadiahkan cetakan kedua itu kepada awak-awak semua. Itu akan diwarkan-warkan bagaimana caranya. Tapi jika rezekinya agak-agak segan. hehehehe. Jangan tanya apa-apa la.

Dalam bulan puasa ini jugak gua akan take over Stall Burger Rokes sebab Pipiyapong dah nak mengembara jauh-jauh berbekalkan hasil jualan bukunya "CEWAH". Katanya nak pergi jauh, nak pergi jauh. Gua malas nak tanya lebih-lebih. Dia pun semenjak dua menjak ni dah tak boleh tertegur sikit. Jadi gua akan berniaga dari hari Isnin hingga Khamis, ada 4 hari seminggu. Selebihnya Jumaat, sabtu dan ahad gua akan fokus latihan Teater Juta-Juta arahan Fasyali yang akan dipentaskan bermula 21-25 September 2011. Kali ini gua akan digandingkan dengan Fazleena Hishamuddin.

Dalam bulan puasa ni ofis SeLUT Press akan dibuka secara rasmi di Subang Pinggiran (10 minit dari The Curve). Disitu akan dibikin ruang untuk meeting, kerja-kerja editing novel, ruang untuk fotografi bagi majalah baru SFP dan bilik gua tidur sekali. Majalah SFP adalah majalah hiburan ringan yang menemuramah artis-artis baru dan fokus pada kerjaya mereka. Ini juga dibawah terbitan SFP Press yang akan terbit 3 bulan sekali. Projek majalah ni tak untung pun, cuma kami buat supaya kami nampak macam gempak! Dan boleh berlagak macam serabut bila nak dekat due date, juga menjadi sengkek sebab nak print benda alah tu. Gua bertindak sebagai penulis dan editor bersama. Isu pertama dijangka akan keluar pada Oktober 2011.

Kalau ikut plan jugak dalam seminggu puasa ni kami perlu siapkan editing Filem KONTRADIKSI. Kerana pada minggu ketiga puasa gua dah plan nak shooting filem pendek pulak lepas filem panjang KONTRADIKSI tu. Ini bagi ditayangkan di MASKARA SHORTIES lepas raya. Filem pendek ni gua berdebar sikit nak buat, ini melibatkan maruah dan perasaan gua ni. Hehehehehehe. Dan finalnya sekarang ni gua tengah fikir, bila masa gua nak pergi daftar subjek dan masuk kelas ni. Siang tadi lecture gua dah mesej-mesej pedas dah.

Gua cakap, "nanti.. nanti".

kk : ini pun kategori cerita pendek jugak kan?

1 komen:

FareeZan said...

lu niaga stall pipiyong kat wangsawalk tu ker.ah jangan nk mngada tak call gua. lpk sahur! 5minit dr umah gua je.

lu puasa ke?