Gua mintak maaf pada Pak Cik gua tersayang Warie Harun kerana mungkir janji untuk balik kampung pada hari ini. Walaupun dia dah berkali batalkan kenduri supaya gua boleh turun ke kenduri tu. Kerana semalam di Urbanscapes 2011 gua banyak belajar dari Nik Adam. Belajar tentang kerisauan, kerugian dan kelucuan. Nasib baiklah Nik Adam boleh slow talk pasal persen untuk penganjur pada mereka yang menanggung kerugian. Ada jugak modal gua nak top up handphone. Jadi sekarang gua nak call En.Mohd Shatmi ajak meeting projek teater baru, dan harap dia akan kata "eh takpe, biar saya bayar", terhadap nasi yang akan gua makan sebentar nanti. Dan Mutalib Uthman juga apa kurangnya, memberi peluang untuk gua menggelapkan royalti buku burgermpak yang memang dah gelap serta Sufian Abas yang mengecualikan cukai 30 persen terhadap jualan buku yang jatuh merudum. Jadi esok lepas ke perpustaan negara untuk mendapatkan ISBN buku KAU, gua akan memanjat sebuah bukit di Rawang bagi memotivasi diri dan kembali menempuh hidup yang berliku.
Bila dah dapat motivasi baru gua akan kembali proses editing filem KONTRADIKSI. Kalau tidak mau malu gua pada Nazri M. Annuar dan Amir Muhammad.
3 komen:
selamat memotivasikan diri...:-D
bro lu tau mana mau cari gua kalau perlukan gua
lama-lama hang akan mangli, lali dan imun.
Post a Comment