28 July 2011

Gadis Pelari dan 3 kali senyum

Saya tanya padanya,tak penat berlari sejauh ini? Dia diam saja dan tersenyum mendongak memandang saya sambil kedua tangannya mengikat tali kasut kiri yang terlucut. Dia bangun, masih senyum untuk saya dan sambung berlari lagi. Dia makin jauh, makin hilang di balik balik pokok ru rimbun sekeliling taman.

Semalam sama waktu seperti ini dia berlari juga kemari.Bukan! bukan kemari mungkin. Tapi berlari disini. Dan semalam tali kasut kirinya tidak terlucut, tetapi dia perlahankan larinya. Saya senyum kepadanya? Dia juga senyum kepada saya seperti sehari sebelumnya. Jadi sudah 3 kali dia senyum kepada saya kesemuanya.

Saya berhenti senyum, susuk tubuhnya benar-benar telah hilang. Bagaimana jika dia berlari lagi kesini esok? jika saya senyum padanya mahukan dia senyum kembali? mungkin mahu.

Sekarang saya sudah berlari, saya juga perlu berlari kalau gadis itu sudah berlari. Saya harap dia tidak terlalu jauh larinya sebentar tadi. Saya khuatir jika esok dia tidak lagi berlari disini. Silap, berlari kesini sebenarnya.

6 komen:

Nadia said...

dia ni kan mmg suwit aaaaaaaaa. nak ngs banyak2 lagi sekali!!

SynicalMind said...

jangan kacau, awek tu tengah training olimpik musim sejuk. kang dia hilang fokus, sape nak jawab?

Nad Zainal said...

mendalam

aloy_paradoks said...

Nadia : hehehehehehe, kalau awak nangis, saya bangga..

SynicalMind : tu lah, tapi pedulik hapa, nanti kalau tak jumpa lagi mcm mana..

Nad Zainal : :)

indahnyasisuria said...

saya sudah berhenti berlari.. mungkin saya akan berlari semula. :)

aloy_paradoks said...

indahnyasisuria :
kalau penat, berhenti kejap je.. tapi jangan tidur..