
Sabtu ni MASKARA(edisi entah berapa) di Rumah Pena. Kali ni Paradoks diwakili oleh Nik Adam dan Shyrudin untuk melakukan installation art. Tapi gua akan mungkir janji sebab dari pagi lagi gua akan berada di Rock The Youth (Gua dah janji dengan Sufian Abas untuk promosikan SeLUT Press di sana sejak dari 2 bulan lepas lagi. Kalau gua mungkir janji, dia kecik hati sapa nak bayar sewa ofis SeLUT Press dekat Subang Pinggiran tu. Matilah gua. Maskara kali ini versi yang terakhir untuk tahun ini, ia akan disambung semula pada tahun hadapan. Kalau Paradoks ada kontrak lagi sebagai rakan penaja gua plan nak cakap dekat Naga-Naga tukar sesi puisi tu kita tukar jadi sesi tari-menari. Baru best tengok meliuk-lentok. Ye dak?
Minggu ini jugak filem Kontradiksi yang gua bangga-banggakan sebelum ini akan disambung editing semula untuk bahagian sound. Gua budget keluar panggung tahun depan, kalau tak dapat, gua plan nak pergi camping seminggu masuk hutan untuk berpisah dengan dunia urban ni bagi merawat kekecewaan. Balik lepas tu mesti dapat ilmu kebal. Boleh tumbuk sapa-sapa yang tanya filem tu.
Pertengahan puasa macam yang dirancang produksi teater juta-juta akan mulakan latihan-latihan ringan dan persembahan adalah pada September 2011 ni. Kalau tetibe dia suruh jogging memang gua nekad tarik diri la. Gua bukan suka peluh-peluh ni. Selepas Kotak Hitam sekali lagi gua akan menggalas peranan sebagai seorang pelakon dibawah teater arahan Fasyali Fadzly. Jadi untuk sementara ni gua akan berehat sebentar dari mengarah untuk memberi peluang kepada diri gua berlakon dulu. Gua pun teringin gak nak melompat terkinja-kinja atas pentas balik. Jadi teater "Perempuan-Perempuan Kesayangan" yang gua plan yang buat lepas Kotak Hitam sebelum ni gua tangguh lagi. Syok or jadi pelakon ni. Harap-harap ada scene nangis-nangis lagi.
1 komen:
tak dapat hadir la :(
dah ada event lain.
good luck anyway!
Post a Comment