Bila dia datang je stall gua dari jauh gua dah tau, pasal skuter Elegen Merah keluar bunyi cengkerik kuat giler. Pernah sekali dua gua pinjam, tapi last last gua malu balik nak bawak motor tu. Time lalu bus stop je semua awek pandang-pandang, jatuh la kredibiliti gua sebagai Brader Burger yang Hip dekat situ. Selalu Syam akan tunggu sampai gua habis berniaga dalam pukul 12. Lepas tu tolong tolak stall burger masuk simpan kat satu lorong.
Awal-awal dia tak ada kereta lagi, motor Elegen Merah tu pun dia pinjam dari Abang Ipar dia. Sampai satu tahap motor tu bukan lagi setakat keluar bunyi cengkerik, dah tambah enjin tahap gugur dekat jalan punya. Dah give up dengan motor tu asyik rosak je last last dia tinggal buruk macam tu je dekat bengkel. Bila dah tak ada motor, motor gua jadi motor Syam jugak. Mana dia nak pergi ada gua, mana gua nak pergi ada dia.
Masa ni gua tak berapa berkenan sangat dengan baju baju bundle ni. Baju orang dah pakai memang gua tak berapa berkenan sangat la. Baik beli baju baru gua cakap. Tapi dia cakap baju bundle lain bro. Lepas tu jadi rutin gua pulak nak kena teman dia pergi bundle tiap tiap minggu. Mula-mula dia beli selai baju bagi kat gua, tak berkenan pun rembat je. Lepas tu lagi selai, lama-lama time tu gua jadi ketagih sama beli baju bundle. Sudahnya kalau tak Syam yang ajak, gua paksa dia teman gua pergi. Style bundle ni bukan setakat dekat Syam je, Abang dengan Kakak dia yang dah kawin beranak pinak pun sama melekat dengan bundle. Kadang-kadang kalau aku pergi dengan Syam terserempak sekali dengan family-family abang dan kakak dia. Sekarang kalau aku masuk bundle teringat jugak la dekat Syam. Baju yang dia bagi ada lagi sampai sekarang, dah naik lunyai aku pakai.
Tak lama lepas tu gua duduk sekali dengan Syam. Time ni kalau nak jimat duit hujung minggu pergi makan rumah Kakak dia. Malam-malam pulak kalau bosan Abang dia ajak datang rumah minum teh. Gua dengan Syam duduk minum teh makan kuih dekat luar rumah sambil layan borak kakak ipar dia, Abang dia pulak Sheikh Yusri mesti pukul pukul bola golf dekat laman. Jenis dia yang ajak lepak tapi dia pukul bola golf. Dah penat pukul bola Abang dia akan lepak sambil plan bisnes apa nak buat lagi lepas ni.
Masa bulan ramadhan gua tak da job, time ni memang genting la nak cari duit raya. Time tu jugaklah Kakak Ipar Syam akan gua tender mengecat kantin sekolah. Ini gua buat berdua dengan Syam je. Dari pukul 10 pagi sampai nak dekat waktu berbuka. Pernah satu hari gua dengan Syam cat siling kantin. Habis satu badan kaler putih. Waktu berbuka dah dekat. Gua cadang dekat Syam terus pergi berbuka, lepas tu baru bali mandi. Senang, cepat sikit. Tak payah nak keluar balik. Tapi Syam bangkang. Kepala hotak dia dah nak dekat waktu berbuka ni nak balik balik lagi mandi tukar baju. Mana sempat. Gua tanya kenapa tak boleh? alasan dia, dia bagi pilihan dekat gua. Lu nak makan dalam keadaan smart, hensem, atau lu nak makan dalam keadaan hina penuh cat orang tengok kat kedai nanti. Eceh, gua lupa Syam ni jenis jaga penampilan.
Setahun lepas tu Syam keluar kereta. Kereta terbaru di pasaran. Satria Neo, masa dia pergi ambik kereta tu gua take over kerja-kerja dia kejap dekat Kantin. Lepas kira duit berapa untung itu hari gua dengar ada bunyi hon kuat gila. Itu dia kasi warning dekat gua kereta baru dia sudah sampai. hampeh! hari tu gua tengok muka Syam lain macam. Heppy yang pernah dibuatnya. Ye la dapat kereta pertama. Dia bawak mak dia ronda ronda petang tu keliling taman. Ye la anak bongsu. Malam tu sebagai menyahut cabaran gua dia bawak gua ronda keliling KL dengan kereta baru.
Satu hari gua cakap dekat Syam. Lu bawak kereta jangan laju sangat. Bahaya, ingat tu, lu boleh hidup lama lagi. Lu bawak laju laju macam ni macam macam boleh jadi. Lepas masuk UiTM gua jarang-jarang turun Rawang. Sekali kalau gua turun sana dia paksa gua tidur rumah dia. Tak bagi gua tidur rumah Mak Cik gua. Kata lama tak lepak sama. Sebab gua masuk UiTM dia kata dia jadi boring, member semua tak sekepala. Ye la dia org mana nak layan lu pasang lagu Metallica. Sebab boring dia beli Laptop dan dari situ dia layan blog, friendster, myspace, facebook dan chat apa ke benda semua tu. Bila gua balik jumpa dia, dia paksa pulak gua buat semua tu. Jadi dari situ dia kenal ramai kawan di alam maya. Masa ada gua dulu dia selalu layan karaoke dengan gua. Lagu wajib gua Jamal Abdillah, dia pulak follow je apa CD gua pasang. Time karaoke dia ni style nak jadi Cikgu Vokal pulak. Jenis nak ajar ajar gua macam mana nak nyanyi. Sambil gua nyanyi dia jerit-jerit kat tepi suruh bukak lagi mulut lepaskan suara. Lepas tu paksa gua minat Guns N Roses. Tapi gua chow masuk UiTM bila datang gua tengok semua CD tu entah kemana ntah. Tak akan dia nak layan sorang sorang, bapak bosan.
Syam ni dulu dia gitaris kumpulan Seven, kemudian bila aliran dan fahaman muzik dah tak sehaluan dia keluar, katanya la.Masalah dalaman diaorg yang lain lagi gua malas nak cerita. Ketua kumpulan seven pulak tukar nama kumpulan jadi Prety Ugly dan dia guna nama Seven jadi nickname tapi ejaan diterbalikkan jadi Neves.
Kemudian satu Hari Syam call gua, suruh datang majlis kawin dia. Gua turun, mana boleh tak turun. Gua cakap dekat Syam, lu dah kawin. Ingat lu ada bini beb. Syam kata ok ok, dia angguk. Tiga minggu lepas kawin satu pagi Syam ada call gua. Gua borak macam biasa la, dia pun tak tau pasal apa dia call gua pepagi tu. Lepas borak lebih kurang gua off handphone. Seminggu kemudian petang tu gua dapat call dan mesej bertalu-talu. Syam dah meninggal.
4 komen:
gua mmg tak sempat nak berramah tamah ngan dia tapi gua suka dia...alfatihah
Beliau seorang blogers yang mersa..sangat rendah diri
Al fatiha..semoga roh nya sitempatkan bersama org org beriman
sedihnya.:-(
lu rindu dia?
al fatihah.
Post a Comment