15 June 2011

Tarik Dalam Tandas

Dulu masa gua mula mula masuk UiTM, UiTM Shah Alam. On The way nak gerak daftar diri tu gua rasa seram sejuk. Triple X Malaya cakap pada gua "apa nak cuak bro". Gila lu tak cuak, ini first time ni. Time-time macam ni gua rasa nak patah balik ambik apron dekat rumah nak pergi kerja balik je. Tapi fikir-fikir bos gua dah bagi bonus takkan gua nak datang balik. Nanti bonus tu kena pulang pulak.

Masuk daftar dekat kolej, nama kolej tu Kolej Perindu. Amacam stylo ta? Gua nampak satu mamat pakai kameja Jalur jalur, seluar ketat kasut kulit. Dekat ketiak selit paper New Strait Time. Perh! gua tengok paper tu lagi tambah gua punya cuak. Jenis orang orang dekat sini semua cakap omputih ke apa? macam mana pulak gua nak berkomunikasi ni.

Bila start datang fakulti gua tengok budak budak nya semua jenis style cakap melayu ada slang slang english sikit. Masuk kelas pulak lecture haram tanak bercakap bahasa melayu. Ada satu kelas tu nama Critikal Thingking. Peh dah sah sah gua memang kritikal dalam tu. Dah apa lecture cakap tak faham, subjek lagi kritikal lecture pulak jenis banyak tanya sana sini. Bengang betul gua, kalau tetiba dia tanya gua nanti gua nak jawab apa? jenis tak fikir punya lecture. 20 kelas bermula gua chow pergi tandas jap. Dalam tanda gua cuci muka nak tenangkan perasaan. Keluar tanda tau tau gua dah naik bas balik kolej. Barang barang semua gua tinggal je dalam kelas. Time ni gua rasa gua dah buat keputusan yang salah, macam mana gua nak hidup lagi 3 tahun dekat sini. Berhadapan dengan semua orang yang hebat-hebat. Akhirnya gua ambik keputusan join kelab teater untuk melupakan tekanan perasaan gua.

2 tahun kemudian.. Satu malam gua tarik satu mamat JPP masuk dalam bilik air. Mamat tu sambil tangan sebelah pegang tuala takut lucut, tangan dia sebelah lagi pulak gua yang pegang. Sekali lagi dia berani sound gua jangan tanya kenapa kau duduk hospital. Kalau nak selamat jangan tunjuk teror. Time tu muka dia dah pucat melekat dekat dinding. Budak Abrodam ni kata dia nampak mamat JPP tu menggigil satu badan.

Sejak malam tu gua jual nasi goreng dekat kolej-kolej tak ada sapa lagi nak kacau. Kalau naik motor pulak sepanjang-panjang jalan dalam UiTM gua tekan hon kasi meriah, semua budak dah tau mamat mana punya kerja buat bising ni. Tapi diaorng boleh buat apa? Satu hari gua kejar 5 orang budak naik motor, kes keluar simpang main redah. Gua berenti motor sekor sekor muka pucat mintak nyawa.

Cis, tak ada la hebat mana budak budak universiti ni.

Gua memang jenis manusia yang smart.

6 komen:

yg_indah said...

err lu pun budak universiti.

Pegawai Khalwat said...

hang memang.

abrodam said...

cerita tipu.hikhik

FareeZan said...

kahkah.lu mmg mcm tahi.
alah masa sekolah time bi je lu blk asrama jap.tido. sebab tu pentingnye english education.

Anonymous said...

Orang pakai nama perempuan memang suka sembang.

Kimi Ismawi said...

comel jek pic..... hahaha