09 June 2011

S.Y.J (Syed Yusof Jalalulai)

Ini antara band paling ganas zaman 80an dulu. Lagu jenis lalak barai keras mencengkam. Selepas zaman battle of the band 86, bacth pertama S.Y.J tukar jadi kumpulan Sofea pada tahun 1987. Pengurus dan pengasas kumpulan ni Syed Yusof Jalalulai tak puas hati dia bikin generasi baru S.Y.J pada tahun 1986. Tapi tetibe pulak bebudak ni tukar jadi Band Ariwatan (geng Aris Ariwatan) bila dapat offer sign kontrak pada tahun 1989. Tak give up lagi Syed Yusof ni bikin generasi ketiga pulak pada tahun 1990. Tapi yang paling kick sekali orang kata bacth pertama tu la, yang jadi Sofea tu. Bacth ketiga S.Y.J berjaya merakamkan album pada tahun 1990 bertajuk Kudrat.

Sejarah dan latar belakang S.Y.J ni agak pelik sikit sbb ada tiga bacth dan orang selalu merujuk S.Y.J kepada Sofea, lebih lebih lagi Eduat (arwahyarham) pemain dram sofea adalah anak kepada Syed Yusof. Awal tahun 2000 aku ada dengar satu wawancara Kumpulan SYJ ni dengan DJ Isma Halil Hamzah. Katanya nak reunion semula tapi usaha itu terbantu selepas Eduat meninggal dunia.

Lagu gempak dari SYJ kalau ikut aku Hati Syaitan dengan Orang Timur la. Jenis bahasa laknat laknat punya. Time tu group lain mana ada guna bahasa macam tu. Sofea pulak group bacth pertama tu merakamkan album pada tahun 1987 dan ada 8 album kesemua sekali termasuk kompilasi juga projek khas. Dan lagu Orang Timur itu jugak dirakam oleh sofea sebenarnya.

Pada tahun 2008 di KL dalam konsert Tribute To Rock Kangkang Alang penyanyi Bacth ketiga menyanyi utk SYJ namun Amir dari Sofea juga dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Tapi beberapa anggota baru mengiringan persembahan itu. Ini mungkn bacth keempat pulak ke, entahlah. Hanya SYJ dan orang yang terdekat dengan mereka boleh menjawab. Jadi kesimpulannya Sofea itu adalah SYJ yang menukar nama dan Sofea itu sebenarnya merujuk pada SYJ. Manakala Ariwatan pula terus terpisah dari SYJ dan tidak dikaitkan dengan SYJ.



0 komen: