
"Perempuan/Lelaki ibarat perangkap. Dan kita harus terperangkap. Maka carilah perangkap yang sesuai"
Satu malam masa dekat FRINJAN ada satu awek datang dekat gua tanya Buku AKU. Gua cakap buku Aku tak ada. Tapi buku Saya ada, gua kasi BurgermpaK. Tapi sayang dia tak faham lawak gua. Gua rasa dia cari Buku AKU karya Chairil Anwar kot. Tak pun buku AKU karya Sjuman Djaya. Jadi gua plan nak buat buku tajuk AKU jugak tapi gua tulis. Last-last buku AKU tak jadi buat gua bikin Zine tajuk dia "KAU".
Kira lepas ni kalau orang tanya buku AKU, gua boleh jawab "Buku AKU tak ada, zine KAU ada". Kira kata lawan bagi AKU la KAU ni. Dalam zine ni gua tulis 8 cerpen baru yang memang baru ditulis dan belum diterbitkan oleh di mana-mana penerbitan lagi. Dalam Zine KAU ni tak ada cerpen-cerpen memain la, semua serius nak mampus style Mufti-Mufti punya. Lagipun Sufian Abas kata gua memang cenderung menjadi Mufti kerana berdakwah dalam karya.
Zine KAU berharga RM 5 senaskah. Ini duit poket gua nak makan nasi lemak dekat Bangsar sementara tunggu Novella Nurul Asyikin siap. Baik lu orang beli yang ini sementara ia masih murah. Macam Zine Burgermpak dulu, mula-mula gua jual RM 4, isu 2 gua jual RM 5. Masuk Isu 3 edisi buku terus naik RM 20. Lagi satu teater, mula mula gua buat teater tiket RM 10, lepas tu RM 15, lepas tu pulak RM 20. Jadi dapatkanlah Zine KAU ni sebelum dia naik harga.
Gua bukan kapitalis, gua cuma serpihan komunis.
4 komen:
jual on9 ke idak?kalau jual aku nk
Hentakbelikat :
lepas KLAB insyaallah jual online jugak..
Dengar cerita lu dah jual jiwa pada Luca. Betul ke?
yg kat atas ni mmg sah luca jahanam.
Post a Comment