Adabi melazatkan, Adabi menyelerakan
Mengandungi pelbagai rempah
Melazatkan kari dan kuat
Adabi.....
Iklan tu tak best mana pun sebenarnya, tapi kalau kita tengok balik sekarang rasa macam best sebab memori dan nostalgiknya benda tu. Padahal dulu bila keluar iklan menyumpah nyumpah dekat tv tu. Opah aku seluar komplen, eh ceritanya tak banyak mana iklan je yang lebih.
Bercakap pasal Adabi aku teringat satu kawan perempuan aku masa sekolah menengah dalam tingkata satu dulu. Budaknya berkulit cerah putih, manis jugak la. Kami semua panggil dia Adabi. Entah macam mana ceritanya boleh melekat jadi Adabi aku pun tak tahu. Sampai sekarang aku dah tak ingat nama betul dia. Nurul.. nurul.. ah nurul apa ntah. Itupun entah ye entahkan idak namanya pangkal awalnya Nurul sebab aku memang tak ingat.
Apa yang menariknya budak nama Adabi tak ada apa apa pun. Mungkin sebab tu aku tak ingat sangat apa apa pasal dia kot selain dari gelarannya. Mula mula bila dipanggil Adabi dia akan marah, tapi bebudak lagi kalau dimarah lagi la suka. Lama kelamaan dia tak boleh nak buat apa. Dia terpaksa akur dan terima bahawa namanya kini adalah Adabi. Tapi Adabi ni tak ada masalah dengan siapa-siapa. Tak ada la jadi macam kes dalam drama bila dibagi nama gelaran macam tu mesti selalu kena buli dan orang tak nak kawan dengan dia. Tak ada mananya, ini elok je. Masuk ke tingkata 3 kalau tak salah aku, aku tak jumpa Adabi lagi sebab dia dah pindah sekolah rasanya. Masa tingkatan 1 dan 2 kami sekelas. Dan lepas tu aku tak ingat apa apa dah pasal Adabi ni sampai la hari ini sebab dia tak pernah tulis surat pun dekat aku.
Selain Adabi ada seorang lagi kawan aku nama dia Ita. Masa tingkatan 1 dan 2 rasanya aku sekelas dengan Ita. Tapi masa tingkatan 1 dia selalu gaduh dengan ketua kelas aku nama dia Sheila. Lu orang tengok sampai ketua kelas pun budak perempuan, nampak sangat budak lelaki kelas aku tak boleh pakai. Pasal Ita ni aku tak nak sangat kutuk dia dekat blog ni sebab kami dia ada dalam list friend aku dekat facebook. Kalau aku kutuk yang teruk-teruk karang ada lak yang terguris hati perasaan.
Sebab Ita ni selalu gaduh dengan Sheila kami budak-budak lelaki sudahnya jadi menyampah dengan dia. Maka aku gelarkan dia Darlie. Ubat gigi Darlie. Nama Darlie dengan nama Ayah dia hampir-hampir sama. (al-fatihah untuk arwahnya yang baru kembali ke rahmatullah tahun lepas). Lagi sekali iklan dan produk menjadi nama panggilan untuk budak perempuan yang aku kenal. Satu perkara aku tak boleh lupa pasal Ita satu hari ada kehilangan barang dalam kelas. Lu tengok budak budak kelas gua, jenis curi-curi barang. Jadi sebab dah tak tahu mana barang tu pergi Ita tuduh aku curi barang tu. Kebetulan dia memang anti dengan aku masa tu. Aku pun tak tahu pasai apa.
Ita kata nak check beg aku. Aku kata mana boleh. Aku cakap dekat dia aku tak curi. Tapi dia tak percaya dan berdegil nak check jugak. Sebab dia memang yakin aku yang curi padahal dia tak tahu sebenarnya aku memang tak suka jahat jenis mencuri ni. Mungkin sebab aku jahat benda lain jadi dia ingat aku yang curi. Dia rampas beg aku. AKu jadi bengang dah tak boleh kawal. Aku rampas balik beg aku dan tampar muka dia. Kes tu habis dekat situ je. Aku tak bagi dia check beg aku sebab ada benda lain dalam beg tu. Dia ni pulak jenis kalau nampak aku bawak apa apa barang salah akan terus report dekat cikgu disiplin. Nanti kejap lagi lepas dia report cikgu disiplin akan sampai la cari aku. Tu yg leceh tu.
Masuk ketingkatan 3 aku tak lagi sekelas dengan Ita. Bila di tingkatan 4 pula aliran mula berbeza. Aku dengan aliran fine art aku konon konon masa tu. Dia dengan kelas ekonomi. Sejak dah berlainan aku dah jarang nak bergaduh dengan Ita. Usahkan bergaduh, bercakap-cakap pun tak pernah. Bila aku masuk form 6 aku terjumpa Ita kerja jadi cashier dekat Billion Supermarkat. Aku ada jugak tegur-tegur dia, dia ok je. Lepas tu terus aku tak jumpa dia sampaikan terjumpa di facebook. Tapi sekarang aku rasa Ita dah tak ingat kot aku pernah tampar dia. Sebab bila aku chat dengan dia dekat Facebook ok je. Dah besar pun, kira tu semua macam kenangan yang ala ala comel la. hikhikhikhikhikhikhik.
Ni la Ita, harap dia tak mengamuk tengok gambar dia gua upload dekat sini. Amacam? Mengancam tak? Gua pun tak tau la macam mana gua leh tergamak dulu buat macam tu pada perempuan cantik ni.
6 komen:
sweet~
ahahaaha.serius gua tak taw pulak kes lu dgn ita mcmtu. weyy skrg ita pon mcmlu jugak dh berjaya. lu nk kawen bgtw die sponsor semua ahahaha.itu pun kalu lu kawin dgn dialah.
lu dl mmg mcm sial.gua mnyampah sifat mls lu. eeeee nk tgk muke pon rase nk penampa lu.
hikhikhikhikhik sweetnyeee cerita abang ni, suka saya baca blog abang, nanti lawat la blog kita.tukar tukar link kayh.hikhik
http://susukondensasi.blogspot.com/
what the eff? aloy paradoks? what the eff?
ita ada bl0g?
hahaha.. aloy ko giler kejam tampar muka ita camtu. pergh.. tapi shiela tu mmg jenis selalu gado dgn orang pun. aku pasan tu. (walaupun aku buat2 tak pasan) keh keh~
Post a Comment