07 June 2011

RASOPARISO

Tahun 1997 merupakan zaman kemuncak aku kira untuk sebuah band rock yang bernama XPDC. Album Brutal menjadi album terlaris ketika itu yang jualannya albumnya mencecah hingga 350.000 unit. Album Brutal juga berada ditangga pertama carta RIM untuk beberapa minggu dan menjadi top 20 selama 60 minggu. Ketika itu dimana-mana aku dengar brader-brader rock menyanyikan lagu Hit Hentian Ini. Di tapak-tapak pesta dan ekspo XPDC menjadi band paling laris hingga mereka digelar raja funfair. Di stall stall buger mamat burger akan pasang kaset Brutal sebagai tanda stylo dan rock rudged.

Aku mula kumpul seringit sehari dari duit belanja sekolah untuk beli album Brutal. Sebelumnya aku hanya ada album Kita Peng-Yu. Album Brutal dengar cerita mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan kerana terbengkalai. Mael penyanyi kumpulan mengambil keputusan untuk keluar dari group. Tapi untuk projek ni dia stay sekejap sampa habis. Aku suspek sebab dia tak puas hati kot pasal orang kutuk dia nyanyi sumbang masa separuh akhir Juara Lagu. Siapa yang ada tengok show tu mesti tahu punya la, maca mana teruk Mamat ni nyanyi. Barai beb. Aku depan tv memang kecewa giler babi, tengok dia nyanyi macam seksa sangat. Ada pendapat yang kata Mael kene buatan orang, tapi aku bapak terang terang tak percaya pasal show lain pun mamat ni nyanyi Barai jugak.

Untuk album projek khas selepas itu XPDC ambil beberapa penyanyi lain untuk gantikan tempatnya Mael. antara yang diaorg suka ambil Ary Farenhite. Aku suspek Ary akan jadi vokalis tetap tapi kemudian rupanya Ali yang menyanyi untuk Konsert Raksasa XPDC Brutal jadi vokali tetap. Untuk konsert tu Tempat Amy yang eksiden diganti oleh Lola yang akhirnya juga menjadi drumer tetap.

Aku pernah jadi peminat yang minat giler babi la kat XPDC. Aku kumpul duit cari album XPDC yang lama-lama. Dekat kedai dah tak ada jual album tu. Hasilnya aku jumpa album Original Darjah Satu di Pasar Malam. Album Timur Barat pulak aku dapat dari kawan aku. Selepas Brutal Mael secara rasmi keluar dari XPDC. Aku antara peminat dia yang rasa tak best time tu. Selepas Brutal XPDC keluar dengan album metal 60an. Habis semua lagu lagu 60 an dibelasahnya jadi metal. Kemudian album metal 50,60 an keluar sebab projek yang pertama tadi mendapat sambutan dan boleh jual. Trend ini menjadi ikutan masa tu. banyak band band rock yang merakamkan semula lagu lama dalam versi metal dan rock. Search dan Wings juga berbuat demikian dalam album Double Trouble 2. Aku ada beli jugak album tu.

Aku pernah termimpi satu malam tu aku pergi ke kedai yang biasa aku pergi untuk beli album. Aku mimpi pegang album terbaru XPDC Samurai dengan cover warna merah. Tak lama lepas tu album Samurai mula dilancarkan dan cover yang ada itu betul-betul sama dengan apa yang aku mimpi. Selepas Samurai, album UnMetal adalah album terakhir yang aku beli. Aku mula rasakan XPDC dah makin tak best. Selepas satu lagi album lepas tu Ali dikeluarkan dari XPDC dan dengar citer Mael akan masuk balik. dulu Gaduh bagai nak rak. Tuduh orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Aku mula rasakan perjuang diaorg ni ntahhapahapantah.

Pemain bass Zuar pun keluar dari XPDC dan dengan Amy bekas drummer dia tubuhkan kumpulan VIPER. Zuar jadi penyanyi dan konon kononya stylo la nyanyi buat buat suara mesin tu, ke suara macam robot robot tu la. Tajuk lagu popular Nekad, lirik dia yang aku baca macam nekad la nak tinggalkan sesuatu tu. Konon.

Selepas Mael keluar dari XPDC dia tubuhkan The Real XPDC kemudian jadi The Real X. Sebab dia kata dia yang tubuhkan kumpulan tu dan dia berhak. Kemudian dia nyanyikan balik apa apa lagu yang dia nyanyi dengan XPDC dulu, katanya itu tak apa sebab lagu tu memang nyanyian dia yang asalnya, bukan dianyanyikan oleh Ali. Lagu baru XPDC yang dinyanyi oleh Ali dia tak nyanyi balik. Tapi last last dia rakam balik lagu Teman. Lagi sebab gua dah hilang minat dengan XPDC sebab album Samurai tu dah jadi macam album Metallica tak jadi. Kalau tiru konsep lagu takpe la kot, ini sampai tiru lagu bapak tak best.


Dan kalau ikut strategi pemasaran pun dah terang terang benda tu teruk. Mereka tak berjaya kumpulan peminat untuk terus bertahan. Peminat dah terbahagi pada dua, satu sokong XPDC satu sokong Mael dan benci XPDC. Lama-lama diaorg pun bosan dengan kerenah XPDC ni. Album Rasopariso menggabungkan Mael semula dengan Izo, Amy dan Zuar yang Nekad sebelum ni. Walaupun ini album pertama mereka kembali selepas 12 tahun tidak bersatu tapi aku tak dapatkan pun sampai sekarang.

Jadi ada beberapa album XPDC yang aku tak beli iaitu V6, REAL N REALITI dan RASOPARISO.

Aku dalam mood menulis Novela Nurul Asyikin. Seorang peminat rock lama-lama yang jiwang dan hidupnya berasaskan lagu rock lama. Insyaallah akan terbit tak lama lagi. Tapi sebelum tu dapatkan Zine terbaru berjudul "KAU". Memuatkan cerpen-cerpen serius dan misterius. Dijual untuk pertama kali di KLAB 2011 nanti di Annexa Centrel Market pada 18 dan 19 Jun ini.

UnMetal album terbaik XPDC pada aku. Kalau dengar lagi sekarang boleh layan lagi.

Album ni jumpa dekat pasar malam, tapi original.

Album ni aku dengar tetiap hari dulu sebelum pergi sekolah

Aku rasa paling rock bila dapat beli album ni dulu.

3 komen:

Firdaus Abdillah Hamzah said...

Semoga semangat XPDC lu ni terus kekal sehingga ke akhir hayat.

nik adam said...

amar mana amar?

Fakrul said...

rasa-rasa gua rasa apa yang lu rasa haha