Letak balik benda tu dekat situ! Letak balik! Aku sepak kau karang! Kali ini kemarahan Husin tak dapat dibendung lagi. Kalau diikutkan panas hari mahu saja di menuangkan setong mintak gas ke atas badan Amri, dan kemudian dicucuhkan api biar habis rentung terbakar budak keparat ni.
"Mana kau letak pistol aku tadi?" masih ada nada nada tegang pada getar suara Husin itu. Amri diam bingkas bangun dari masuk kedalam biliknya. Tak lama kemudian dia keluar dengan sepucuk pistol model EpisRelvo siri 097 buatan Rusia. Husin masih memandangnya dengan pandangan yang maha tajam.
Amri berdiri tepat, tegak di hadapan Husin. Sepantas kilat muncung pistol dihalakan ke arah muka Husin. Husin terpenpam. Kaget diam membisu, hanya riak didadanya kelihatan bergelombang. Perlahan jari telunjuk Amri menyusur masuk untuk untuk menarik picu.
"Ah celakalah kau ni. Bak sini pistol tu setan"
Amri tersenyum tanda kemegahan dan kemenangannya. Dia kini sudah saatnya untuk menarik picu pistol itu.
"woi! bak sini!" kali ini lebih keras bunyinya nada amaran dari amarah Husin.
"Kau ingat aku main-main ke ha? kau ingat aku main-main ke?" Amri sudah hilang sabar benar kelihatanya. Dia makin gila, makin menggila tanpa dapat dikawal lagi.
"Aku lempang kau karang!"
K/K : Cerita ini akan diterencatkan oleh Rayza MukMin di TANPA BUKTI.
0 komen:
Post a Comment